Bismillah..
Saya mula menulis
entry ini selepas Subuh. Dan pagi yang penuh hening ini ini, merupakan hari
lahir lelaki yang paling hebat yang saya pernah temui atas bumi Allah ini..
Saya tidaklah
begitu mengetahui tentang masa silamnya, namun tetap saya tahu ayah bukanlah dilahirkan
dalam sebuah keluarga yang senang. Ibu bapa ayah telah pun meninggal sejak
kecil dan ayah dijaga oleh datuk dan neneknya.
Ada satu
sifat yang mahsyur dalam kalangan bapa-bapa, iaitu berusaha semampu mungkin,
jika darah perlu keluar maka keluarlah darah, jika nyawa jadi ganti maka
gantilah nyawa, tapi mulut mesti kata tiada masalah, mesti kata.. YA.
Ayah sangat
jelas dalam hal ini. Permintaan kami anak-anak, saya khususnya, jarang sangat
sangat mendapat kata TIDAK. Jika permintaan itu berat sekalipun, paling paling
ayah akan..
“pergi
tanya mak hang…”
Huhu. ^^
……………………
Ketika saya
usia 18 tahun, ayah buat saya jadi gugup sebentar apabila ayah setuju saya ke
Mesir, sedangkan emak suruh saya lupakan je hasrat itu. Dan seperti biasa, ayah
jarang buat keputusan, selalunya serahkan pada isterinya, tapi bila ayah buat
keputusan, maka bumi pun menurut perintah. J
Selama 18
tahun hidup (ketika itu), saya pernah nampak ayah menangis sekali sahaja. Ketika
itu di majlis pengebumian datuknya (moyang saya) yang telah menjaga ayah sejak
kecil dan ketika itu saya masih bersekolah rendah.
#Throwback…
24
September 2011..
Emak berulang
kali sebut, emak takkan menangis di Airport. Emak akan hantar kamu dengan
senyuman keazaman. Ketika dalam kereta menuju ke KLIA, emak minta saya rekodkan
suara membaca Al Quran, dan ketika itu saya dan emak menangis berhamburan,
berpelukan.
Dan ayah,
masih steady memandu.
Ketika saya
sudah bersalam dan mencium setiap ahli keluarga, maka saya berhadapan pula
dengan ayah. Saya lihat wajah ayah tetap bersahaja.
Saya menghulurkan
tangan untuk bersalam, dan memeluk ayah.
Dan masa
seolah olah berhenti. Dunia diam sekejap.
Apa yang
kedengaran, hanyalah suara tangisan yang begitu menyayat hati. Kepala saya
masih di bahu ayah apabila ayah menangis semahunya.. Allah…
Kalian bayangkan, seorang ayah yang pendiam, hampir setiap masa acuh tak acuh sedang menangis begitu hibanya dalam pelukan saya.
Kaki saya
begitu lemah lantaran terlalu sedih. Ketika itu, hati hancur terlalu pilu. Saya
perlahan-lahan meleraikan pelukan ayah untuk menatap wajahnya, dan ayah hanya
tertunduk masih menangis. Demi Tuhan yang Menciptakan Semesta, tidaklah sanggup
saya melihatnya. Saya kembali memeluk erat ayah ketika itu. Dunia masih diam
untuk kami. Masa masih berhenti. Saya sanggup memberikan apa sahaja untuk
kekal seperti itu.
Ketika itu berdesup
rasa jiwa dengan kasih sayang ayah. Ayah yang diam rupanya menyimpan sayang
tiada tara, ayah yang bersahaja rupanya menyimpan kasih seluas benua,
Sehingga saat
saya menulis entry ini pun, (sudah hampir 4 tahun berlalu) saya masih menangis
mengenangkan peristiwa itu.
Kalian mungkin
tidak merasainya. Tetapi jika kalian kenal ayah bagaimana, pasti kalian tidak
menyangka untuk ayah mengeluarkan airmata sebegitu.
……………………….
Maka, hari
ini hari lahirnya. Ketika hari lahir emak Julai yang lalu, saya masih di Malaysia,
saya berpeluang menyediakan juadah dan kek. Namun sekarang, saya hanya mampu
menyediakan tulisan ini untuk ayah.
Tulisan ini
untuk ayah tahu bahawa ayah lelaki terhebat yang saya pernah saksikan.
Tulisan ini
untuk ayah tahu bahawa saya tidak akan sanggup lagi untuk hidup jika tiada ayah
menyokong.
Tulisan ini
untuk ayah tahu bahawa hati saya menjadi kuat kembali hanya apabila fikirkan
ayah.
Tulisan ini
untuk ayah tahu yang ee begitu sayangkan ayah. Ee sendiri tak mampu zahirkan
sayang ini kerana terlalu dalamnya, terlalu luasnya. Maka laknatlah atas ee
jika ayah ada terasa hati selama ini. I will make you proud of me, ayah. I will
and I promise. Ee tak pernah terfikir untuk balas jasa ayah selama ini sebab
itu tak mungkin berlaku. Tapi bagilah peluang untuk ee gembirakan ayah dan ayah
berpuas hati dengan segala pengorbanan ayah untuk ee selama ini.
Dan ee
merayu, please stay with me. jaga kesihatan ayah dan jaga diri ayah. Just..
stay with
me.
Langit dan
bumi menyaksikan 57 tahun ayah berhempas pulas untuk kehidupan isteri dan
anak-anak.
SELAMAT
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 57, ayahku..
Love you to
the moon and back.
Dari anak
bujangmu,
MUHAMMAD
HASAN FIKRI (bin dirimu)
Hehe. Kbye.
Hargailah ayah ibu semasa hayat mereka msh ada. Keberkatan idup kita dibawah doa restu mereka. Alhamdulillah semoga dirimu jadi anak yang tau menghargai jasa mereka. Semoga Allah memberikan kerahmatan pdmu seorang anak yang baik.
ReplyDelete