Pages

Saturday, March 31, 2012

Aku Benci Rasa Ini !


Bismillah..


Aku nafikan jika ada yang kata aku cemburu. Tetapi dalam hati ini, sememangnya itu yang aku rasa. Aku benci rasa ini. Bagaimana aku boleh cemburu sedangkan itu sahabat baikku? Pernah sampai kami bersetia untuk terus kekal berkawan sehingga ajal menjelma. Kami rapat betul. Bagai irama dan lagu. Bagai isi dan kuku.

Tetapi, mengapa ada rasa sebegini?

Serius, aku benci gila rasa ini. Tetapi setiap kali dia lebih sesuatu, rasa ini pun muncul. Padahal tidak pula aku yang hadirkan, rasa ini wujud sendiri.

ketika dia dipuji guru, ketika keputusannya jauh di depanku, ketika dia atas pentas dan semua bertepuk tangan, ketika ramai mengerumuninya dengan ucapan tahniah, ketika dia peroleh hadiah, ketika ramai lelaki memandangnya, ketika namanya disebut-sebut, ketika dia diangkat menjadi ketua, ketika dia menyerlah dalam semua bidang..

dan aku seolah-olah tidak wujud di sisinya. Semua orang seperti nampak dia seorang sahaja. Jika ada yang menegur aku pun, sudah tentu tanya pasal dia. Arghh..rasa ini semakin tebal. Walaupun aku usaha untuk tepis tetapi rasa itu tetap hadir. Sebagai sahabatnya, aku gembira dia peroleh semua itu, dan dia bukannya seorang yang lupa diri. Tetap bersahabat denganku dengan setianya. Cuma aku ini. Masalah hati. Haih…


Pernah rasa sebegini? Selalunya..sudah tentu perempuan. Lelaki ada je tapi saya percaya kuantitinya sangatlah sedikit. Adakah rasa ini salah? Cemburu dalam bersahabat. Salah?

Sebelum itu, perlu difahami bahawa cemburu ini ada dua. Pertama, kamu berasa iri hati dengan nikmat seseorang, dan mahukan nikmat itu hilang daripadanya. Ini dipanggil hasad. Kedua, kamu berasa iri hati dengan nikmat seseorang, dan mahukan diri kamu juga dapat seperti itu tanpa mengharapkan dia kehilangan nikmat itu. Ini namanya ghibtoh.

Secara umumnya, hasad boleh mendorong kepada sabotaj dan khianat manakala ghibtoh selalunya sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha. Tetapi, ucapan saya kali ini fokus kepada dunia persahabatan.  Sebab mungkin situasi ini berlaku antara anda dan dormmate or housemate, or roommate or maybe bedmate..upss…

Hadirin hadirat yang dikasihi..(sambil membetulkan mikrofon)
Bagi saya, situasi di atas normal. Ya normal. Janganlah nak rasa berdosa sangat seolah-olah anda memicit semut tanpa sebab yang lalu di rekahan dinding bilik anda itu. Mempunyai sahabat yang talent sama ada dia cerdik, berbakat, kaya, kacak (maaf, saya gunakan sifat diri saya ini hanya sebagai contoh, tiada niat bangga diri..-.-‘) sememangnya mengundang risiko untuk kita berasa cemburu atau perkataan masyhurnya, jeles. Bayangkan, di mana-mana anda berjalan dengan dia, pasti akan diperhati orang. Ketika hari jadinya, bersepah bilik dengan hadiah yang dia terima. Belum kira lagi wall FB dia yang panjang berjela dengan wishes. Semua ini secara tidak sedar menimbulkan rasa ‘sakit’ dalam hati, jauh dalam hati. Jadi, bagaimana mahu atasi? Itu persoalannya kini.

jangan sebab durian, ukhuwah kita binasa. haha
Bagi saya, anda jangan pendam rasa ini. Berdiam cuma lebih menyakitkan. Trust me. Semakin lama anda hanya pendamkan, semakin membengkak rasa dalam hati. Sehinggalah nanti, anda sendiri tidak sedar, hasad mula hadir. Anda tercari-cari point untuk downkan dia. Dia tersalah sikit je, tapi anda blame dia macam dia bunuh orang. Padahal dia cuma terlepas angin belakang je. Sikit je pun. Perlahan pulak tu. (walaupun bau durian vs petai), tapi anda marah dia macam dia itu tentera Israel jer..tanpa anda sedar, segala perlakuan dia, segala percakapan dia buat anda rasa makin annoying. Jangan! Bukan salah dia jika dia itu cerdik atau terlalu popular. Lainlah sememangnya perangai dia yang selalu bongkak dan berlagak. Kalau dia begitu, wajar untuk anda annoying tetapi jika dia hanya gembira dan ingin kongsi dengan anda, mengapa perlu rasa annoying? Cemburu? Ini cemburu yang salah ! Hasad.  

Jadi, bersemuka dengannya. Tebalkan muka demi ukhuwah. Bersemuka dengannya dan ceritakan rasa hati anda. Saya pernah mencubanya dan terbukti berjaya! Saya masih ingat lagi semasa saya bersemuka dengan sahabat saya dahulu.

 “aaron aziz..sebelum aku cakap ape-ape, aku nak mintak maaf doh..aku tau aku tak patut rase camni, puas dah aku halang n tepis tapi stil rase gini gak. Kite kacak hampir same je tp knape friend FB aku tak sampai seribu pun lagi tp ko dah sejuta lebih..hm..so ko rse camne?aku sayangkan friendship kita nie n taknak rase cemburu aku ni spoil everthing.”

Bukan sahaja boleh meringankan jiwa, malah ukhwah yang terjalin semakin mekar dan berwarna.

Kedua, fikirkan dengan mata hati, kenapa anda tidak puas hati? Nanti hati akan jawab, sebab dia dapat itu ini. Ketika hati menerima jawapan sebegini, cepat-cepat anda muhasabah dan pujuk diri bahawa ini adalah salah diri sendiri. Bukan dia. Cakap dengan diri sendiri “ kesian dia, tak pasal-pasal je aku tak puas hati dengan dia padahal dia tak salah ape2 pon. Die bukan blagak tak tentu pasal, die juz nak share hepy je..so aku sbagai sahabat yg baik tak patut rase mcm nie..ini bukan shabat yang baik! Ini bukan salah dia, ini salah hati aku sndri. Aku tak patut macam nie.” 
Jika anda kerap monolog sebegini maka akan kurang untuk diri anda cuba mencari kecacatan pada dirinya.

Ketiga dan yang utama, doa. Mengadulah pada Allah dan pohon perlindungan daripada-Nya. Ini semua kerja syaitan. Membisikkan rasa khuatir dan mewujudkan bibit-bibit keretakan dalam ukhuwah. Bagi mereka yang bersilaturrahim kerana Allah, sesungguhnya telah mendapat ganjaran yang sangat besar. Betul. Mudah bukan? Kita ada kawan baik pun Allah bagi pahala.
kelebihan di dunia ini tidak perlu dicemburui laa..setakat dunia kan..
…………………………………………………………………….

Jika anda di pihak yang cerdik, kacak, popular pula bagaimana?


Nantikan di lain masa……..=)

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About