Pages

Sunday, June 9, 2013

Eh..Saya Gurau Je..

Bismillah..

Pagi itu, entah apa yang gatal sangat tangan saya nak bergurau sehingga salah seorang ahli dalam group whatsapp keluar dari group tersebut.

Serius.

Keadaan tegang.

Tidak perlu cari salah sesiapa sudah, terang-terang saya yang punca.

Gelap. Sekali lagi, saya lah punca.

…………………………………………………………..
Saya anak kelima dari 8 adik beradik. Saya di tengah-tengahnya. Saya ada semua, saya ada kakak, ada abang, ada adik perempuan dan adik lelaki. Bagi saya, saya anak yang paling tidak dimanjakan. Sebab? Sebabnya jarak saya dan adik perempuan saya hanyalah setahun. Dan ketika saya lahir, kakak-kakak saya dah cukup besar untuk menguruskan seorang bayi. Jadi, ketika baru setahun bergelumang dengan title anak bongsu, adik perempuan saya lahir dan merampasnya.

Tetapi bagi saya juga, adik perempuan saya tak gembira mana pun lahir ketika itu. (hahaha..suka hati aku je) Sebab? Sebabnya dia jadi adik kepada saya.

Kacau, sakitkan hati, menyakat, menyakat dan menyakat. Itu yang dia perlu tempuh sepanjang menunggu saya betul-betul matang. *geleng-geleng kepala sambil curi-curi gelak*

Saya tidaklah ingat semua, tapi dari cerita emak, dan kakak-kakak, adik saya betul-betul terseksa jiwa raga dengan saya ketika kecil kami dahulu. Saya sangat dahsyat apabila menyakat, bergurau. Setakat perli dan mengejek tu dah jadi macam rutin. Bila dengar adik perempuan saya tu melalak melolong sebab sakit hati, maka akan kedengaran kakak dan emak ,

“ Fikri !!!!!!”

Sudah tiada orang lain. Abang saya pendiam dan alim-alim kucing ketika dia kecil. Kalau ada pun, adik lelaki saya. Teman setia untuk menyakat dan menghapuskan ketenangan kakaknya yang merupakan adik perempuan saya. Err..faham kan watak-watak dalam cerita nie?

Dan ketika sudah dewasa ini, perangai menyakat dan mengacau orang itu tidaklah ketara mana dah. (tafsiran sendiri)

NAMUN, saya sangat –sangat pasti masih ada yang terasa dan memendam hati dengan gurauan saya.

Jujurnya, jika saya bergurau, saya akan fikir dahulu sama ada akan beri kesan yang bagaimana. Jika dia sangat-sangat sensitive dan kemungkinan besar tidak dapat menerima gurauan saya, saya tidak akan teruskan. Tetapi jika sebaliknya, maksudnya dia juga akan ketawa dan bergurau sama dengan saya, maka pasti dan pasti saya teruskan. Cuma masalah yang selalu timbul disebabkan saya salah dalam berfikir. Saya fikir dia akan okay jika saya bergurau begini, eh rupanya tidak. Maka, episod memujuk dan memohon maaf bermula. Hee.

Ya, saya gemar seperti itu. Maksud saya, saya sangat tidak gemar dikelilingi suasana serius, tegang dan protokol. Allah sahaja tahu betapa saya anti-protokol. Huhu.

Bukanlah setiap masa saya HAHAHAHA atau HIHI atau HEHEHE mahupun HEW HEW HEW. Tidak. Cuma, jika kita boleh pecahkan suasana yang tegang, tidak perlu fikir protokol dan tenang dalam senyuman, mengapa perlu juga pilih untuk berserius bagai?

Jangan tafsirkan tulisan ini salah. Saya bukan menentang untuk serius, dan jangan tafsirkan serius itu sebagai lawan kepada main-main. Saya yakin kalian boleh faham dengan apa yang saya maksudkan. Be professional. Ada masa gurauan tidak diperlukan. Sangat kelakar jika tiba –tiba ada suara yang kaitkan dengan ikhtilat atau seumpamanya. Sangat kelakar. *troll face*

Penutupnya, saya mahu memohon maaf. Maaf untuk segalanya. Maaf untuk setiap gurauan saya. Maaf untuk semua lawak yang menyakitkan. Dan maaf juga untuk ketidak-seriusan saya.

Saya bergurau, semata-mata untuk lihat senyuman anda. Saya bergurau, semata-mata untuk ukhuwah kita. Macam kes adik perempuan saya tadi, saya menyakat dan bergurau dengan dia, dan saya yakin dia tiada idea betapa abangnya kasihkan dan sayangkan dia.

Betapa saya menyayanginya.

Betapa saya kasihkan dia.



Eah. 
 

Blogger news

Blogroll

About