Bismillah..
Bimbang.
Tiada apa lagi yang perlu dibimbangi bagi mereka yang ‘bercakap’ melainkan dia
mengotakan segala apa yang dibicara. Berat. Tetapi apa yang ada, wajib aku
sampaikan jua. Semoga Allah redha dan terima.
………………………………
Sedang aku
ber’tweet’ di laman sosial twitter, maka terjatuh aku dalam ruang diskusi
tentang takabbur dan riak. Dan dia yang bernama cahaya kehidupan itu meminta
aku untuk memanjangkannya ke dalam blog ini. Aku cuba ya.
……………………………..
Okay, ayat normal semula ! hihi.. saya suka
mulakan tulisan saya dengan penggunaan ayat formal dan mempunyai unsur-unsur
Saifuddin Jalis sedikit. Kenal Saifuddin Jalis? Tidak? Dia merupakan watak
ciptaan penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid. Saifuddin lebih mahsyur
dengan gelaran Laksamana Sunan, Pendekar Bertanduk Dua. Cewahh..eh? kenal
pulak? Ohh..kena sebut Laksamana Sunan baru kenal? Okay-okay..noted! :D
Maka, mari
mula.
Saya
terangkan melalui bahasa saya dan bukanlah bahasa kitab. Jadi jangan semak
tulisan ini dengan kitab-kitab, cukup ambil pointnya sahaja.
Bezakanlah
takabbur dengan riak. Dari segi bahasa sahaja telah lain maksudnya. Apa yang
selalu menjadi kekeliruan kita, ialah untuk membezakan 3 penyakit hati ini
iaitu ujub, riak dan takabbur. Ya, terdapat perbezaan antaranya.
Jika yang
dibicarakan adalah berkenaan dengan UJUB, maka kita perlu untuk memahami bahawa
ujub ini timbul dalam hati. Ujub ini adalah lintasan-lintasan kecil yang
membisikkan bahawa ‘aku sedang berbuat baik’, ‘aku hebat mampu berbuat
sedemikian’, atau ‘wah, baik juga rupanya aku.’
Selalunya,
ujub ini hadir sebegitu.
Maksud saya, ujub hadir ketika kamu melakukan
kebaikan.
Tiba-tiba,
minggu itu kamu berterusan menjadi orang pertama yang masuk ke surau pada waktu
Subuh, hati-hati sahabat, bimbang akan hadir ucapan hati sebegini,
“wah,
mantap jugak aku rupanya, direct bangun paling awal nie.”
Maka, ujub
telah menjelma.
Juga, hati
ini akan cenderung untuk memuji diri sendiri terhadap kelebihan yang ada.
Ketika mempersembahkan jawapan di papan putih, ketika memberi ucapan di atas
pentas, ketika azan dan menjadi imam, ketika mengalunkan bacaan Quran malah
ketika kamu menaip status di Facebook atau tweet di Twitter.
“eh,
ramainya like status aku, hebat juga ya, baru 5 minit sudah 100 like.”
“bukan
calang-calang, setiap tweet aku pasti saja ada yang retweet atau favourite”
Itu, ujub.
Beza pula
dengan RIAK. Riak merupakan perbuatan kamu yang menunjuk-nunjuk. Secara
mudahnya, ketika kamu melakukan amal atau apa sahaja, ketika itu hadir dalam
hati niat untuk menunjuk. Boleh rasa sendiri.
Bermakna,
riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi
riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah
pulau yang hanya kamu di situ.
Kamu
melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk
duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.
Nampak?
Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan
kamu hanya menunjuk-nunjuk.
Orang yang
riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila
tiada, dia tidak buat. Maksud saya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada
orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. Contoh di asrama, selalunya
dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya
pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di
biliknya sahaja.
Itu, riak.
Tetapi kena
ingat, pada orang istiqomah pun riak ini berlaku.
Contoh di
surau lagi, setiap malam Khamis akan diadakan qiamullail, setakat ini kamu
masih tidak terlepas lagi tetapi minggu itu kawan ajak tidur di rumahnya. Kamu
menolak semata-mata tidak mahu terlepas qiamullail itu. Maklumlah, seluruh
penghuni tahu kamu masih tidak terlepas lagi. Soalan saya, tidak boleh qiamullail
di rumah kawannya saja? Jika dia beralasan di rumah kawannya payah nak bangun
dan tiada ‘skuad’ yang mengejutkan seperti di asrama, itu lain cerita. Tetapi,
selalunya dia bangun sendiri dengan menguncikan jam dan dia mampu sahaja bangun
awal walau di mana pun, mengapa tidak tidur sahaja di rumah kawan dan qiam
sahaja di sana?
Jelas riak
di situ.
Sekarang,
takabbur. Ini juga perbuatan hati, dan merupakan penyakit. Seperti ujub, cuma takabbur
ialah berasakan kamu adalah lebih hebat dari lainnya. Ujub, kamu puji diri
sendiri. Takabbur, kamu bandingkan kamu dengan yang lain dan tinggikan dirimu.
Lagi advance!
Dan juga
lagi teruk.
Kamu lihat, semua orang adalah lebih rendah
darimu dan kamu lebih mulia. Bayangkan,
kamu merupakan seorang pemidato yang hebat malah pernah menjuarai di peringkat
kebangsaan. Satu masa, kamu menghadiri kursus pidato bersama kawan-kawan yang
baru sahaja berkecipung dalam bidang ini. Jika wujud rasa dalam hati bahawa
kamulah yang paling hebat, maka takabbur mula menguasai.
Natijahnya, kamu
berasa tidak puas hati apabila orang lain yang menjadi ketua dan bukannya kamu.
Kamu berasa, bukankah kamu yang memiliki pencapaian yang paling tinggi antara
yang lainnya? Mengapa dia pula yang ketua? Ketika ada yang menegur kamu bahawa
kamu salah pada sekian-sekian, kamu melenting dan tidak mahu terima malah
tergamak berasa yang menegur itu memandai-mandai. Maklumlah, kamu peringkat
kebangsaan, dia baru nak mula.
Itu,
takabbur.
Juga
berlaku takabbur ini jika terdapat perbezaan bangsa, warna kulit dan negara. Di
Malaysia, di negara sendiri, tiba-tiba seorang warga asing dari Bangladesh
menegurmu kerana memotong barisan di ATM. Kamu pekakkan telinga dengan anggapan
jijik dan selekehnya orang yang menegurmu itu.
Jelas benar
takabbur di situ.
Takabbur
ini sememangnya rasa dalam hati. Jika yang tebal sangat tu, mungkin sehingga
ucap dengan lisan.
”kau siapa
nak tegur aku? Kau baru ijazah, aku dah Master kot..”
Sudahlah
meninggi diri, merendahkan orang pula.
TUNTASNYA,
ini semua penyakit hati. Gambaran yang saya tulis ini sudah cukup untuk
menggambarkan betapa buruknya sifat ini dan pelakunya. Belum lagi saya bawa
ayat-ayat Al Quran berbentuk amaran dan hadis-hadis Nabi berupa ancaman kepada mereka yang
bersifat dengan sifat-sifat ini.
Jujurnya, saya
berasa saya ini sampah ketika membaca hadis nabi tentang ketiga-tiga penyakit
hati ini. Syaitan itu sangat licik. Kadang-kadang tanpa sedar bahawasanya kita
telah bersifat dengan ujub, riak, takabbur dan penyakit hati yang lainnya.
Ketika
melangkah masuk untuk beribadat, kamu mula berasa kamu hebat. Itu UJUB. Masuk
pula seorang kawan, kamu sengaja lamakan ibadat itu atau zahirkan ibadat itu
dengan suara atau sebagainya, itu RIAK. Ketika melihat kawan itu tidak ibadat
seperti kamu, kamu berasa kamu lebih hebat dan mulia darinya, itu TAKABBUR.
Sia-sia
sudah ibadatmu itu.
Malah,
Allah dan Rasul melaknatnya.
Entry ini,
cukup saya kenalkan sahaja. Untuk akibat dan cara mengatasinya, mungkin di lain
masa. Banyak lagi sebenarnya. Bagaimana guru para malaikat boleh menjadi makhluk paling hina dan terusir juga guru agama, para syuhada serta qari Quran diheret masuk ke dalam neraka. Semuanya bahana penyakit hati ini.
'Moga saya, moga saya, moga saya dan kalian dapat mengamalkan apa yang
baik, dan meninggalkan apa yang buruk.
HATI - HATI JAGA HATI ! ^^
Wallahu
Taala ‘Ala ‘Alam.
JazakAllahu khairan kathiran...alhamduillah dah faham dah... :)
ReplyDeletehadirin hadirat sekalian, yang di atas inilah cahaya kehidupan yang saya maksudkan. ^^
ReplyDeleteKemain promosi ye...hihihi..
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ini...
ReplyDeletesama sama der Gan :)
ReplyDeleteKenapa ye susah sangat nak baca idea yg bernas ini. rasanya disebabkan ada lagu. susah nak gerakan cursol.
ReplyDeleteyeke? terima kasih Puan !! sukanya dapat nasihat sebegini. saya akan setelkan secepatnya! ^^
ReplyDeleteMasyaAllah. Semoga Allah tambah barokah dan rohmah kepada saudara kerana penerangan yg jelas. Mohon share.
ReplyDeleteAllahumma ameen. wajazakallah khair asimi. :)
ReplyDeletemohon copy untk dismpn sbg peringatan.
ReplyDeletesilakan..
ReplyDeleteAssalam, mohon izin copy ya..jzkk
ReplyDelete:((
ReplyDeletesaya nak bertanya apakah hukum memandang rendah kpd org lain dalam hati, macam eh rendahnya cgpa dia ni, gemuk nya dia ni hodoh pulak tu, etc...ada yang berkata ia berdosa, boleh tak berikan saya dalil/hadis jika ada..
ReplyDeleteNafsu sekali. Mohon C & P ya
ReplyDeleteNafsu sekali. Mohon C & P ya
ReplyDeletealhamdulillah..dpt la ilmu drpd blog saudara..
ReplyDeletehttp://abg-sam.sharethisstory.net/my-1047148-8618?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=
ReplyDelete