Pages

Thursday, March 22, 2012

antara MULA dan AKHIR


Bismillah..
Soalan-soalan ini dipetik daripada kelas tauhid dalam mensyarahkan isi kitab khoridah bahiyyah karangan Sheikh Ahmad Dardil. Kerap kali Allah firmankan suruh kita berfikir tentang tanda-tandaNya, sebab itu ee minta kakak2 sekalian turut berfikir. Soalan-soalan ini tidaklah secara mutlak  menzahirkan tanda-tanda Allah, ee fikir lebih kepada pengetahuan untuk mengukuhkan keyakinan.
Adapun soalan-soalannya adalah seperti berikut :

1. Apakah yang ada permulaan, tiada pengakhiran.
2. Apakah yang ada permulaan, ada pengakhiran
3. Apakah yang tiada permulaan, tiada pengakhiran.
4. Apakah yang tiada permulaan, ada pengakhiran.
Dan moga diterima Allah, beginilah jawapannya..

1         1. Setiap yang bermula itu adalah yang dicipta. Dan soalan ini nyatakan tiada akhirnya. Jika kita katakan akhirat, benar. Tetapi bukankah mizan,mahsyar,sirat dan seumpama dengannya di akhirat sana ?kita akan laluinya tetapi kita juga akan meninggalkannya. Hanyalah syurga dan neraka tiada akhirnya. Itulah kehidupan kekal selama-lamanya. Jadi, jawapan yang paling tepat..syurga dan neraka.

2        2. Jelas, jawapannya jin dan manusia. Juga malaikat,haiwan dan makhluk yang punya jangka hayatnya. Sebab apa jika jawab makhluk masih belum tepat? Sebab syurga dan neraka itu juga makhluk  Allah Al Kholiq. Terlalu umum jika makhluk jawapannya. Takrif makhluk itu sendiri adalah, selain Allah. Selain Allah, adalah makhluk.

3        3.  Allahu Robbi. Yang Menciptakan, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Memelihara. Dialah Yang Awal juga Yang Akhir . Tuhan sekalian makhluk, Yang Kekal tidak berakhir. Yang Hidup tidaklah mati. Allah Azza Wajalla.

4        4.  Janganlah bersedih ketika tidak berjaya menjawab soalan ini. Ketahuilah seluruh yang duduk dalam kelas tauhid bersama-sama ee ketika ditanya soalan ini juga tidak terjawab soalan ini. Semuanya bukan setakat menggaru kepala sendiri, malah turut menggaru kepala rakan sebelah akibat rumitnya soalan ini. Hanyalah, hati dan jiwa ulama’ yang kita ma’ruf mereka disuluh hidayah Allah mampu merungkaikan soalan ini. Jawapannya, Ketiadaan Kita. ee ulang, ketiadaan kita. Bagaimana?  Mari kita berfikir. Sebelum kita di atas dunia, kita di mana?tepat..kita di dalam perut ibu, di alam janin. Sebelum itu?benar..kita di alam ruh, di luf mahfuz sana. Sebelum itu lagi?kenapa senyap?hehe..ya..kita tiada. Betul tak? Kita tiada bukan? Jadi, sifat ‘tiada’ itu adalah jawapannya. Bila mulanya ‘tiada’ itu? Dapat jawab?Sudah tentu tidak. Bila akhirnya ‘tiada’ itu? Oh yang ini boleh jawab, sebab ketika diciptakan roh kita, itulah pengakhiran bagi ‘tiada’ tadi. Kita dah ada jadi ‘ketiadaan’ kita tadi pun berakhir. Faham? Satu perkara yang boleh kita ambil, salah jika kita ucapkan Selamat Hari Jadi. Siapa tahu ketika kita dijadikan? Kakak tahu? Jika diucapkan Selamat Hari Lahir, maka tepat. Jelas dalam surat beranak hari dan masa kita lahir. Tetapi tiada pula antara kita yang tahu bila kita dijadikan. Setuju? ^^
"Maka Mahasuci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan"
                                                                                                                                                               Surah Yaasin ayat 83

Begitulah seadanya. Cebisan maklumat yang saya perolehi di bumi nabi-nabi ini. Moga bermanfaat hendaknya.  
Wallahu  Taala ‘Ala A’lam.

2 comments:

  1. Subhanallah... mohon share ya akhi. Akhi masih berkelana mencari ilmu kah skrg? Terasa ingin berkenalan. 0133006980 firdaus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kini sudah di Malaysia. Tidak lagi berkelana, namun masih mencari ilmu. :)

      01115782274

      Delete

 

Blogger news

Blogroll

About