Pages

Monday, January 28, 2013

Kita Tidak Sama.


Bismillah…

Berasa kecil hati, terasa, kecewa, sakit hati dan seumpamanya adalah perkara biasa dalam bersahabat. Ibarat perencah dalam kuah, ibarat belalang dalam lalang. Tidak sah jika tiada.
……………………………………….

Saya sangat pelik dengan sesetengah orang yang boleh sesuka hati melabel dan menilai tanpa dia tahu perkara sebenar.

Setiap apa yang kita ucap pada seseorang, perkara buruk khususnya, dan perkara itu adalah tidak benar, itu fitnah.

“mamat tu playboy la aku rasa. Cuba kau tengok kalau dia cakap dengan perempuan, mesra je. Mesti ada je dia buat lawak dan gelak-gelak. Lagipun aku dengar sendiri junior sekolah dia cakap nama dia memang banyak gossip.”

Setiap perkara buruk yang kita ucapkan pada seseorang, tanpa diredhainya (dia tidak suka) dan perkara itu benar, itu mengumpat.

“Weh Samad, kenapa kau hitam berbanding family kau? “
“Weh korang, aku dengar Samad kena gantung sekolah sebab tengok video lucah. “
“Ish..tak baik lah kita mengumpat dia.”
“Mengumpat apa pulak, memang dia mengaku depan cikgu kot.”
………………………………………………….

Tidak perlu saya syarah panjang lebar tentang hukum dan akibat fitnah dan mengumpat. Semua sudah tahu.
Tapi saya nak bercakap soal melabel dan trend sesuka hati menilai. Iye, saya setuju kita semua tidak dapat elak untuk berpandangan sinis kadang-kadang.

Siapa dapat elakkan untuk masih berfikiran buruk apabila seorang kawan lelaki yang kita sudah tahu dia anak tunggal dan saudara mara jauh dari sini kelihatan bermesraan dengan seorang wanita? Jangan buat kelakar jika anda masih kata itu mungkin adik kembarnya yang hilang ketika ibunya bersalin. Wah, positif betul ya.

Tetapi, dalam banyak hal, kita sangat kuat melabel. Asal orang tidak sama dengan kita, maka orang itu tidak patut. Yang patut, adalah kita.
Kita dikurniakan rezeki untuk bernikah awal, maka selamatlah daripada gejala couple dan sebagainya, apabila keluar menghadap dunia, kita serang dengan tajam mereka yang couple sana sini, pandang serong jika nampak lelaki perempuan bercakap sesama, siap boleh tulis di status menyampah dengan semua.

Tanpa dia menghirup suasana semasa.

 Tidak salah untuk kau perjuangkan apa yang kau ingin, tapi sila pandang kiri kanan dahulu. Kau mengharungi umur 20 an dalam keadaan sudah mempunyai suami/isteri, lepas tu kau mahu bercakap pasal cinta suci? Benar, cinta kau memang suci. Sangat suci untuk dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya kau yang bercintan cintun itu. Soalnya, wajarkah kau menghujam kata-kata tajam pada mereka yang tidak dapat rezeki seperti kau? Apa? Mahu semua orang ikut jejak langkah kau bernikah awal? Syabas, cadangan yang baik!

Tetapi langsung tidak realistik.

Kau makin sakit hati apabila makin lama keadaan makin parah. Tanpa disedari, Kau makin ligat menulis status menyindir perilaku, makin kerap mengintai-ngintai sana sini, kau seolah-olah obses dengan ikhtilat dan yang sama waktu dengannya.

Asal nampak lelaki perempuan bercakap, terus melabel tidak jaga ikhtilat. Nampak lelaki perempuan ke kelas sama-sama, kau kata cinta tak suci, malah meragukan niat mereka ke kelas, lihat saja lelaki perempuan komen-komen di FB, kau kata itu ini siap mengongkong dan menyekat semahunya.

Fuhhh…
Saya faham jika kau mahu kebaikan atas semua. Saya faham kau mahu dakwah semampunya. Tetapi itu semua tidak beri hak kau merendahkan darjat sesiapa. Seharusnya kamu terus bersama mereka dan selami jiwa sedalamnya. Letakkan diri kau di tempat mereka. Fahami sebaiknya.

Kita semua bukan sama bahkan berbeza.

Menyerang menggunakan status, menyindir, melabel mereka penzina hati, menyekat semahunya dan usaha-usaha yang sangat tegang seperti ini hanya menimbulkan ‘annoying’ pada mereka. Percayalah.

Satu prinsip yang kita semua kena pegang adalah menerima perbezaan antara kita. Latar belakang keluarga, status diri, pendidikan, bakat, kecenderungan, minat, sifat dan semuanyalah, kita berbeza.

Dan jika mereka tidak sama dengan kita, itu tidak bermaksud kau mulia, mereka hina. Begitulah sebaliknya.

“ENTRY INI BUKANLAH BERTUJUAN MENCETUSKAN PERDEBATAN, TETAPI UNTUK MERAIKAN PERBEZAAN”

Chill everyone ! ^^

4 comments:

  1. Penulisan yg berguna tpi sye nak tnye cam ner plak klu org tu dah ada tegur someone n org tu cam x bley terima..then org yg menegur ni gi lah tulis kat status twitter die psl yg dia tegur budak tu tpi budak tu x bley terima arn..tpi dia x mention nme pon..bley ke ?

    ReplyDelete
  2. Saudari czah mazlan, maaf sebab lewat respon.
    Persoalan yg saudari timbulkan ini sememangnya selalu berlaku. Pada saya, isu ini bukanlah soal boleh ke tidak, ini soal kewajaran mereka yg ingin menegur orang. Ketika kita menegur, kita sepatutnya mahukan kebaikan utk orang yg ditegur, itu sahaja. Tidak perlu ada rasa diri sendiri lebih baik dari mereka yg ditegur. Jika sehingga 'mengadu' di twitter berkenaan tegurannya tidak diterima, jelas benar dia seolah olah tersasar dari prinsip mahukn kebaikan utk orang yg ditegur dari sudut dia mengira tegurannya diterima atau tidak.

    Wallahualam

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About