Pages

Sunday, June 3, 2012

Malaysia : Saya Pulang.


Bismillah..


Ketika saya menaip entry ini, saya telah pun berada pada hari ketiga di Malaysia. Perasaan tidak percaya bahawa saya pulang ke tanah air seawal ini mulai pudar. Betul, sangat tidak percaya apabila suatu pagi emak menelefon dari tanah air dan meminta saya pulang. Saya ada update status di akaun Facebook jika kalian ada membaca :




saya tidak tidur seperti kebiasaannya. saya turun solat subuh. saya terus naik ke bilik selepas selesai solat. syarah riyadus solihin pun saya tidak duduk. saya sangat mengantuk. sebelum saya mahu merebahkan diri untuk tidur, saya lihat handset. ada missed call dari emak. saya call semula. dan emak dengan suara yang sangat sayu memohon sesuatu.

saya terkejut.

saya terkejut.

DEMI ALLAH, SAYA TERKEJUT.

Sangat tiba-tiba. Saya dan keluarga telah pun bersetuju mulanya bahawa saya hanya akan pulang pada tahun 2014 dan jika paling awal pun pada tahun hadapan. Tetapi emak menukar keputusannya ketika beberapa hari lagi saya merancang ke Alexandria untuk destinasi pertama percutian saya.

Emak : ee dah habis belajar?

Saya : yup, dah start cuti dah pun. Kan exam dah abis minggu lepas..

Emak : kalau macam tu, balik.

Saya : erkk..apa emak nie..

Emak : mak kata, balik Malaysia.

Saya : mak………

Ketika saya cuba untuk menolak permintaan emak ini, emak lebih pantas membentangkan hujah-hujahnya mengapa saya perlu pulang.

Saya minta sekurang-kurangnya sehari untuk memikirkannya.

Saya telefon kak ngah ( CT HAZWANI ) untuk penjelasan. Kakak saya yang kedua ini memang tempat saya berkongsi problem dan sememangnya saya kerap meminta pandangannya dalam membuat keputusan.
Seperti selalunya, memang kak ngah sependapat dengan saya. Kak ngah kata, dia akan cuba cakap dengan emak. Kak ngah juga berasakan bahawa terlalu awal untuk saya pulang. Sementara itu, saya telefon pula ayah, juga untuk mendapatkan kepastian.

Dipendekkan cerita, keputusan emak tetap tidak berubah. Saya mesti balik juga.

Kata emak, taat ibu bapa pasti berjaya dalam hidup. Allah akan mudahkan segala-galanya. Jelas perkara ini apabila saya berusaha mencari tiket penerbangan yang tidak terlalu mahal. Selalunya, mahasiswa Mesir yang ingin pulang ke tanah air akan membeli tiket 3 4 bulan lebih awal untuk mendapatkan harga tiket yang murah. Namun, dengan bantuan senior saya yang baik hati, harga tiket bukan sekadar tidak terlalu mahal malah dikira murah untuk mereka yang beli mengejut seperti saya ini, dan tiket saya lebih murah berbanding kawan saya yang telah membeli tiket sejak 2 bulan lalu.

Taat ibu bapa, pasti berjaya dalam hidup.

Tarikh pulang saya pun awal. Hanya seminggu dari tarikh saya booking tiket.
Dan sebab seminggu itu, saya tidak dapat bersedia sangat untuk pulang.

Malam sebelum saya berlepas, senior yang juga merupakan naqib saya, Ustaz Ahmad Faiz Al Fateh masak nasi ayam. Ketua Aras 6 yang juga merupakan senior yang membantu saya mendapatkan tiket kapal terbang, meminta saya buat ucapan sebelum saya balik ketika jamuan aras saya malam ini.

Macam saya tak balik dah gayenye…. =,=”

Pagi itu, saya tidak tidur pun selepas Subuh seperti kebiasaanya (-.-). Saya melihat-lihat jika ada barang yang masih tertinggal. Menjelang tengah hari, saya sudah bersiap seadanya. Saya ke bilik senior-senior untuk bersalaman, ke bilik warden untuk menyerahkan borang dan membawa turun beg ke bawah. Saya berkeras tidak mahu sahabat baik saya, Azmi dan Arif menghantar saya ke lapangan terbang. Mereka  berdua termasuk abang-abang senior saya mengiringi saya ke pintu asrama malah menolong mencari teksi sudah cukup. Saya sangat terharu sebenarnya. Betapa kalian sangat menghargai kawan.


Maafkan ana Azmi.

Janji kita untuk bersama-sama setiap masa tidak mampu saya tunaikan kali ini. Hmm..


Petang itu, jam 4.45 petang, bertarikh 29 Mei 2012, kapal terbang Etihad Air berlepas dari Cairo International Airport membawa saya pulang ke tanah air.

Sangat tidak percaya saya akan pulang seawal ini. Sangat tidak bersedia.

Dan pada 30 Mei 2012 jam 2.00 petang, saya tiba di Kuala Lumpur International Airport.

Saya di Malaysia. Sekali lagi.

Apabila fikirkan Mesir, sangat tidak mahu untuk saya pulang.
Apabila fikirkan tanah air, alangkah bahagianya saya dapat memijak semula bumi hijau ini.

Saya menolak troli menuju pintu keluar. Hati ini berdebar sangat-sangat. Beberapa saat lagi saya akan bersemuka dengan wajah yang sangat-sangat saya rindui. Sangat-sangat saya rindu.

Saya terus menolak.

Ketika berjalan, saya ternampak beliau dahulu. Walaupun perlahan tetapi beliau menoleh apabila spontan terpacul daripada mulut saya,

“Ya Allah..emak… !”

Emak sedikit melompat seraya berlari anak ke arah saya lantas memeluk dan mencium saya.
Betapa menatap dan memelukmu adalah suatu rahmat dari Allah.



Wallahi, saya sangat bahagia.

Di Malaysia. :)


 

Blogger news

Blogroll

About