Pages

Friday, June 24, 2016

Ramadhan Di Kaherah : 16 Jam Dan 40 Darjah Celcius

Bismillah..

Kalian tentu tahu bahawa Ramadhan itu bermaksud kepanasan. Dan di Mesir ini juga, Ramadhan hanya akan jatuh pada musim panas. Mesir adalah sebuah negara yang terletak di timur tengah bumi, dan mengalami 4 musim setahun.

Untuk musim panas di sini, yeah no kidding. Pernah sampai 45 darjah celcius musim panas di sini. Namun puratanya, dalam  40 darjah celcius. Bahangnya sangatlah panas sehingga kalau anda pasang kipas pun, tak membantu mana. Angin yang bertiup adalah angin yang panas. Kami benar-benar takkan keluar rumah jika tiada urusan yang mendesak. Kalau malam pun panas, bayangkanlah panasnya ketika tengah hari.

Dan Ramadhan, jatuh pada musim panas ini.

Ketika musim panas, siang akan lebih lama jangka masanya dari malam. Subuh seawal 3 pagi, Biasanya 4.30 - 5.00 pagi begitu. dan Maghrib selewat 7 malam. Biasanya 5.30 - 6.00  petang.
Maka, kami berpuasa di sini lebih kurang 16 jam.

Dari sudut keletihan berpuasa tu, saya kira tidaklah terlalu teruk berbanding Malaysia. Melainkan anda terpaksa menempuh jadual kelas, atau masih dalam exam, atau ada kerja yang memaksa anda menempuh terik panas matahari di siangnya, itu mungkin menguji ketahanan badan kita orang Asia ini. Huhu.

Bagi saya yang sudah bercuti, saya hanya menghabiskan masa di dalam bilik. Tadarus sikit, borak dengan kawan sikit, layan cerita Dr House sikit, tenung kalendar bila nak balik Malaysia sikit, taip blog ni sikit, dan mereput je yang banyak. Haha.

Apa apapun, inilah Ramadhan. Bulan yang mahukan kita cuba berubah. Allah dan Rasul janjikan pelbagai rahmat dan berkat untuk kita ambil peluang semahunya. Syariat puasa yang mahukan kita mengenang rezeki makanan rezeki minuman, agar kita tahu dan sedar, bahawa bertuahnya kita ini, hanyalah kerana ihsan dan kasihan Allah Taala.




Tunggu apa lagi?

Baca selanjutnya di Sahur Di Perantauan Be Like

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About