Pages

Saturday, May 19, 2012

Cuma Minta Kalian Fikir.


Bismillah..


Sekarang, sudah masuk pengakhiran Mei dan menghampiri Jun. Di Malaysia, bagi kanak-kanak Lepasan SPM, mereka sedang pamerkan bermacam-macam reaksi ketika ini. Ada yang melompat kegembiraan,

"MasyaAllah!! Al-Azhar?? Mesir?? Alhamdulillaaaaahhh!!!"

"What?? Seriously?? United Kingdom?? Thanks GOD!!!"

"Maaaakkkk!! Adik dapat masuk UIA!!!"

Tidak dinafikan, ada yang bersedih.

"Hurm..aku mintak masuk USIM, tapi dia bagi aku UPM. Haih…"

"Dia dapat 7 A je kot, kenapa lepas masuk UM? Aku yang 17 A nie UITM pon tak sangkut..warghhh.."

"Untung la korang dapat jugak..aku nie SeGI pon reject..sobss.."

Juga, ada yang termenung.

"Matrikulasi? Alahai…"

"Asasi UIA ke Tamhidi USIM? Hmm…."

Namun, entry yang ini bukan berbincang fasal kanak-kanak ini semua. Tetapi kita akan bercerita tentang ‘kisah sedih’ malah saya anggap sangat menyayat hati kita semua. Kisah tentang seORANG robot.

Saya ingin bertanya kepada kalian khususnya golongan ibu bapa. Ketika kalian menghantar kami anak-anakmu ke sekolah dahulu, apa yang ada di dalam hati kalian?

Soalan susah? Okay, saya tukar.

Ketika kami anak-anakmu memberitahu kalian para ibu bapa bahawa kami mahu jadi seorang doctor, kami mahu jadi seorang peguam, kami mahu jadi seorang arkitek dan macam-macam lagi bidang kerjaya yang kami sebutkan di hadapan kalian dahulu, ketika itu, apa yang ada di dalam hati kalian?

Susah lagi? Tidak mengapa, biar saya jawabkan.

Ketika itu kalian beritahu kami begini,

"Bagus anak mak, belajar rajin-rajin tau, biar tercapai cita-cita itu."
"Haa..macam tu la anak ayah, nanti adik boleh jaga ayah."
"Jadilah apa-apa pun nak, asalkan hidup kamu bahagia."

Tersenyum kami mendengarnya. Kalian ibu bapa sangat menyokong kami. Kami rasa kuat!

Sekarang, zaman pun berubah. Persaingan menjadi sangat hebat. Kerjaya seorang doctor pun dikatakan menjadi rebutan dan terhad. Mereka yang lepasan Universiti pun menganggur. Bukan sahaja diploma, hatta yang memegang ijazah terkial-kial mencari kerja.

Ketika ini, maka bermula ‘kisah sedih’ yang menyayat hati itu. Kisah seorang robot yang betul-betul dirobotkan.

"Adik, dengar cakap mak nie, adik masuk IPG tu, dah komfem dapat kerja, siap dapat elaun lagi."
"Kakak, jangan degil, masuk je jadi nurse tu, jangan lawan cakap ayah nie."
 :Abang, ini untuk masa depan abang jugak, dunia sekarang mana boleh ikut minat dah, mesti ikut peluang yang ada."

Ini yang dikatakan sokongan beberapa tahun dahulu?

Si anak tekun belajar, malah sangat tidak sabar untuk terjun dalam bidang yang diminatinya. Sejak kecil lagi, dalam diari telah terlakar,

"Aku seorang ustazah nanti!"
"Aku adalah bakal pakar motivasi!"
"Tidak sabar mahu belajar di UIA !"

Tetapi ketika tiba selangkah lagi untuk masuk, dihalang keras pula oleh kalian, ibu bapa.

Mengapa? Sebab fikirkan masa hadapan?

Serius, itu kelakar.

Hanya dimomokkan dengan lambakan pelajar yang menganggur maka minat, cita-cita dan harapan anak-anak turut lebur.
Hanya sebab statistic yang dikeluarkan manusia, maka janji Allah yang telah menetapkan rezeki setiap manusia, dipandang sebelah mata.
Hanya kerana perihal rezeki masa hadapan yang belum pasti, maka perihal peluang hari ini dibiarkan sahaja.
Sedihnya.

Ibu, saya tak nafikan memang masuk Universiti ini tiada jaminan kerja. Tetapi bolehkah saya belajar bidang yang saya betul-betul minat? Jika saya susah mendapat kerja nanti, sekurang-kurangnya saya tidak menghabiskan 4 5 tahun di IPG itu dengan penuh keterpaksaan. Jika saya tidak dapat kerja nanti pun, saya tidak akan menyesal malah masih akan gembira kerana saya telah pakar dalam bidang yang saya minat.
........................................

Err..saya nak mencelah sikit, adakah mendapat kerja itu punca rezeki?

……………………………
Entry ini memang agak celupar bagi seorang anak seperti saya. Siapa saya, sebagai seorang anak, untuk persoalkan keputusan ibu bapa? Memang. Sememangnya saya tidak wajar untuk persoalkan. Apa yang saya harapkan daripada tulisan saya ini adalah mereka yang bergelar ibu bapa itu faham dan jelas bahawa keputusan yang melibatkan masa hadapan anak mereka itu bukan boleh diputuskan oleh rasa hati mereka semata-mata. Mereka melahirkan seorang manusia bukannya robot. Manusia ada perasaan dan kehendak yang tersendiri bukannya robot yang mesti diprogramkan.

Benar, ibu bapa mempunyai hak membuat keputusan untuk anaknya, tetapi tidak bolehkah sekurang-kurangnya kalian dengar rasa hati anak-anakmu ini. Malah, saya rasa, jika bicara tentang hak, adakah kalian sebenarnya sedang menunaikan hak atau sekadar gunakan hak?

Ingat, ini bukan sekadar minat dan cita-cita seorang anak, tetapi melibatkan masa dan umurnya. Tell you what, 4 atau 5 tahun, adalah jangka masa yang sangat-sangat panjang untuk melakukan perkara yang kita kena paksa.

Kalian boleh tolak dan tidak bersetuju dengan tulisan saya ini. Tetapi saya ada satu permohonan.

Saya mohon…

Kalian fikirkan semula.

:)

Itu sahaja.





p/s: mesti ada yang pelik, mak ayah saya tidak marah ke saya tulis begini? Saya senyum.

Jika bukan disebabkan contoh yang mereka tunjukkan iaitu sentiasa berbincang dan meminta pandangan anak-anak, saya tak akan mampu tulis begini pun. Mereka yang ajar saya tentang toleransi itu bukan sahaja patut ada pada si anak. :)













Saya sayang mereka. ^^


9 comments:

  1. Syukran jazilan akhi ! =)

    #entry ni agak sedih .(bagi saya lah) org lain mungkin tak .

    ReplyDelete
  2. yeay dpt perniagaan di Azhar. hahahaha

    ReplyDelete
  3. SubhanaALLAH. Mantap gila.

    Memang bicara jiwa suara hati lah ni. Terbaik !

    ^_^

    Naqiuddin AnsaruLLAH ~

    ReplyDelete
  4. kak nurul : ya, saya kembali! ^^

    abg irfan : takyah nak perniagaan sgt la...-.-'

    nurul hafizah : semoga Allah membantu enti.. :)

    akh naqi : bila orang yg 'mantap gila' cakap kita 'mantap gila', saya 'gembira gila!' =)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hasan,
    teringat UPU tahun lepas.
    kita senasib T_T

    tapi alhamdulillah,
    Allah buka pintu lain utk kita :)

    ReplyDelete
  6. syahida : what the great thinking! benar, Allah buka pintu lain..:)

    ReplyDelete
  7. wahai sang anak muda..bagaimana pula dengan kata2 ALHADIS, Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
    fahamkah kamu wahai sang anak muda apakah maksudnya kalimah TAAT? Tidak dikatakan taat selagi kamu tidak mampu mengorbankan harta,airmata,perasaan,hati,harga diri hatta nyawa sekalipun. Mampukah kamu wahai sang anak muda untuk melakukan semua itu untuk kedua ibubapa kamu sedangkan SunnatuLLAHnya untuk TAAT itu pasti berlawanan dgn NAFSU kamu???

    ReplyDelete
  8. kepada pembaca blog saya, mak ummi ini adalah emak saya.

    saya sedang tersenyum. saya sudah dapat agak emak akan keluarkan hujah sebegini, dan saya pasti semua golongan emak pun.

    atau, mereka ibu bapa akan cakap, "nanti korang rase la sendiri bile dah ade anak..."

    saya tak nafikan langsung semua ini emak. sedikit pun tidak. cuma saya mohon,

    kalian, berfikir.

    ikhlas, anak yang menjunjungmu. :)

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About