Pages

Sunday, September 7, 2014

Menjadi Adik CT Farhana :)

Bismillah..

Kali terakhir saya post adalah pada 9 June tahun 2013. Itu hampir setahun yang lalu. Saya betul-betul dirundung kemalasan dan tidak semangat lagi menulis.

Namun, pada pagi 8 September 2014 ini, saya mula menaip. Saya mesti menulis juga. Malah, semangat saya untuk menaip kembali di sini telah pun bermula sejak 2 September lepas dah. Cuma bertalu-talu program tetibe muncul entah dari mana. -.-

Semangat yang datang ini hadir meresap apabila mengenangkan, tarikh 2 September merupakan antara tarikh keramat dalam keluarga saya.

Namanya CT Farhana Binti Sayujan. Ya, jangan pelik, Saya tak salah taip, memang hanya CT. Huruf C dan T sahaja. Dan Kak Long dianugerahkan Tuhan untuk menjadi yang sulung dalam keluarga kami, juga menjadi yang terbaik. :)

Apabila ada yang meminta untuk saya ceritakan tentang Along, dalam kepala saya akan tergambar tentang ketaatan yang tiada taranya. Taat. Satu perkataan yang sudah cukup untuk menerangkan dirinya.

Ketaatan along pada emak dan ayah, membuatkan saya kadang-kadang susah nak percaya. Begitu menginspirasikan. Saya susah nak percaya, bagaimana Along boleh mempunyai hati yang sebegitu kuat? Dalam keluarga saya, saya akan bersuara jika ada yang tidak kena dengan jiwa malah saya masih tergamak untuk menafikan sebahagian perkara. Namun bagi Along, taat merupakan keputusan pertamanya. Selagi itu yang diucapkan Bonda dan Ayahanda (sudah tentu yang tidak bertentang dengan agama), maka itu juga kata dirinya, sekalipun telah menafikan hak dirinya, menafikan kehendak dirinya.

Cerita Emak, selepas tamat SPM, Emak menyuruh Along mencari kerja, Along menolak dan tidak mahu, namun dalam diri seorang Along, tidak mahu bukan bermaksud tidak buat. Along ikutkan juga (menangis-menangis kata emak..huhu) ketika itu, Along mula bekerja, kerja yang ada shift pagi dan malam, membuatkan along tinggal di rumah sewa (jauh dari rumah). Dan apa yang benar benar menyentuh hati emak, Along sehingga menangis-nangis ketika diputuskan untuk bekerja, benar-benar dia tidak mahu, namun ketika dia mendapat gaji pertamanya..

"Emak, ini gaji Along.....untuk mak...."

Along menyerahkan wang gajinya.

Semua, tiada sesen pun untuk dia.

Saya menangis dalam hati semahunya ketika mendengarkan part ini. Cukup hairan dan takjub.

Saya terfikir, Untuk apa dia kerja? Untuk apa dia menangis tidak mahu? Untuk apa dia tiba-tiba diasingkan duduk di luar? Untuk apa?

Hanya disebabkan, itu adalah kata ibunya. Thats all. Noktah.

Kalian yang mungkin baca post ini, tidak akan merasakan apa-apa. Tapi jika kalian jadi anak kelima, bermulut lancang, keras kepala, sukar dengar kata, dan ada seorang kakak seperti Along, tentu remuk dalam jiwa. alahai, hinanya aku sebagai seorang anak. :'(

Along DINIKAHKAN (baca: mak ayah suruh kahwin), pada usia 19 tahun. Dan sejak itu, ketaatan Along mula terjawab. Bersuamikan seorang guru tahfiz, dan sekarang mempunyai 4 orang anak yang telah pun menghafaz Surah Yaasin, Al Mulk, Al Waqiah, As Shaad, Juz Amma dan surah-surah panjang lain seawal 8 tahun, juga sedang giat membantu Abang Long (suaminya) menguruskan Madrasah Tahfiz mereka. (baru sahaja dibuka)

Kejayaan hanyasanya dalam agama. Dan Along sedang berjaya.

So, here you go my Sis. Allah telah memuliakan kehidupan ee dengan mentakdirkan ee menjadi adik kepada Along. Allah, ini anugerah! i bet, you have no idea how much i love you dan proud of you. Not at all. Tanyalah Allah, tanyalah penduduk langit, tanyalah malaikat Akid dan Atid, mereka cukup tahu betapa Along sentiasa tinggi dalam hati ee...

Sangat tinggi.

Sumpah cakap, memang tinggi.

puas nak cari gambar dia nih.. -.-


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-32.

Hanya rahmat dan keredhaan Allah bersamamu..

adikmu, Hasan Fikri.
Kediaman Baiti ROSA,
Bentong, Pahang.

p/s :

1. Cukup panjang untuk ditulis sebenarnya, ini bukan cerpen apetah lagi novel, maka cukup kisah dia menyerahkan keseluruhan wang gajinya saya tulis di sini. Jika ditulis juga ketaatan dia pada suami dan pelbagai point yg lain untuk terus saya mengaguminya, maka bukan blog namanya. itu cool blog. eh?
tetibe je :p

2. Bekerja selepas SPM ketika zaman Along dulu, bukan macam sekarang, lebih-lebih lagi utk gadis yang lahir tahun 80-an, sekarang dah macam wajib untuk student lepasan SPM cari kerja part time, sebab tu saya cukup tersentuh, niat dan sebab dia bekerja rupanya tak berubah sehingga dia dapat gaji pun, sikit pun dia tak terfikirkan hal lain selain taat kata ibunya. (kalau saya rasanya, mula2 nangis taknak, lepas sedebuk duit dah ada depan mata, eh mak, okay juga saya kerja kan? boleh la order selain snack plate kat KFC. lol)

1 comments:

  1. Terharu nye! Trima Ksih... sayang ee jugak... mula2 nk nangis tp jd gelak plak... ayaq Mata xmo kluaq .....

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About