Pages

Sunday, December 20, 2015

Wow, Saya Sudah 18 Tahun !

Bismillah..

Masuk hari ini, tinggal beberapa hari lagi akan tamat 2015. Bukan tahun sahaja yang mahu tamat, sekolah-sekolah di Malaysia pun sudah menamatkan sesi untuk tahun ini. Dari adik-adik tadika sehinggalah abang-abang Tingkatan 6, semuanya sedang menikmati cuti akhir tahun.

Termasuklah seorang adik ini, yang telah menamatkan persekolahannya bulan lepas, tamat SPM! Saya tak jumpa mana-mana perkara lagi yang boleh mengalahkan kepuasan hati apabila telah tamatnya SPM. Dia punya rasa..alahai..

Maka, adik ini, seperti sebelum ini, meminta sedikit tips. Tips apabila telah tamat SPM. Untuk menghadapi real world katanya.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Pada saya, umur 18 tahun mempunyai signifikan tersendiri. Umumnya, umur ini telah membuatkan seseorang itu cukup dewasa untuk mempunyai kebenaran tertentu seperti menonton movie berklasifikasi dewasa, membeli rokok dan minuman keras, masuk ke kelab malam, mengundi di pilihanraya (bukan Malaysia), dan banyak lagi yang lainnya. Maka jelas, bahawa di tahap umur ini, manusia telah masuk ke alam lain dan peringkat yang berbeza.

Di umur ini, cabaran terlalulah mencabar untuk seorang remaja. Lebih-lebih lagi pada mereka yang belum menemui identiti diri sendiri. Bahkan pada mereka yang telah membina karakter sewaktu di sekolah pun belum boleh rasa selamat lagi untuk menghadapi umur ini. Tiada jaminan langsung, saya ulang, tiada jaminan langsung buat mereka yang bersekolah agama atau tidak, sekolah berprestasi tinggi atau tidak, apetah lagi sekolah harian biasa, bahkan tiada jaminan juga mereka yang di tahfiz atau pondok untuk mengharungi fasa umur ini dengan selamat tanpa tercalar dan tercabar prinsip diri.

Maka ada yang persoalkan, jangan la cakap macam tiada harapan je nak selamat.

Hehe. Tidaklah begitu. Saya Cuma ingin menarik perhatian kamu bahawa background sekolah tidak memberi jaminan apa-apa. Hanyalah taufiq Allah dan hidayah-Nya sebagai pedoman dan panduan.

Pada umur ini, psikologi remaja berubah ke tahap yang lain. Cara fikir dan sisi pandang akan makin kritis dan luas. Mereka yang cenderung ke arah politik contohnya, mula akan terjun dalam artikel-artikel politik, ceramah-ceramah, persatuan juga Jemaah, dan mereka akan dapat semangat lain macam yang datang entah dari mana. Mereka mula bersuara, memberikan pendapat, menyebarkan pandangan, berdebat sana sini dan sebagainya.

Yang cenderung ke arah akademik akan lebih bersemangat lagi. Mereka punya semangat dalam study sehingga mengetepikan hal-hal lain seperti aktiviti persatuan, program-program aktivis, bahkan sukan pun. Mereka anggap, priority mereka hanyalah segulung ijazah itu. Hanya itu yang utama dan satu-satunya.

Yang belum menemukan apa-apa identiti dirinya, akan kekal terawang-awang. Mereka tidak begitu memikirkan masa akan datang. Mereka lebih selesa dengan ‘follow the flow’. Mereka tidak begitu peduli dengan sekeliling. Dan jika pun peduli, mereka hanya mengikut arus yang ada. Jika sekelilingnya membenci kerajaan, maka mereka turut membencinya. Jika sekelilingnya menyokong pembangkang, maka dia akan turut menyokong. Tanpa mengetahui apakah maksud sebenar dia berbuat demikian. Mereka ini tidak berminat join persatuan dan program yang ada, pada akademik pun acuh tidak acuh sahaja.

Banyak lagi yang saya boleh tulis untuk kamu adikku. Ini belum masuk lagi bab kerosakan akhlak remaja, kebejatan moral, dan macam macam lagi cabaran yang menakutkan di tahap umur ini. Saya pilih untuk bawakan contoh di atas adalah kerana saya tahu kamu bagaimana orangnya.


Kamu akan saksikan sendiri semua ini. Cuma untuk masa ini, cukup kamu sedar bahawa kamu sedang berada dalam peralihan fasa hidup. Dan semoganya kamu tidak melatah ketika melalui fasa ini. Fasa ini kamu akan lebih banyak berfikir, khususnya berfikir untuk diri kamu sendiri. Kamu akan berasakan kamu betul. Sebab kamu fikir untuk diri sendiri. Bahkan kamu akan rasa kamu lebih betul dari keluarga kamu. Seolahnya hanya kamu sahaja yang fikir untuk diri kamu, dan keluarga kamu tidak. Maka, kamu mula perjuangkan untuk kahwin awal, perjuangkan fahaman politik, perjuangkan macam macam lagi.

Tidaklah saya kata itu sepenuhnya salah. Cuma kita mesti ingat, mereka juga fikir untuk kita dan mereka telah pernah melalui fasa ini, bahkan sudah Berjaya pun melaluinya.

Kesimpulannya, ketika masuk umur ini, mental dan hati kamu mesti kuat. Cukup kuat sehingga kamu Berjaya menetapkan personality dan prinsip hidup dan tidak melanggarnya. Kamu mesti ada matlamat yang jelas untuk masa depan. Kamu mesti pilih yang terbaik untuk diri kamu. Dan ketika saya kata pilih, itu maksudnya kawan-kawan, persekitaran hidup, tempat belajar, dan sebagainya. Mesti pilih sebaiknya!

Cukup ini dulu. Lain masa, saya cuba untuk tulis lagi.

Sirruuuuu ala barakatillah!

Take care. Be safe.
 

Blogger news

Blogroll

About