Pages

Saturday, March 31, 2012

APRIL pun TIBA..


Bismillah..

Lalu, April pun tiba.
-------------------------------------

Aku tersenyum sendirian. Comel juga dia ini rupanya. Lebih-lebih lagi ketika mengerutkan dahinya itu. Semakin lebar senyumku.

Aku tanya bulan, “duhai bulan, malam ini kau mengambang penuh cahaya, kau tahu isi hati aku ya? Bulan diam. Kekal menebarkan sinaran purnamanya. Aku berkalih pula pada bintang yang berjuta. “Wahai bintang, kau mesti tahu bukan? Katakan kau tahu. Katakanlah.” Bintang yang menjadi sahabatku sekian lama itu pun masih sepi tak berkata. 

Langit ada rahsia. Aku tahu.
Hari ini aku tidak lagi boleh menipu. Jelas sungguh getarannya ketika dia melewati aku tadi. Betul, terasa aku berjalan tiada kaki. Terasa sukma ini terhenti, bulu romaku berdiri. Gerangan rasa apa ini? Dia, buat aku tersenyum lagi.

Malam itu, “bulan, apakah ini semua? Jelaskanlah.” Bulan diam. “Bintang, jangan kau diam. Diammu menyiksa hatiku ini. Tolong.” Bintang juga membatu tidak membantu.
Aku tahu, langit ada rahsia. Aku tahu.

Tidak pula aku lihat dia hari ini. Resah sungguh di jiwa. Adakah dia baik-baik sahaja? Moga-moga…
aku hanya memandang bulan, mengharap jawapan. Tetapi bulan masih mengunci bicara. Begitu juga bintang. Mengapa? Mengapa langit berahsia? Mengapa??
……………………………………………………
Teresak-esak dia menangis. Sedih. Malah hati ini runtun. Lalu, aku pun terbang ke negeri orang, meninggalkan dia seorang. Puas aku yakinkan dia yang bulan, bintang dan langit akan kekal setia, menjadi bukti rasa jiwa.
……………………………………………….
Tidak yakinkah kau pada Allah? Takdir ini, perjalanan ini, setiap perkara ini, semua yang tertulis ini adalah KEHENDAK Allah. Tidak yakinkah??

Apa? Kau yakin? Kau dusta!! Kau penipu!! Kepala hotak kau jika kau kata kau yakin!! Kau dusta!! Dusta! Dasar penipu!

Mengapa kau sedih bagai nak gila, sehingga tinggal makan, sehingga terganggunya belajar, sehingga melayangnya semangat ketika Allah pisahkan kau dengan dia?? Ini kau kata yakin??

Mengapa perlu ada rasa hidup ini seolah-olah berakhir? Mengapa kau hilangkan senyum semata-mata sebab dia tidak lagi di sisi? Mengapa kau buat macam semuanya tidak lagi bererti?? Ini kau kata yakin??

Mengapa kau wujudkan rasa benci ketika dia pergi?? Mengapa kau hilangkan percaya ketika dia bukan dengan kau lagi?? Mengapa perlu caci sehingga timbul dendam di hati?? Ini kau kata yakin??

Kau penipu!! Kau dusta!!

Di mana Allah ketika itu?

Di mana keyakinan kau ketika itu?

Aku tidak marah jika kau ingin bersedih. Bersedihlah. Sememangnya itu perkara lumrah. Perpisahan memang menyakitkan..tetapi ingat, ini semua KEHENDAK Allah. Tugas kita sebagai hamba, hanya redha, sabar dan terus berdoa. Ya..doa. Itu sahaja tanda kau masih tidak putus asa. Benar, aku tahu kau sayangkan dia. Tapi kau juga mesti yakin Allah itu sayangkan kau.

Berapa banyak nikmat yang Allah beri tanpa kau minta? Pernah kau berdoa khusus untuk melangkah kaki? Tidak, tetapi Allah tetap beri. Pernah kau berdoa sebelum tidur untuk kekal bernafas setelah bangun nanti? Tidak, tetapi Allah tetap beri. Takkanlah hanya satu ini telah buat kau tidak dapat terima hakikat? Adil bagi Allah? Setelah berjuta yang diberi-Nya walaupun kau tidak minta tetapi ketika dia ambil satu..satu sahaja daripada kau, kau sudah mahu menyalahkan-Nya. Sangat tidak adil.

Dia, yang kau kata kau punya itu, bukan milik kau pun. Mazhab mana yang kata jika ada rasa cinta satu sama lain maka terus dikira kau yang punya. Tidak. Sudahlah kau khilaf dan kini masih ingin salahkan Allah. Tidak malu betul. Malah, jika perhalusi hikmah semua ini, sebenarnya Allah bukan semata-mata ingin menguji kau, tetapi Allah sedang berikan kau yang terbaik. Betul, ini bukan tipu-tipu. Allah sedang berikan kau yang terbaik. Dulu, ketika kau dalam pelukan cinta, kau rasa dia yang terbaik bukan? Ketika itu kau ada tanya Allah betulkah apa yang kau rasa? Allah ada beritahu itulah yang benar untuk kau? Tell you what, Allah sedang beritahu sekarang. Ya, inilah jawapan Allah. Allah itu mahukan yang terbaik untuk kau. Jika dia yang terbaik,pasti Allah akan satukan kembali. Yakinlah!

JIKA DIA YANG TERBAIK, PASTI ALLAH AKAN SATUKAN KEMBALI. 




Aku pun sujud tanda khilaf. Betapa selama ini aku menafikan tetapan Allah rupa-rupanya. Aku hanyut dalam rasa sendiri sehingga aku lupa bahawa Allah itu yang menetapkan segala-galanya. Aku sebagai hamba, hanya terus berdoa dan berdoa. Di mana usaha? Ya, seharusnya berusaha tetapi jika tidak dapat seperti yang diusahakan. Kekallah berdoa.
--------------------------------------------------
“bulan, aku sudah mengerti sekarang. Patutlah kau berdiam dulu. Rupa-rupanya begini akhirnya.
“bintang, maafkan aku. Aku mendesak kau dulu, rupa-rupanya kau hanya kasihankan aku. Gembira pada yang tiada.
Langit, kini aku sudah tahu kenapa kau berahsia. Kau saksikan segalanya.
…………………………………………………
Maka, aku pun berdoa.



Aku Benci Rasa Ini !


Bismillah..


Aku nafikan jika ada yang kata aku cemburu. Tetapi dalam hati ini, sememangnya itu yang aku rasa. Aku benci rasa ini. Bagaimana aku boleh cemburu sedangkan itu sahabat baikku? Pernah sampai kami bersetia untuk terus kekal berkawan sehingga ajal menjelma. Kami rapat betul. Bagai irama dan lagu. Bagai isi dan kuku.

Tetapi, mengapa ada rasa sebegini?

Serius, aku benci gila rasa ini. Tetapi setiap kali dia lebih sesuatu, rasa ini pun muncul. Padahal tidak pula aku yang hadirkan, rasa ini wujud sendiri.

ketika dia dipuji guru, ketika keputusannya jauh di depanku, ketika dia atas pentas dan semua bertepuk tangan, ketika ramai mengerumuninya dengan ucapan tahniah, ketika dia peroleh hadiah, ketika ramai lelaki memandangnya, ketika namanya disebut-sebut, ketika dia diangkat menjadi ketua, ketika dia menyerlah dalam semua bidang..

dan aku seolah-olah tidak wujud di sisinya. Semua orang seperti nampak dia seorang sahaja. Jika ada yang menegur aku pun, sudah tentu tanya pasal dia. Arghh..rasa ini semakin tebal. Walaupun aku usaha untuk tepis tetapi rasa itu tetap hadir. Sebagai sahabatnya, aku gembira dia peroleh semua itu, dan dia bukannya seorang yang lupa diri. Tetap bersahabat denganku dengan setianya. Cuma aku ini. Masalah hati. Haih…


Pernah rasa sebegini? Selalunya..sudah tentu perempuan. Lelaki ada je tapi saya percaya kuantitinya sangatlah sedikit. Adakah rasa ini salah? Cemburu dalam bersahabat. Salah?

Sebelum itu, perlu difahami bahawa cemburu ini ada dua. Pertama, kamu berasa iri hati dengan nikmat seseorang, dan mahukan nikmat itu hilang daripadanya. Ini dipanggil hasad. Kedua, kamu berasa iri hati dengan nikmat seseorang, dan mahukan diri kamu juga dapat seperti itu tanpa mengharapkan dia kehilangan nikmat itu. Ini namanya ghibtoh.

Secara umumnya, hasad boleh mendorong kepada sabotaj dan khianat manakala ghibtoh selalunya sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha. Tetapi, ucapan saya kali ini fokus kepada dunia persahabatan.  Sebab mungkin situasi ini berlaku antara anda dan dormmate or housemate, or roommate or maybe bedmate..upss…

Hadirin hadirat yang dikasihi..(sambil membetulkan mikrofon)
Bagi saya, situasi di atas normal. Ya normal. Janganlah nak rasa berdosa sangat seolah-olah anda memicit semut tanpa sebab yang lalu di rekahan dinding bilik anda itu. Mempunyai sahabat yang talent sama ada dia cerdik, berbakat, kaya, kacak (maaf, saya gunakan sifat diri saya ini hanya sebagai contoh, tiada niat bangga diri..-.-‘) sememangnya mengundang risiko untuk kita berasa cemburu atau perkataan masyhurnya, jeles. Bayangkan, di mana-mana anda berjalan dengan dia, pasti akan diperhati orang. Ketika hari jadinya, bersepah bilik dengan hadiah yang dia terima. Belum kira lagi wall FB dia yang panjang berjela dengan wishes. Semua ini secara tidak sedar menimbulkan rasa ‘sakit’ dalam hati, jauh dalam hati. Jadi, bagaimana mahu atasi? Itu persoalannya kini.

jangan sebab durian, ukhuwah kita binasa. haha
Bagi saya, anda jangan pendam rasa ini. Berdiam cuma lebih menyakitkan. Trust me. Semakin lama anda hanya pendamkan, semakin membengkak rasa dalam hati. Sehinggalah nanti, anda sendiri tidak sedar, hasad mula hadir. Anda tercari-cari point untuk downkan dia. Dia tersalah sikit je, tapi anda blame dia macam dia bunuh orang. Padahal dia cuma terlepas angin belakang je. Sikit je pun. Perlahan pulak tu. (walaupun bau durian vs petai), tapi anda marah dia macam dia itu tentera Israel jer..tanpa anda sedar, segala perlakuan dia, segala percakapan dia buat anda rasa makin annoying. Jangan! Bukan salah dia jika dia itu cerdik atau terlalu popular. Lainlah sememangnya perangai dia yang selalu bongkak dan berlagak. Kalau dia begitu, wajar untuk anda annoying tetapi jika dia hanya gembira dan ingin kongsi dengan anda, mengapa perlu rasa annoying? Cemburu? Ini cemburu yang salah ! Hasad.  

Jadi, bersemuka dengannya. Tebalkan muka demi ukhuwah. Bersemuka dengannya dan ceritakan rasa hati anda. Saya pernah mencubanya dan terbukti berjaya! Saya masih ingat lagi semasa saya bersemuka dengan sahabat saya dahulu.

 “aaron aziz..sebelum aku cakap ape-ape, aku nak mintak maaf doh..aku tau aku tak patut rase camni, puas dah aku halang n tepis tapi stil rase gini gak. Kite kacak hampir same je tp knape friend FB aku tak sampai seribu pun lagi tp ko dah sejuta lebih..hm..so ko rse camne?aku sayangkan friendship kita nie n taknak rase cemburu aku ni spoil everthing.”

Bukan sahaja boleh meringankan jiwa, malah ukhwah yang terjalin semakin mekar dan berwarna.

Kedua, fikirkan dengan mata hati, kenapa anda tidak puas hati? Nanti hati akan jawab, sebab dia dapat itu ini. Ketika hati menerima jawapan sebegini, cepat-cepat anda muhasabah dan pujuk diri bahawa ini adalah salah diri sendiri. Bukan dia. Cakap dengan diri sendiri “ kesian dia, tak pasal-pasal je aku tak puas hati dengan dia padahal dia tak salah ape2 pon. Die bukan blagak tak tentu pasal, die juz nak share hepy je..so aku sbagai sahabat yg baik tak patut rase mcm nie..ini bukan shabat yang baik! Ini bukan salah dia, ini salah hati aku sndri. Aku tak patut macam nie.” 
Jika anda kerap monolog sebegini maka akan kurang untuk diri anda cuba mencari kecacatan pada dirinya.

Ketiga dan yang utama, doa. Mengadulah pada Allah dan pohon perlindungan daripada-Nya. Ini semua kerja syaitan. Membisikkan rasa khuatir dan mewujudkan bibit-bibit keretakan dalam ukhuwah. Bagi mereka yang bersilaturrahim kerana Allah, sesungguhnya telah mendapat ganjaran yang sangat besar. Betul. Mudah bukan? Kita ada kawan baik pun Allah bagi pahala.
kelebihan di dunia ini tidak perlu dicemburui laa..setakat dunia kan..
…………………………………………………………………….

Jika anda di pihak yang cerdik, kacak, popular pula bagaimana?


Nantikan di lain masa……..=)

Wednesday, March 28, 2012

..dalam bermusafir di dunia..


Bismillah..

Pernahku dengar ada sabda Nabi, umur umatku di antara 60 tahun sehingga 70 tahun. Maka dalam tempoh ini, wajarku isi dengan apa?
..........................
Alhamdulillah, aku masih tidak lupa. Allah masih tidak lupakan aku. Aku masih ingat lagi isi yang disampaikan orang alim itu. Jelas, isinya benar-benar mengetuk pintu hati ini. Ya..masih tidak aku lupa.

Tiba masa untuk aku kongsi bersama. Sejujurnya, aku bimbang. Bimbang aku khilaf dalam menyampaikan. Memang benar aku masih ingat tetapi tetap aku bimbang aku akan khilaf. Lebih-lebih lagi jika ada yang kata ini adalah pendapatku. Demi Tuhan yang Memegang nyawaku, ini semua dari orang alim itu. Aku ini cuma pacal hina yang sedang cuba untuk menempuh dunia. Aku ini cuma si jahil di bawah ulama'-ulama' mulia. Janganlah kalian menganggap aku memandai-mandai bermain kata atau ilmu yang direka-reka. Tidak. Aku cuma berkongsi sekadar yang ada. Sekadar yang ada. Kalian mesti jelas itu.
.......................................
''3 tujuan hidup ini mestilah jelas di antara kita semua agar tidak ada yang terpesong dari tujuan kita dihantar ke dunia.'' Aku mula menulis dan memasang telinga sungguh-sungguh. Begitu juga dengan jemaah masjid pada malam itu. Orang alim itu membetulkan kaca matanya seraya menyambung bicara.
''Allah SWT telah berfirman pada ayat 56 pada surah Adz Dzaariyaat yang kalian makruf bahawa mahfumnya <”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.''> Orang alim itu menyebut nama seorang ulama' (err..yg ini aku lupa) dan menaqalkan kalam ulama' tersebut iaitu ''tuan-tuan mulia sekalian, ini adalah tujuan pertama kita dihidupkan. Kita dicipta untuk menjadi hamba. Kita dijadikan untuk taat pada Tuhan. Tiada yang lain. Tiada kerja atau tugas bagi seorang hamba melainkan patuh dan taat seluruh perintah dan suruhan tuannya.
Pada indikator yang pertama ini, aku mengurut dada. Apabila terkenangkan dosa pula, aku mula memicit kepala. Fikir bersama, pantaskah bagi seorang hamba, yang hanya menagih ihsan dan rahmat Pencipta, masih tergamak melakukan dosa dan melanggar syariat-Nya?? Wajarkah bagi seorang hamba, yang jelas tidak punya apa-apa tetapi masih mahu mempertikaikan hukum dan tetapan Yang Maha Berkuasa?? Patutkah bagi seorang hamba, yang hidup di dunia milik-Nya, masih berdegil tidak mahu tunduk pada perintah Allah Taala?? Jangan bicara tentang taqwa jika hati masih tidak redha melakukan taat dan ibadat. Jangan. Mengapa masih ada yang berasa kosong dalam hidup ini? Tidakkah tujuan pertama ini sudah cukup untuk berasa ada tanggungjawab perlu dilaksanakan? Ada perkara perlu diselesaikan,ada tugas perlu dilakukan? Ahh..jelas sekali kita hanya bermain kata.

Aku sedang bersedia untuk tujuan yang kedua. Tadi, pen ini tidak berhenti berlari. Sekarang masih bersedia untuk berlari. ''Pada tujuan kedua, Allah SWT ada berfirman “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku ingin jadikan khalifah dia atas muka bumi……”(sehingga akhir ayat).''Orang alim menyambung lagi,''ayat ke 30 surah Al Baqarah ini menjelaskan maksud kedua kita dihantar ke dunia iaitu menjadi khalifah pada alam ini. Jika timbul persoalan adakah kita hidup di dunia ini harus berada di atas sejadah semata-mata? Kekal di dalam masjid selamanya ? Tujuan kedua ini menjelaskan segala. Kita, masih sebagai hamba, mempunyai misi untuk imarahkan dunia. Menjadi mas'ul mencorakkan alam yang berwarna-warna. Ya..kita yang ketua. Sekali lagi aku mahu menarik perhatian semua. Jelas sekali akal telah melebihkan kita antara sekalian makhluk sehingga mampu membina tamadun. Namun, melihat dunia kini, tidakkah kalian pelik dengan diri kita semua, sebagai manusia? Adakah kita layak digelar manusia dan bangsa yang bertamadun sekiranya pengamalan moral tidak sama diadun? Bertamadunkah kita sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana telah menghalalkan alam sekitar disiksa dan diperkosa, hanya dengan kerakusan tangan-tangan manusia? Bertamadunkah kita sekiranya senjata canggih yang dicipta telah menghalalkan kekejaman, penindasan dan pembunuhan, ke atas mereka yang tidak berdosa? Daripada isu serangan di Mumbai sehinggalah pertelingkahan Israel dan Palestin, dan kini di Syria, adakah itu yang kita katakan sebagai manusia yang bertamadun? Teringat kepada konklusi pidato oleh Syamsul Salleh pada tahun 2009 :

          Dunia pada hari ini sudah penat
          Menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat
          Seks bebas sudah dijadikan adat
          Hubungan sejenis mula mendapat tempat
          Untuk menjadi hebat ilmu tidak lagi diangkat
          Sebaliknya corupsi yang menjadi syarat
          Adakah ia hanya perlu untuk dilihat
          Atau sebenarnya ia perlu segera diubat
          Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat
          Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat.


Aku menarik nafas dalam-dalam. Tangan ini lenguh sedikit, dari tadi tidak berhenti melarikan pena ini. Waktu isyak hampir masuk tetapi masih belum terlewat untuk isi seterusnya. Ketiganya ialah istimewa buat ummat nabi mustofa Muhammad S.A.W. ummat yang sebelum ini tidak dihantar untuk maksud ini, untuk tujuan ini. Hanyalah umat akhir zaman ini. Aku betul-betul tertarik. Istimewa! Daripada ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud “ Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah……”(sehingga akhir ayat), melengkapkan 3 tujuan hidup dan maksud kita dilahirkan ke dunia. Selalunya, urusan dakwah ini hanya diletakkan ke atas bahu-bahu para ulama’, para imam, para penguatkuasa jabatan agama..mengapa? padahal telah jelas bahawa dakwah ini atas seluruh umat yang bernaung di bawah 2 kalimah. Berasa memadai cukup kerja dakwah adalah fardhu kifayah? Jangan begitu duhai saudara. Jangan. Ini kerja bersama. kerja untuk kita. Bukan untuk yang lain. Faedah dan natijahnya, untuk kita. jika sesama kita hilang berpesan-pesan kepada kebenaran, tiada berpesan-pesan dengan kesabaran maka ingin harapkan yang kafir memeluk Islam. Hah? Bagaimana? Ummat dahulu hanya disuruh beriman kemudian melakukan syariat-Nya. Namun kita Allah angkat dengan memberi suatu kerja mulia, kerja para anbiya’. Aku tidak salah dengar kawan-kawan, sememangnya itulah yang diucapkan orang alim itu. Kita diberi kerja para anbiya’. Dakwah kepada Allah. Ajak kepada yang benar. Seru pada yang haq. Ini maksud kita dihantar sebagai umat akhir zaman. Menjadi khadim kepada agama. Cukuplah dengan alasan lapukmu bahawa diri masih tidak sempurna. Siapa yang sempurna? Kita diberi kerja anbiya’ tetapi kita bukan anbiya’! Kita mesti jelas yang itu. Benar, aku tidak nafikan sememangnya kita semua bukan sempurna. Tetapi sungguh-sungguh aku tegaskan sempurna itu bukanlah syarat untuk kalian, untuk kita tinggalkan kerja ini. Dakwah. Jemaah terbentuk di seluruh dunia. Cuma tinggal kita, membuka hati dan minda, cekalkan niat di jiwa, dan mulakan langkah pertama. Ayuh! Majulah kita bersama! Maju untuk agama! Hanyasanya untuk DIA !
……………………………………
Noktah. Lalu, azan isyak pun bergema.
……………….
   

Saturday, March 24, 2012

Jika Saya Mahu SMS ?


Apa hukum SMS berlainan jantina ?

Antara soalan yang sangat kerap ditanya kepada para ustaz selepas soalan,”ustaz, ada kelas tak esok?” 
-__-
Isu ini adalah realiti. Khusus untuk mereka yang mempunyai telefon bimbit. Di Malaysia, SMS hampir percuma. Celcom dan Maxis seolah-olah berkempen agar kita istiqomah dalam SMS. Oh okay, Digi juga termasuk. Dengan kadar serendah RM 0.05 sudah tentu kita ketagihan untuk ber-SMS. Lebih-lebih lagi dengan yang berlainan jantina.(saya juga terlibat tetapi tidak ketagih). Di Mesir, berbeza pula. SMS sangat mahal, tetapi panggilan telefon sangat murah. Senior kata, orang arab tidak suka menaip. Leceh.
okay, saya tahu semua pakai touchscreen sekarang. -.-'
Tapi itu bukan soalnya sekarang. SMS, chatting FB,YM,direct message twitter dan apa jua bentuk yang seumpama dengannya telah menjadi isu hangat dalam kalangan ahli-ahli usrah kini.(err..). teringat saya dahulu ketika melalui proses tarbiah di SMKA TAHAP.,isu mesej2 ini memang selalu timbul. Lebih-lebih lagi di pihak pucuk pimpinan. “kita seharusnya menjaga IKHTILAT antara kita. janganlah mesej-mesej ngan perempuan kecuali pada yang perlu. Kita mesti bawa imej yang baik untuk ana-anak buah kita, kita juga..bla..bla…bla..dakwah itu seharusnya..bla..bla..bla..tidak guna banyak ilmu jika bla..bla..bla..kesimpulannya, kita hendaklah…aku tersenyum. Ketika sampai bab kesimpulan aku mesti tersenyum. Hehe.


Setelah memerhati beberapa pendapat daripada individu-individu terkemuka dan mendapat penjelasan sendiri daripada senior di sini, saya makin jelas dengan isu ini. Mudah. Simple. Dan tidak jauh pun sebenarnya dengan hukum ber-facebook, twitter dan yang sama waktu dengannya.

Sudah maklum semua bahawa NIAT itu menjalankan peranan yang tersangatlah besar dalam melakukan amal dan af’al. Dengan niat, yang harus boleh jadi sunat, juga boleh jadi haram, juga boleh saja kekal keharusannya. Ya..pada niat. Teringat pada kata seniorku, iza hasan fahuwa hasan, iza qobih fahuwa qobih. Jika baik (perkaranya), maka baik. Jika buruk, maka buruk. Kalian jelas? mudah bukan? Mengapa ada di antara kita yang seolah-olah menyempitkan ruang yang ada, tidak kurang ada yang cuba membuka ruang yang tiada? Bagi yang memahami, sudah tentu akan berasakan Islam itu sungguh mudah dan bagi yang memahami, sudah tentu tidak akan permudahkan Islam.

Jika dituntut untuk mengajar perkara Fardhu pada seorang akhowat, maka jatuh hukum wajib untuk SMS mahupun call. Soalnya, itu cara yang terbaik dan relevan? Jika berkata-kata perkara yang meningkatkan iman dan taqwa, maka sunat ketika SMS mahupun FB. Soalnya, mampu kekalkan ‘sunat’ itu? Jika mesej pada perkara yang membangkitkan syahwat dan nafsu, maka jelas hukumnya haram. Soalnya..ape soal-soal??tiada persoalan lagi sepatutnya. Perkara haram tidak akan bertukar harus kecuali pada situasi tertentu. Namun, saya tidak nampak situasi yang boleh membenarkan untuk bercakap perkara syahwat dengan wanita. Hehh.

Begitu jugalah, jika kalian berpersatuan. Sudah tentu banyak komunikasi antara satu sama lain. Mengapa perlu ada kerja tergendala sebab berpegang untuk tidak mahu berhubung dengan si lelaki, dengan alasan yang sangat kelakar iaitu, ingin menjaga hati sanubari. HAHA. Ya..terus terang saya kata, itu sangat kelakar. Kamu ada kerja yang perlu pada SMS, YM, panggilan telefon tetapi sebab menjaga diri KONONnya, maka segala kemudahan ini diketepikan sehingga kerja yang sepatutnya boleh selesai dengan mudah, jadi lambat dan tersekat. What the hall??

kami sedang berusrah. nampak tak ukhwah yang menyatukan kami semua? ukhwah berada di tengah2. harap maklum.
Mungkin ada yang tanya, ada ke makhluk yang berbuat sebegini? Jangan tipu kalau tak pernah jumpa. Pernah jumpa seseorang yang selalu minta kawannya yang uruskan jika mahu berurusan dengan akhowat atau ikhwah? Padahal dirinya yang patut buat semua itu. Kenapa? Ingin jaga hati dari dengar suara garau si lelaki? Ingin jaga telinga dari termakan dengan suara kecil wanita? Oh please MAN!! What the ikan?? Jika benar demikan, jangan salahkan SMS, FB, or semua kemudahan ini. Salahkan telinga dan hati kamu itu. Weird!


Konklusinya, tidaklah saya emosi pada semua ini. Cuma saya kesal dan pelik pada sesetengah kita yang
bercita-cita ingin bawa imej Islam tetapi dia tidak sedar dia telah tutup apa yang sebenarnya Islam buka. Jangan. Seriously jangan. Ya, saya boleh terima jika dia katakan dia selesa dengan cara sebegitu. Okay, tafadhal. Tetapi jangan sesekali kau kata ini salah, itu salah, ini tak boleh, itu tak patut. Jangan. Kau sedang takutkan kawan-kawan kita yang sedang bertatih dalam mengamalkan ajaran mulia Islam. Bayangkan, seorang pelajar sains yang telah terbiasa dengan sosial terbuka tiba-tiba sahaja dihalang dengan bermacam-macam pantang larang. “adik-adik, kalau nak bercakap dengan muslimat, mesti dalam jarak 500 meter tau. Jangan kurang sedikitpun. Kalau nak tambah 500 meter lagi bagus.” Aku dan kawan-kawan mula buat muka sebegini    à         -_________-          ataupun yang macam ini      à         =,=”

Fahamilah sebaiknya.

Chill semua okay !


Friday, March 23, 2012

jika anda bicara soal CINTA


sila baca entry ini sambil dengar lagu muhasabah cinta by edcoustic.

jangan tatap gambar ini lama-lama, nanti automatik golek2 atas katil sebab nak kawen sgt daa.


Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita terseka

t di kerongkong apabila berhadapan dengan dia? 

itu bukan CINTA! itu SUKA...

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya?

itu bukan CINTA! itu NAFSU..

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu cinta ada di sana?

itu bukan CINTA! itu KESEPIAN..

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

itu bukan CINTA!itu KESETIAAN..

Adakah kita tetap mengatakan kita mencintainya kerana tidak ingin melukai hatinya?

itu bukan CINTA! itu BELAS KASIHAN..

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan mata dia  membuat hati kita terpikat?

itu bukan CINTA! itu TERGILA-GILA..

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah terhutang budi kepada dia?

itu bukan CINTA! itu PERSAHABATAN..

Adakah kita menyatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?

itu bukan CINTA! itu DUSTA..

Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?

itu bukan CINTA! ITU KEMURAHAN HATI..
jika difahami keluhuran cinta, pasti dan pasti kau makin dekat dengan Pencipta.

TETAPI.....

Adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan, kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar sekali difahami walaupun berjuta penyair dan pujangga cuba merungkai maknanya..
tetapi..CINTA menarik kita mendekati dan tetap bersamanya..itulah CINTA..

Adakah kita menerima kesalahannya kerana itulah sebahagian dirinya dan siapa dia? jika demikian, itulah CINTA..

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi masih setia dengannya tanpa penyesalan?jika demikian, itulah CINTA..

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?jika demikian, itulah CINTA..

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?jika demikian, itulah CINTA..

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?jika demikian, itulah CINTA..

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?jika demikian, itulah CINTA..

CINTA..

21 MAC 2010 -jam 0334

akhowat yang disayangi..


TIDAK MAHU HIPOKRIT BILA BERTUDUNG...............? (ALASAN BODOH..err..maaf, kurang cerdik maksud saya.)

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

yang wajib tidak laksana, tapi bicara ikhlas terer giler. tak ke pelik??
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki

p/s: bkn untuk tudung saja..jgn sempitkan pmikiran anda..perangai mencari alasan untuk tak mahu brubah adalah perangai bani israel...ingatlah..sayangku...

inspired by pemudi kuala teh.

Thursday, March 22, 2012

antara MULA dan AKHIR


Bismillah..
Soalan-soalan ini dipetik daripada kelas tauhid dalam mensyarahkan isi kitab khoridah bahiyyah karangan Sheikh Ahmad Dardil. Kerap kali Allah firmankan suruh kita berfikir tentang tanda-tandaNya, sebab itu ee minta kakak2 sekalian turut berfikir. Soalan-soalan ini tidaklah secara mutlak  menzahirkan tanda-tanda Allah, ee fikir lebih kepada pengetahuan untuk mengukuhkan keyakinan.
Adapun soalan-soalannya adalah seperti berikut :

1. Apakah yang ada permulaan, tiada pengakhiran.
2. Apakah yang ada permulaan, ada pengakhiran
3. Apakah yang tiada permulaan, tiada pengakhiran.
4. Apakah yang tiada permulaan, ada pengakhiran.
Dan moga diterima Allah, beginilah jawapannya..

1         1. Setiap yang bermula itu adalah yang dicipta. Dan soalan ini nyatakan tiada akhirnya. Jika kita katakan akhirat, benar. Tetapi bukankah mizan,mahsyar,sirat dan seumpama dengannya di akhirat sana ?kita akan laluinya tetapi kita juga akan meninggalkannya. Hanyalah syurga dan neraka tiada akhirnya. Itulah kehidupan kekal selama-lamanya. Jadi, jawapan yang paling tepat..syurga dan neraka.

2        2. Jelas, jawapannya jin dan manusia. Juga malaikat,haiwan dan makhluk yang punya jangka hayatnya. Sebab apa jika jawab makhluk masih belum tepat? Sebab syurga dan neraka itu juga makhluk  Allah Al Kholiq. Terlalu umum jika makhluk jawapannya. Takrif makhluk itu sendiri adalah, selain Allah. Selain Allah, adalah makhluk.

3        3.  Allahu Robbi. Yang Menciptakan, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Memelihara. Dialah Yang Awal juga Yang Akhir . Tuhan sekalian makhluk, Yang Kekal tidak berakhir. Yang Hidup tidaklah mati. Allah Azza Wajalla.

4        4.  Janganlah bersedih ketika tidak berjaya menjawab soalan ini. Ketahuilah seluruh yang duduk dalam kelas tauhid bersama-sama ee ketika ditanya soalan ini juga tidak terjawab soalan ini. Semuanya bukan setakat menggaru kepala sendiri, malah turut menggaru kepala rakan sebelah akibat rumitnya soalan ini. Hanyalah, hati dan jiwa ulama’ yang kita ma’ruf mereka disuluh hidayah Allah mampu merungkaikan soalan ini. Jawapannya, Ketiadaan Kita. ee ulang, ketiadaan kita. Bagaimana?  Mari kita berfikir. Sebelum kita di atas dunia, kita di mana?tepat..kita di dalam perut ibu, di alam janin. Sebelum itu?benar..kita di alam ruh, di luf mahfuz sana. Sebelum itu lagi?kenapa senyap?hehe..ya..kita tiada. Betul tak? Kita tiada bukan? Jadi, sifat ‘tiada’ itu adalah jawapannya. Bila mulanya ‘tiada’ itu? Dapat jawab?Sudah tentu tidak. Bila akhirnya ‘tiada’ itu? Oh yang ini boleh jawab, sebab ketika diciptakan roh kita, itulah pengakhiran bagi ‘tiada’ tadi. Kita dah ada jadi ‘ketiadaan’ kita tadi pun berakhir. Faham? Satu perkara yang boleh kita ambil, salah jika kita ucapkan Selamat Hari Jadi. Siapa tahu ketika kita dijadikan? Kakak tahu? Jika diucapkan Selamat Hari Lahir, maka tepat. Jelas dalam surat beranak hari dan masa kita lahir. Tetapi tiada pula antara kita yang tahu bila kita dijadikan. Setuju? ^^
"Maka Mahasuci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan"
                                                                                                                                                               Surah Yaasin ayat 83

Begitulah seadanya. Cebisan maklumat yang saya perolehi di bumi nabi-nabi ini. Moga bermanfaat hendaknya.  
Wallahu  Taala ‘Ala A’lam.

Monday, March 12, 2012

ENTRY INI YANG PERTAMA.


Bismillahi ar Rahman ar Rahim .
Segala puji dan puja milik Allah Azza Wajalla jua. Dialah yang menghidup dan mematikan. Maha Berkuasa dan Penguasa.
Selawat dan Salam atas junjungan Mustofa Muhammad Sallahu alaihi alihi wassalam. Sayyidul Anam Si Penutup Kenabian.

Bermula. Maka bermulalah. Minda ini mula beroperasi, jari juga menjalankan misi. Segala isi akan dikongsi. Buat semua yang mencari inspirasi. Dari hati ke hati. Hanya satu niat ini, untuk raih redha Ilahi.
Saya menulis juga.
__________________________________________________________________________

Kenapa tulis blog ? Sudah tentu kita akan terima berjuta sebab. Kata kaki online,''org lain ade, aku pon nak ade gak..'' Kata gadis jalanan,''i cantik, fb n twitter tak cukup utk i tayang diri..'' Kata naqib usrah,''ana ingin sampaikan fikrah ana..'' Kata si manager, ''biar orang kenal kita..'' Kata hacker, untuk buat duit !'' dan kata-kata yang lain lagi.
penulis bersama superbike kesayangannya -.-

TETAPI saya..yang serba dhoif ini..mempunyai kata yang lain. Juga mungkin sama dengan setengah pihak tapi tetap saya kata ini dari saya. Ini adalah sebab wujudnya blog ini. Menulis sememangnya salah satu kegemaran diri saya tetapi mempunyai blog milik sendiri bukan pernah dirancangkan pun. Cuma setelah menyedari bahawa betapa banyak mutiara dapat dikumpulkan di bumi anbiya' alaihissalam ini saya terasa sangat tidak selesa jika tidak dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan khususnya Batch 27 SMKA TAHAP. (ade mende nak cite pasal rakan-rakan sy nih). Disokong dengan permintaan manusia-manusia penting untuk mempunyai blog sendiri seperti Firdaus Bin Mohd Yusoff, Muhammad Azmi Bin Wazir, Nur Madihah Binti Muhaidzir, kakak Nurul Azni Binti Md Yusuf dan beberapa orang lagi termasuklah the dot.dot one Wan Nur Waheedah Bt Wan Abdullah (saje mentioned korang bio bangge sikit..kuang3). Jadi, mohon sidang pembaca jelas bahawasanya kelahiran blog ini cumalah ingin dikongsi segala apa yang saya terima di sini, di mesir ini. Semoga memberi manfaat kepada diri saya dan kalian..ameen.
Apakah gaya bahasa(toriq) yg digunakan? Semoga kalian selesa dengan cara blog ini ditulis iaitu bahasa melayu fasih dan bukannya pasar. Sebetulnya tidak terlalu pasar. Insha Allah saya cuba untuk menulis dengan bahasa yang teratur dan difahami semua sebab matlamat utamanya ialah kalian memahami maklumat(message) yg sy cuba sampaikan sepertimana saya memahaminya. Itu yang paling penting.
_________________________________________________________________________________

MINTA MAAF. Sememangnya enty intro ini agak membosankan. Tapi tidak mahu tidak saya mesti mulakan dengan tasawwur bagaimana isi blog ini nanti.(bagi sahabat2 di mesir, mereka akan tahu yang saya cuba gunakan toriq ulama' menulis kitab mereka). Ini Mukaddimah. Salam Perkenalan. Ini dunia Blog dan saya baru sahaja memasukinya. Semoga diri ini, blog ini, diterima baik oleh kalian..sidang pembaca yang dirahmati Allah Azza Wajalla. :)

12 Mac 2012 - ntah Rabiul Akhir 1433
0737 a.m waktu Egypt

Lahirnya Blog Ini..

ASYHADU'ANLA ILAHAILALLAH..ASYHADU'ANNA MUHAMMAD RASULULLAH.

Rodhitu billahi robba.
wa bil islami dina
wa bi muhammad nabiyya wa rasul
 

Blogger news

Blogroll

About