Bismillah..
Sekarang,
sudah masuk pengakhiran Mei dan menghampiri Jun. Di Malaysia, bagi kanak-kanak
Lepasan SPM, mereka sedang pamerkan bermacam-macam reaksi ketika ini. Ada yang
melompat kegembiraan,
"MasyaAllah!! Al-Azhar?? Mesir?? Alhamdulillaaaaahhh!!!"
"MasyaAllah!! Al-Azhar?? Mesir?? Alhamdulillaaaaahhh!!!"
"What?? Seriously??
United Kingdom?? Thanks GOD!!!"
"Maaaakkkk!!
Adik dapat masuk UIA!!!"
Tidak dinafikan,
ada yang bersedih.
"Hurm..aku
mintak masuk USIM, tapi dia bagi aku UPM. Haih…"
"Dia dapat 7
A je kot, kenapa lepas masuk UM? Aku yang 17 A nie UITM pon tak
sangkut..warghhh.."
"Untung la
korang dapat jugak..aku nie SeGI pon reject..sobss.."
Juga, ada
yang termenung.
"Matrikulasi?
Alahai…"
"Asasi UIA
ke Tamhidi USIM? Hmm…."
Namun,
entry yang ini bukan berbincang fasal kanak-kanak ini semua. Tetapi kita akan
bercerita tentang ‘kisah sedih’ malah saya anggap sangat menyayat hati kita
semua. Kisah tentang seORANG robot.
Saya ingin
bertanya kepada kalian khususnya golongan ibu bapa. Ketika kalian menghantar
kami anak-anakmu ke sekolah dahulu, apa yang ada di dalam hati kalian?
Soalan susah?
Okay, saya tukar.
Ketika kami
anak-anakmu memberitahu kalian para ibu bapa bahawa kami mahu jadi seorang doctor,
kami mahu jadi seorang peguam, kami mahu jadi seorang arkitek dan macam-macam
lagi bidang kerjaya yang kami sebutkan di hadapan kalian dahulu, ketika itu,
apa yang ada di dalam hati kalian?
Susah lagi?
Tidak mengapa, biar saya jawabkan.
Ketika itu
kalian beritahu kami begini,
"Bagus anak
mak, belajar rajin-rajin tau, biar tercapai cita-cita itu."
"Haa..macam
tu la anak ayah, nanti adik boleh jaga ayah."
"Jadilah apa-apa
pun nak, asalkan hidup kamu bahagia."
Tersenyum kami
mendengarnya. Kalian ibu bapa sangat menyokong kami. Kami rasa kuat!
Sekarang,
zaman pun berubah. Persaingan menjadi sangat hebat. Kerjaya seorang doctor pun
dikatakan menjadi rebutan dan terhad. Mereka yang lepasan Universiti pun
menganggur. Bukan sahaja diploma, hatta yang memegang ijazah terkial-kial
mencari kerja.
Ketika ini,
maka bermula ‘kisah sedih’ yang menyayat hati itu. Kisah seorang robot yang
betul-betul dirobotkan.
"Adik,
dengar cakap mak nie, adik masuk IPG tu, dah komfem dapat kerja, siap dapat
elaun lagi."
"Kakak,
jangan degil, masuk je jadi nurse tu, jangan lawan cakap ayah nie."
:Abang, ini untuk masa depan abang jugak, dunia
sekarang mana boleh ikut minat dah, mesti ikut peluang yang ada."
Ini yang
dikatakan sokongan beberapa tahun dahulu?
Si anak
tekun belajar, malah sangat tidak sabar untuk terjun dalam bidang yang
diminatinya. Sejak kecil lagi, dalam diari telah terlakar,
"Aku seorang
ustazah nanti!"
"Aku adalah
bakal pakar motivasi!"
"Tidak sabar
mahu belajar di UIA !"
Tetapi ketika
tiba selangkah lagi untuk masuk, dihalang keras pula oleh kalian, ibu bapa.
Mengapa? Sebab
fikirkan masa hadapan?
Serius, itu
kelakar.
Hanya
dimomokkan dengan lambakan pelajar yang menganggur maka minat, cita-cita dan
harapan anak-anak turut lebur.
Hanya sebab statistic yang dikeluarkan manusia, maka janji Allah yang telah menetapkan rezeki setiap manusia, dipandang sebelah mata.
Hanya kerana perihal rezeki masa hadapan yang belum pasti, maka perihal peluang hari ini dibiarkan sahaja.
Hanya sebab statistic yang dikeluarkan manusia, maka janji Allah yang telah menetapkan rezeki setiap manusia, dipandang sebelah mata.
Hanya kerana perihal rezeki masa hadapan yang belum pasti, maka perihal peluang hari ini dibiarkan sahaja.
Sedihnya.
Ibu, saya
tak nafikan memang masuk Universiti ini tiada jaminan kerja. Tetapi bolehkah
saya belajar bidang yang saya betul-betul minat? Jika saya susah mendapat kerja
nanti, sekurang-kurangnya saya tidak menghabiskan 4 5 tahun di IPG itu dengan
penuh keterpaksaan. Jika saya tidak dapat kerja nanti pun, saya tidak akan menyesal
malah masih akan gembira kerana saya telah pakar dalam bidang yang saya minat.
........................................
Err..saya nak
mencelah sikit, adakah mendapat kerja itu punca rezeki?
……………………………
Entry ini
memang agak celupar bagi seorang anak seperti saya. Siapa saya, sebagai seorang
anak, untuk persoalkan keputusan ibu bapa? Memang. Sememangnya saya tidak wajar
untuk persoalkan. Apa yang saya harapkan daripada tulisan saya ini adalah
mereka yang bergelar ibu bapa itu faham dan jelas bahawa keputusan yang
melibatkan masa hadapan anak mereka itu bukan boleh diputuskan oleh rasa hati
mereka semata-mata. Mereka melahirkan seorang manusia bukannya robot. Manusia ada
perasaan dan kehendak yang tersendiri bukannya robot yang mesti diprogramkan.
Benar, ibu
bapa mempunyai hak membuat keputusan untuk anaknya, tetapi tidak bolehkah
sekurang-kurangnya kalian dengar rasa hati anak-anakmu ini. Malah, saya rasa, jika
bicara tentang hak, adakah kalian sebenarnya sedang menunaikan hak atau sekadar
gunakan hak?
Ingat, ini
bukan sekadar minat dan cita-cita seorang anak, tetapi melibatkan masa dan
umurnya. Tell you what, 4 atau 5 tahun, adalah jangka masa yang sangat-sangat
panjang untuk melakukan perkara yang kita kena paksa.
Kalian
boleh tolak dan tidak bersetuju dengan tulisan saya ini. Tetapi saya ada satu
permohonan.
Saya mohon…
Kalian fikirkan
semula.
:)
Itu sahaja.
p/s: mesti
ada yang pelik, mak ayah saya tidak marah ke saya tulis begini? Saya senyum.
Jika bukan disebabkan contoh yang mereka tunjukkan iaitu sentiasa berbincang dan meminta pandangan anak-anak, saya tak akan mampu tulis begini pun. Mereka yang ajar saya tentang toleransi itu bukan sahaja patut ada pada si anak. :)
hassan fikrie kembali...=)
ReplyDeleteSyukran jazilan akhi ! =)
ReplyDelete#entry ni agak sedih .(bagi saya lah) org lain mungkin tak .
yeay dpt perniagaan di Azhar. hahahaha
ReplyDeleteSubhanaALLAH. Mantap gila.
ReplyDeleteMemang bicara jiwa suara hati lah ni. Terbaik !
^_^
Naqiuddin AnsaruLLAH ~
kak nurul : ya, saya kembali! ^^
ReplyDeleteabg irfan : takyah nak perniagaan sgt la...-.-'
nurul hafizah : semoga Allah membantu enti.. :)
akh naqi : bila orang yg 'mantap gila' cakap kita 'mantap gila', saya 'gembira gila!' =)
assalamualaikum hasan,
ReplyDeleteteringat UPU tahun lepas.
kita senasib T_T
tapi alhamdulillah,
Allah buka pintu lain utk kita :)
syahida : what the great thinking! benar, Allah buka pintu lain..:)
ReplyDeletewahai sang anak muda..bagaimana pula dengan kata2 ALHADIS, Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
ReplyDeletefahamkah kamu wahai sang anak muda apakah maksudnya kalimah TAAT? Tidak dikatakan taat selagi kamu tidak mampu mengorbankan harta,airmata,perasaan,hati,harga diri hatta nyawa sekalipun. Mampukah kamu wahai sang anak muda untuk melakukan semua itu untuk kedua ibubapa kamu sedangkan SunnatuLLAHnya untuk TAAT itu pasti berlawanan dgn NAFSU kamu???
kepada pembaca blog saya, mak ummi ini adalah emak saya.
ReplyDeletesaya sedang tersenyum. saya sudah dapat agak emak akan keluarkan hujah sebegini, dan saya pasti semua golongan emak pun.
atau, mereka ibu bapa akan cakap, "nanti korang rase la sendiri bile dah ade anak..."
saya tak nafikan langsung semua ini emak. sedikit pun tidak. cuma saya mohon,
kalian, berfikir.
ikhlas, anak yang menjunjungmu. :)