Pages

Friday, November 21, 2014

SMKA TAHAP : Dialah Murabbi Part 2

Di SMKA TAHAP,(ketika zaman saya) dan saya percaya di sekolah lain juga, ada dua badan kepimpinan yang menunjangi pelajar ketika itu. satunya Badan Ketua Pelajar dan keduanya adalah Persatuan Agama Islam (PAI). Di sekolah lain mahsyur dengan BADAR kebiasannya. Badan Ketua Pelajar akan diketuai oleh Ketua Umum dan Ketua Umum adalah dari Tingkatan 5, manakala PAI akan diketuai dan dibarisi oleh pelajar daripada Tingkatan 4, sama ada Ketua Pelajar atau hanya pelajar biasa, yang akan melalui proses pilihan raya untuk pemilihannya.

Diringkaskan, saya antara calon untuk kepimpinan PAI ketika 2009, dan saya hanya menang majoriti di tempat 3 atau ke 4 ketika itu. Maka, untuk ke 3 dan ke 4 sudah tentu hanya Ketua Lajnah dan tidaklah jawatan Presiden.

Namun, beliau sekali lagi menunjukkan kelainannya dalam cara berfikir berbanding guru yang lain. Tiba-tiba sahaja saya dilantik menjadi Presiden meskipun tidak menduduki carta pertama dalam pilihanraya. Maka, apakah rasionalnya?

................................................

Pada tahun itu juga, SMKA TAHAP mendapat ujian dari Allah SWT apabila begitu ramai pelajar puteri terkena serangan histeria dan gangguan jin. Setiap hari ada sahaja kes histeria, ada sahaja terdengar raungan dan jeritan, bahkan adegan berlari lari ke sana sini kerap dapat ditonton.

Maka, beliau juga heronya. dan saya ada di sisinya. Pelbagai cara pengubatan telah diikhtiarkan. Saya nampak wajah beliau yang kelelahan merawat pesakit histeria ini. Beliau ketika itu saya lihat mula serius mendalami ilmu perubatan Islam ini. Sedikit sebanyak, beliau ajarkan pada kami ilmu ilmu asas dalam pendinding diri. Kami banyak dengar cerita kesufian dan tasauf pada ketika ini. Cerita yang saya pasti tiada langsung didengarkan di sekolah lain. Huhu.

Ketika itu saya ada terfikir, ini semua sebab syaitan dan jin kafir sakit hati dengan beliau. Beliau bawa nafas baru dalam tarbiyah bumi bertuah biah solehah SMKA TAHAP ini. Tahun sebelum histeria ini, beliau telah anjurkan satu program yang begitu rare diadakan. Program ini diinspirasikan oleh sebuah hadis tentang kelebihan solat berjemaah di awal waktu (menjaga solat). Program ini kami namakan solat 40 hari. Ketika itu kesemua pelajar (pelajar peperiksaan awam khususnya) telah diharamkan untuk pulang ke rumah selama 40 hari, jadual waktu sekolah berubah (berhenti waktu zohor)  dan setiap lawatan atau program di luar sekolah, bas mesti berhenti setiap waktu solat, dan setiap pelajar diharamkan lewat untuk solat, wajib untuk takbiratul ula bersama imam, apetah lagi nak masbuk.

Ketika itu, anda akan dapat lihat semua pelajar bergegas ke surau apabila terdengar azan, Lebih pada itu anda akan lihat semua lari lintang pukang ke surau apabila terdengar iqamah. Apabila ada pelajar yang gagal berbuat demikian, mereka akan sedih sesedihnya, lebih lebih lagi untuk 20 hari yang ke atas.

Ada program sebegini di sekolah anda?

Ini semua hanya daripada kepala dan idea beliau.

Saya memerhati dan menganalisis. Saya kagum, Bahkan takjub.

Dan ketika saya di tahun akhir, saya mula sibuk dengan akademik. Masa dengan beliau pun mula terbatas.

Tiba masa saya bagitahu, siapakah gerangan beliau ini?

Ya, tidak salah dan tidak syak lagi,

Beliau adalah murabbiku AL Fadhil AL Ustaz Hairul Amizam Bin Mohd Hamka Hafizahullah Taala.

Beliaulah ustaz muda yang bertanggungjawab mengeluarkan kami dari kegelapan kepada cahaya.


Beliaulah ustaz yang memberi nafas baru pada Tarbiyah sekolah.

Beliaulah ustaz yang menjadi inspirasi untuk semua insan yang ingin menjadi anak muda yang berguna

Beliau juga yang sanggup berulang alik sejauh 20 minit perjalanan kereta semata kerana anak muridnya.

Beliau juga yang sanggup tidak menyambung pelajarannya (MASTER) semata ingin menjaga bapanya yang sakit.

Beliau juga yang sanggup tidak berkahwin (not yet) juga semata ingin menjaga bapanya.

Beliau yang tidak pernah menuntut bayaran (claim) pada pihak sekolah untuk semua kelas tambahan yang beliau adakan. (padahal menjadi hak atas beliau)

Beliau yang tidak pernah dibenci pelajarnya meskipun segarang mana setegas mana beliau pada pelajar.

Beliau yang menjadi kerinduan untuk setiap bekas pelajarnya apabila keluar daripada sekolah.

Beliaulah..murabbi kepada jiwa yang cintakan tarbiyah..

Ya, Dialah Murabbi.
……………………………………..

Keupayaan saya menulis tentang beliau, bukanlah disebabkan saya anak murid yang paling rapat dengan beliau. Saya yakin, jika ada nama yang disebut beliau dalam ucapannya pada junior kami, sudah pasti nama seperti Hanif, Anas dan pimpinan lainnya yang akan menjadi contoh.

Beliau telah menunjukkan kepercayaan yang terlalu tinggi pada saya ketika melantik saya menjadi Presiden PAI, namun tergamak saya mensia-siakan. Sejak itu, saya hanya pandang beliau dari jauh.

Masih memerhati dan menganalisis. Saya gagal menjadi anak murid yang terbaik untuk beliau, padahal beliau telah pun menjadi guru paling terbaik untuk saya sepanjang keberadaan saya di sekolah.

Itulah penyesalan yang tidak sudahnya. Saya akhiri zaman saya dengan penamat yang mengecewakannya. maka tidak lagi saya menjadi pilihannya. Ya, sudah pasti saya sudah memohon maaf dan beliau telah pun memaafkan, bahkan mungkin telah lupakan pun. 
Tetapi..hmmm 

Hampir 5 tahun sudah berlalu. Pagi ini,(ketika mula menaip tajuk ini di Part 1) saya terjaga daripada tidur dan terduduk, memikirkan mimpi yang saya baru lalui tadi. Saya mimpikan beliau.

Betapa saya rindukan ustaz. Ustaz sudah pasti tidak ada idea betapa saya mengagumi dan menyayangi ustaz.

tidak banyak gambar beliau, dulu beliau tidak mengizinkan kami bergambar dengannya. huhu 

Tidak ada idea, pastinya.



Hasan Fikri
506, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.
Mesir.


Wednesday, November 19, 2014

SMKA TAHAP : Dialah Murabbi Part 1

Beliau tiba di SMKA TAHAP seperti seorang hero. Hero yang kacak tentunya. Mengapa hero?

SMKA TAHAP adalah sekolah tarbiyah. Semua pelajar sekolah agama boleh mengakui mereka berada di sekolah tarbiyah, namun tetap SMKA TAHAP sudah pasti lain daripada yang lain. Dari Form 2 saya telah terlibat dengan kurikulum (bukan kokurikulum) sehinggalah Form 5 dan dalam tempoh itu saya berpeluang melihat sekolah lain (khususnya sekolah agama), Sebab itu saya berani cakap SMKA TAHAP memang lain dari yang lain. Mengapa lain?

........................................................

Ketika 2006, saya berada di Tingkatan 1, dan beliau berada di tahun kedua di sekolah ini, telah berlaku sesuatu yang dahsyat dalam lipatan sejarah SMKA TAHAP. Bumi biah solehah ini telah terpalit dengan sejarah hitam sebegini angkara segelintir pelajar (tidak layak digelar pelajar saya kira) yang tidak tahu bersyukur. Natijahnya, guru tarbiyah yang sangat disayangi ketika itu telah dinasihatkan pindah ke sekolah lain (dipindahkan). sudahlah tahun sebelum itu, seorang lagi guru tarbiyah yang juga cukup disayangi telah bertukar ke sekolah lain. 
Form 1 (kelas saya), 2006, SMKA TAHAP.

Maka bersedihlah abang abang dan kakak kakak yang cintakan tarbiyah. Bahkan mereka mengutuk diri sendiri kerana tak berupaya menghalang kejadian itu. SMKA TAHAP telah kehilangan matahari dan sinarnya. Soalnya, adakah kegelapan mula menyelubungi?

............................................................

Beliau hadir.

Hadir tepat pada masanya. Menguatkan lagi rasa hati ini sememangnya beliau adalah kiriman Allah buat bumi bertuah ini. Hero.

Tahun 2007, beliau mula memegang jawatan warden asrama. dan ketika itu saya telah pun memulakan tugas sebagai pengawas (di SMKA TAHAP Pengawas dipanggil Ketua Pelajar)

Saya waktu itu masih merangkak-rangkak untuk memahami makna tarbiyah. Saya lebih banyak memerhati daripada bertindak. Saya cukup suka memerhatikan beliau, dengar cerita-cerita beliau dan menganalisis setiap tindakan beliau. Beliau jelas, memang lain daripada guru yang lain. Pendekatan beliau pada para pelajar cukup berstrategis. Beliau tahu apa yang beliau mahu dan apa yang beliau lakukan. Seperti guru tarbiyah kebiasaannya, beliau amat garang dan tidak teragak langsung untuk menjatuhkan hukum, namun hukumnya seorang guru adalah rahmah buat pelajar.

Tahun pun berganti, dan saya pun semakin besar. Umur besar, dan tanggungjawab pun mula besar. Tahun 2008 menyaksikan perubahan. Ketika itu beliau betul betul bersemangat untuk melihat SMKA TAHAP mencapai piawai yang beliau mahu. Barisan pimpinan dikerah dan dibentuk sebaiknya agar menjadi saf yang kukuh dan utuh. Kuliah maghrib adalah medan utama beliau mendidik dan mengajar seisi sekolah betapa pentingnya ada asas agama dalam diri sebab dunia luar ibarat neraka bagi orang beriman. Dunia hari ini dunia fasya dan munkar. Apakah mungkin untuk kita berjaya mengharunginya jika tidak punya asas agama yang kukuh?

Saya masih memerhati dan menganalisis.

Pemilihan kitab (kuliah maghrib) untuk menjadi silibus tarbiyah kami juga dipilihnya dengan sebaik mungkin. Antaranya kitab karangan murabbi ummah zaman ini, Sheikh Habib Ali Jufri Hafizahullah yang bertajuk Maalim Suluk Lil Mar'ati Muslimah, juga kitab karangan Motivator yang mahsyur, Amru Khalid yang bertajuk Inni Ja'ilun Fil Ardhi Khalifah. anda tanyalah pada setiap insan yang pernah belajar di SMKA TAHAP, Apakah yang mereka rindukan tentang sekolah ini? Pasti dijawab mereka,

Mahu dengar kuliah beliau.

:)
............................................

Ketika saya fikirkan beliau, sebenarnya saya dihantui penyesalan yang tidak sudahnya. Sudah puas saya menyumpah diri ini, mengapa saya begitu tergamak untuk mengecewakan beliau sebegitu.

Masa itu tahun 2009, dan saya Form 4 . . .


 Bersambung...


Wednesday, October 22, 2014

Lelaki Terhebat : 22 Oktober 1957

Bismillah..

Saya mula menulis entry ini selepas Subuh. Dan pagi yang penuh hening ini ini, merupakan hari lahir lelaki yang paling hebat yang saya pernah temui atas bumi Allah ini..

Saya tidaklah begitu mengetahui tentang masa silamnya, namun tetap saya tahu ayah bukanlah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang. Ibu bapa ayah telah pun meninggal sejak kecil dan ayah dijaga oleh datuk dan neneknya.

Ada satu sifat yang mahsyur dalam kalangan bapa-bapa, iaitu berusaha semampu mungkin, jika darah perlu keluar maka keluarlah darah, jika nyawa jadi ganti maka gantilah nyawa, tapi mulut mesti kata tiada masalah, mesti kata.. YA.

Ayah sangat jelas dalam hal ini. Permintaan kami anak-anak, saya khususnya, jarang sangat sangat mendapat kata TIDAK. Jika permintaan itu berat sekalipun, paling paling ayah akan..

“pergi tanya mak hang…”

Huhu. ^^

……………………

Ketika saya usia 18 tahun, ayah buat saya jadi gugup sebentar apabila ayah setuju saya ke Mesir, sedangkan emak suruh saya lupakan je hasrat itu. Dan seperti biasa, ayah jarang buat keputusan, selalunya serahkan pada isterinya, tapi bila ayah buat keputusan, maka bumi pun menurut perintah. J

Selama 18 tahun hidup (ketika itu), saya pernah nampak ayah menangis sekali sahaja. Ketika itu di majlis pengebumian datuknya (moyang saya) yang telah menjaga ayah sejak kecil dan ketika itu saya masih bersekolah rendah.

#Throwback…
24 September 2011..

Emak berulang kali sebut, emak takkan menangis di Airport. Emak akan hantar kamu dengan senyuman keazaman. Ketika dalam kereta menuju ke KLIA, emak minta saya rekodkan suara membaca Al Quran, dan ketika itu saya dan emak menangis berhamburan, berpelukan.

Dan ayah, masih steady memandu.

Ketika saya sudah bersalam dan mencium setiap ahli keluarga, maka saya berhadapan pula dengan ayah. Saya lihat wajah ayah tetap bersahaja.

Saya menghulurkan tangan untuk bersalam, dan memeluk ayah.

Dan masa seolah olah berhenti. Dunia diam sekejap.

Apa yang kedengaran, hanyalah suara tangisan yang begitu menyayat hati. Kepala saya masih di bahu ayah apabila ayah menangis semahunya.. Allah…

Kalian bayangkan, seorang ayah yang pendiam, hampir setiap masa acuh tak acuh sedang menangis begitu hibanya dalam pelukan saya.

Kaki saya begitu lemah lantaran terlalu sedih. Ketika itu, hati hancur terlalu pilu. Saya perlahan-lahan meleraikan pelukan ayah untuk menatap wajahnya, dan ayah hanya tertunduk masih menangis. Demi Tuhan yang Menciptakan Semesta, tidaklah sanggup saya melihatnya. Saya kembali memeluk erat ayah ketika itu. Dunia masih diam untuk kami. Masa masih berhenti. Saya sanggup memberikan apa sahaja untuk kekal seperti itu.

Ketika itu berdesup rasa jiwa dengan kasih sayang ayah. Ayah yang diam rupanya menyimpan sayang tiada tara, ayah yang bersahaja rupanya menyimpan kasih seluas benua,

Sehingga saat saya menulis entry ini pun, (sudah hampir 4 tahun berlalu) saya masih menangis mengenangkan peristiwa itu.

Kalian mungkin tidak merasainya. Tetapi jika kalian kenal ayah bagaimana, pasti kalian tidak menyangka untuk ayah mengeluarkan airmata sebegitu.

……………………….

Maka, hari ini hari lahirnya. Ketika hari lahir emak Julai yang lalu, saya masih di Malaysia, saya berpeluang menyediakan juadah dan kek. Namun sekarang, saya hanya mampu menyediakan tulisan ini untuk ayah.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa ayah lelaki terhebat yang saya pernah saksikan.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa saya tidak akan sanggup lagi untuk hidup jika tiada ayah menyokong.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa hati saya menjadi kuat kembali hanya apabila fikirkan ayah.

Tulisan ini untuk ayah tahu yang ee begitu sayangkan ayah. Ee sendiri tak mampu zahirkan sayang ini kerana terlalu dalamnya, terlalu luasnya. Maka laknatlah atas ee jika ayah ada terasa hati selama ini. I will make you proud of me, ayah. I will and I promise. Ee tak pernah terfikir untuk balas jasa ayah selama ini sebab itu tak mungkin berlaku. Tapi bagilah peluang untuk ee gembirakan ayah dan ayah berpuas hati dengan segala pengorbanan ayah untuk ee selama ini.

Dan ee merayu, please stay with me. jaga kesihatan ayah dan jaga diri ayah. Just..
stay with me.



Langit dan bumi menyaksikan 57 tahun ayah berhempas pulas untuk kehidupan isteri dan anak-anak.   
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 57, ayahku..

Love you to the moon and back.





Dari anak bujangmu,
MUHAMMAD HASAN FIKRI (bin dirimu)


Hehe. Kbye.

Saturday, September 13, 2014

Copy Paste : Niqab VS Malu (by Ibnu Batoota)

Tidak lama selepas saya post berkenaan Purdah/Niqab, keluar pula status dari salah seorang public figure yang saya follow di Facebook iaitu Ibnu Batoota berkaitan hal yang sama. Memang kami serasi gamaknya. huhu.

Untuk profile dan peribadi Ibnu Batoota ini, anda boleh stalk sendiri. Cuma saya memang tertarik dengan Ibnu Batoota ini membidas puak Wahabi dan Salafi di Malaysia ini khususnya.

dan untuk post ini, saya kongsikan status beliau berkenaan purdah dan niqab. Kalian boleh click terus ke pautan asalnya dan boleh baca sendiri di FB Ibnu Batoota dan follow beliau.

1. Niqab VS Malu

~Niqab vs Malu~
Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:
"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.
"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.
"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.
"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.
"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.
Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?
Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.
"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.
"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.
Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?
Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.
"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.
Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.
"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.
Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?
Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).
Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.

----------------------------------      ---------------------------------   ------------------------- -- -  ------------

Dan tak lama selepas itu, Ibnu Batoota share pula status ini :
Mudah-mudahan ia benar dari yang mulia Habib Umar ben Hafiz Hafizahullah dan mudah-mudahan para wanita mengambil iktibar dari nasihat yang sangat baik ini.
Note: Kepada yang terasa, tolong jangan meroyan kerana perbuatan itu memalukan diri anda sendiri, sebaliknya muhasabahlah dan bertaubatlah sebelum malaikat maut merentap nyawamu... sapa nak delete foto korang nanti kalau korang mati?
Kata-kata beliau memang releven memandangkan dunia pada hari ni yang bebas maksiat dan zina di mana-mana... semuanya bermula dari sebuah FOTO.......
Perempuan yang tak letak fotonya lebih kurang didekati lelaki daripada perempuan yang pamerkan fotonya....
Sekali letak foto, berduyun-duyun lelaki datang nak berzina...
Semurah itukah kalian wahai wanita?


Ilmu Dan Nasihat

HARAM Bagi Para Wanita Memasang Foto WAJAHNYA Dimedia.

Al-Habib Umar Bin Hafidz Berkata HAROMUN.. 

Yang artinya HARAM bagi para wanita memasang fotonya dimedia. Sama saja mereka MENJUAL DIRINYA.

Duhai saudariku dengar peringatan ini. Jutaan manusia di Surabaya banyak yang menangis, terutama golongan Syarifah dan Habaibnya, disaat HABIB UMAR BIN HAFIDZ menerangkan alat media zaman sekarang. Karna salah satu diantara mereka ada yg bertanya tentang FOTO-FOTO para SYARIFAH yang selalu di panjang (dipaparkan) di media BB,FB dll..

Habib Umar Bin Hafidz menerangkan dengan gamblang (tegas) "HAROMUN" Sama saja mereka menjual dirinya.

Mereka tidak sadar siapa diri mereka yang selalu tersambung oleh RASULULLAH, mereka rela memperlihatkan keindahan wajahnya demi diperlihatkan oleh jutaan laki laki..

Allahumma Ba'idna..

Semoga bermanfaat & Menjadi Renungan

Wallahu a'lam..

-Via FB Fauzie Achmad 

---------------------------------   ------------------------------   -----------------------------------   --------------------

Dan saya yang jahil ini, hanya copy paste, dan menelan segala peringatan ini............

Monday, September 8, 2014

Viral : #20factsaboutme

Telah viral di media sosial (especially Instagram) tentang #20factsaboutme. Mereka akan post gambar sendiri dan menulis caption berupa 20 fakta tentang diri sendiri.

Maka, saya pun mahu terjebak sama. Tribute to any stalker yang berkeliaran out there! HAHA!

#20factsaboutme


1. Satu-satunya pemilik nama Muhammad dalam kalangan ahli keluarga, menjadikan Muhammad Hasan Fikri adalah nama paling panjang dalam keluarga.

2. Menjadi anak ke-5 menjadikan satu-satunya ahli keluarga mempunyai semua. Ada ayah, ada emak, ada abang, ada kakak, ada adik lelaki dan ada adik perempuan, ada semua.

3. Lahir pada penghulu hari, Jumaat dan penghulu bulan, Ramadhan.

4. Tidak cerewet dalam bab makan, telan segala jenis makanan dan minuman KECUALI yang mengandungi kopi, tomato mentah, juga buah durian.

5. Agak sukar mahu tidur jika ada cahaya, atau dalam kereta.

6. Tertarik pada wanita yang berupaya 'control' meskipun Emak menegaskan bahawa tidak sesuai sama sekali.

7. Lahir dalam sebuah keluarga di mana Ibu yang akan menentukan Isteri/Suami anak-anak.

8. Sejak Akil Baligh, mempunyai minat yang mendalam tentang psikologi, personaliti diri, motivasi dan relationship.

9. Setakat ini jika ada bertanyakan cita-cita, masih mempunyai satu jawapan.

10. Suka pada aktiviti lasak, dan bukan sama sekali seorang gamer. Namun untuk 2018, ditimpa kecederaan lutut yang serius. Hmm..

11. Badan mula berisi sejak tahun lepas, dan sekarang giat menjalankan kempen basmi lemak dan bina otot untuk diri sendiri.

12. Jika ditanyakan adakah saya suka pada pengucapan awam, jujur katakan tidak. namun setakat hari ini, itulah program yang saya akan join pun. -.-

13. Meskipun ada dikaitkan dengan beberapa nama, namun hakikatnya saya masih belum ada dia. (buah hati, belahan jiwa, tunang, isteri, pasangan, soulmate, checkmate, phuii~)

14. Kini bertugas di Menara TM sebagai seorang Executive, namun bekerja sambilan sebagai pencari teman hidup. Haha!

15. Betul-betul memerlukan Isteri yang memahami, mempunyai kawalan emosi yg baik  juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus wang dan belanja. (jika ada isteri)

16. Tak mempunyai allergic pada makanan, cuma allergic pada protokol, orang yang serius tah pape dan syadid tak tentu arah.

17. Sedang cuba sedaya upaya untuk kurang bercakap, dan perlahankan nada suara.

18. Mempunyai barisan haters yang ramai dan kuat.

19. Emak merupakan tulang belakang untuk segala pencapaian saya, ayah merupakan inspirasi, dan semoga awak mampu menjadi kedua-duanya. #ehh

20. I dont play by anyone rules.


Segala 20 fakta ini akan disubmit kepada Emak untuk dapatkan approval. Anda boleh kata bahawa anda sangat tahu tentang diri sendiri, dan faham diri sendiri lebih daripada orang lain. tetapi, siapa cakap apa yang anda tahu dan faham itu betul?



Syok sendiri?

Berniqab : Antara Dua Keputusan

Bukan niat saya untuk judge dan menghukum. Puas saya tegaskan, saya cuma berasa janggal dan hairan, itu saja.

---------------------------  ------------------------------------  ---------------------------- -------------------

Sejak dari kecil, saya telah menggunung tinggi menghormati wanita berpurdah/berniqab. saya cukup mengagumi mereka (yang berniqab)

Anda bayangkan, ketika wanita di zaman ini berusaha sedaya upaya untuk menjadi cantik dan menyerlah, sanggup membeli barangan kosmetik ratusan ringgit (malah ribuan), make-up sana, touch-up sini, semata-mata untuk memperagakan wajah secantik mungkin. Namun, tiba-tiba sahaja bangun seorang wanita, dan mengambil keputusan untuk menutup wajahnya daripada tatapan umum.

Alahai... *melting*
sesekali saya tidak akan post gambar wajahnya jika tahu dia sudah berniqab

Saya benar-benar kagum, dengan keputusan itu.

Itu keputusan yang cukup besar. keputusan yang mungkin mengubah banyak perkara.

Pernah seorang Ustazah mengadu kecil pada saya, keluarganya tidak begitu senang dengan purdahnya maka dia pun tidak berpurdah di Malaysia. Beliau katakan, ketika berjalan tanpa purdah, beliau rasa seperti tidak sempurna, malu,  seolah olah berjalan terbuka aurat. huhu. #massiverespect!

Dalam post ini, saya tidak akan menyentuh tentang hukum berniqab, dan kelebihannya di sisi agama. Anda pun arif bab itu lagipun. Cuma, secara dasarnya, menutup wajah bagi seorang wanita bukanlah berada dalam kewajipan mereka. (sebab itu saya salute!)

........

Dan dalam pada itu, niqab dan purdah pun mula menjadi viral, malah mainstream untuk muslimah zaman ini. Jika di Malaysia, hanya sesetengah Universiti yang mungkin sudah biasa dengan wanita berniqab, namun di Mesir, niqab dan purdah merupakan perkara yang biasa dijumpai.

dan sebab itu saya bimbang.

Bagi saya, keputusan untuk mengenakan purdah di wajah adalah bermaksud dirinya tidak lagi mahu dilihat dan menjadi tatapan umum. Itu maksud purdah dan niqab.

Dan tidak mahu dilihat itu, sewajarnya lah di alam nyata mahupun di alam maya.

Bagaimana mungkin jika anda itu menutup wajah di alam nyata, tetapi di alam maya galak mempamerkan muka? Tidakkah itu menghairankan?

Keputusan untuk berniqab dan keputusan untuk muncul wajah di alam maya adalah dua keputusan yang tidak boleh diambil serentak. Saya langsung tidak ada masalah dengan wanita yang muncul di alam maya (selagi dia menjaga yg sepatutnya) Namun adalah sedikit janggal, jika anda menetapkan diri dengan berniqab, tetapi dalam masa yang sama membiarkan wajah merata-rata di alam maya. Aik? Pelik.

Alam maya itu alam tanpa sempadan, Ya saya tahu. Tidak mungkin kita dapat mengawal segalanya. Gambar-gambar lama kita mungkin saja masih wujud dan terdedah. Dan kawan-kawan yang ada gambar kita mungkin saja sewenangnya post sana sini. Namun, apalah jadahnya jika anda sudah berniqab pun masih lagi post gambar gambar menampakkan wajah, atau sengaja bergambar sana sini tanpa peduli gambar itu akan dipost nanti, malah jika tak nampak wajah pun, wajarkah anda begitu galak mempamerkan diri? Duhh. 
.............................   .................................  ......................................

Maafkan saya.  Kata-kata saya ini mungkin benar-benar menghiris hati anda. anda pun mungkin saja akan melabel saya melebih-lebih, dan melampau-melampau dalam memandang isu ini. dan anda akan mula tidak puas hati dengan saya.

Suka saya ulang lagi, saya dari kecil sangat mengagumi wanita berniqab, saya sangat hormat. saya sangat sanjung. saya pandang tinggi!

Dan kerana itulah, saya menulis ini semua.

Kerana saya kagum, dan hormat anda.

Ya, anda.



p/s :

1. Post ini bukan post menghalang upload gambar, post ini post saya hairan, saya pelik.
juga saya bimbang. bimbangkan nila yang setitik itu, merosakkan susu yang sebelanga. :)

2. Dulu, ada seorang wanita cerita yang dia tidak boleh tidur lantaran memikirkan gambarnya berada di FB, selepas dia delete, barulah dia lena. Saya terpikat dengannya. (mengagumi) Melihatkan dirinya sekarang, hmmmmm~ (baru minggu lepas upload gambar wajahnya for the first time ever), rupanya memang dia saja nak ayat saya rasanya. Hahaha (dan dialah ustazah yang begitu malu untuk berjalan tanpa purdah itu DULU) . ok bai~




Sunday, September 7, 2014

Menjadi Adik CT Farhana :)

Bismillah..

Kali terakhir saya post adalah pada 9 June tahun 2013. Itu hampir setahun yang lalu. Saya betul-betul dirundung kemalasan dan tidak semangat lagi menulis.

Namun, pada pagi 8 September 2014 ini, saya mula menaip. Saya mesti menulis juga. Malah, semangat saya untuk menaip kembali di sini telah pun bermula sejak 2 September lepas dah. Cuma bertalu-talu program tetibe muncul entah dari mana. -.-

Semangat yang datang ini hadir meresap apabila mengenangkan, tarikh 2 September merupakan antara tarikh keramat dalam keluarga saya.

Namanya CT Farhana Binti Sayujan. Ya, jangan pelik, Saya tak salah taip, memang hanya CT. Huruf C dan T sahaja. Dan Kak Long dianugerahkan Tuhan untuk menjadi yang sulung dalam keluarga kami, juga menjadi yang terbaik. :)

Apabila ada yang meminta untuk saya ceritakan tentang Along, dalam kepala saya akan tergambar tentang ketaatan yang tiada taranya. Taat. Satu perkataan yang sudah cukup untuk menerangkan dirinya.

Ketaatan along pada emak dan ayah, membuatkan saya kadang-kadang susah nak percaya. Begitu menginspirasikan. Saya susah nak percaya, bagaimana Along boleh mempunyai hati yang sebegitu kuat? Dalam keluarga saya, saya akan bersuara jika ada yang tidak kena dengan jiwa malah saya masih tergamak untuk menafikan sebahagian perkara. Namun bagi Along, taat merupakan keputusan pertamanya. Selagi itu yang diucapkan Bonda dan Ayahanda (sudah tentu yang tidak bertentang dengan agama), maka itu juga kata dirinya, sekalipun telah menafikan hak dirinya, menafikan kehendak dirinya.

Cerita Emak, selepas tamat SPM, Emak menyuruh Along mencari kerja, Along menolak dan tidak mahu, namun dalam diri seorang Along, tidak mahu bukan bermaksud tidak buat. Along ikutkan juga (menangis-menangis kata emak..huhu) ketika itu, Along mula bekerja, kerja yang ada shift pagi dan malam, membuatkan along tinggal di rumah sewa (jauh dari rumah). Dan apa yang benar benar menyentuh hati emak, Along sehingga menangis-nangis ketika diputuskan untuk bekerja, benar-benar dia tidak mahu, namun ketika dia mendapat gaji pertamanya..

"Emak, ini gaji Along.....untuk mak...."

Along menyerahkan wang gajinya.

Semua, tiada sesen pun untuk dia.

Saya menangis dalam hati semahunya ketika mendengarkan part ini. Cukup hairan dan takjub.

Saya terfikir, Untuk apa dia kerja? Untuk apa dia menangis tidak mahu? Untuk apa dia tiba-tiba diasingkan duduk di luar? Untuk apa?

Hanya disebabkan, itu adalah kata ibunya. Thats all. Noktah.

Kalian yang mungkin baca post ini, tidak akan merasakan apa-apa. Tapi jika kalian jadi anak kelima, bermulut lancang, keras kepala, sukar dengar kata, dan ada seorang kakak seperti Along, tentu remuk dalam jiwa. alahai, hinanya aku sebagai seorang anak. :'(

Along DINIKAHKAN (baca: mak ayah suruh kahwin), pada usia 19 tahun. Dan sejak itu, ketaatan Along mula terjawab. Bersuamikan seorang guru tahfiz, dan sekarang mempunyai 4 orang anak yang telah pun menghafaz Surah Yaasin, Al Mulk, Al Waqiah, As Shaad, Juz Amma dan surah-surah panjang lain seawal 8 tahun, juga sedang giat membantu Abang Long (suaminya) menguruskan Madrasah Tahfiz mereka. (baru sahaja dibuka)

Kejayaan hanyasanya dalam agama. Dan Along sedang berjaya.

So, here you go my Sis. Allah telah memuliakan kehidupan ee dengan mentakdirkan ee menjadi adik kepada Along. Allah, ini anugerah! i bet, you have no idea how much i love you dan proud of you. Not at all. Tanyalah Allah, tanyalah penduduk langit, tanyalah malaikat Akid dan Atid, mereka cukup tahu betapa Along sentiasa tinggi dalam hati ee...

Sangat tinggi.

Sumpah cakap, memang tinggi.

puas nak cari gambar dia nih.. -.-


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-32.

Hanya rahmat dan keredhaan Allah bersamamu..

adikmu, Hasan Fikri.
Kediaman Baiti ROSA,
Bentong, Pahang.

p/s :

1. Cukup panjang untuk ditulis sebenarnya, ini bukan cerpen apetah lagi novel, maka cukup kisah dia menyerahkan keseluruhan wang gajinya saya tulis di sini. Jika ditulis juga ketaatan dia pada suami dan pelbagai point yg lain untuk terus saya mengaguminya, maka bukan blog namanya. itu cool blog. eh?
tetibe je :p

2. Bekerja selepas SPM ketika zaman Along dulu, bukan macam sekarang, lebih-lebih lagi utk gadis yang lahir tahun 80-an, sekarang dah macam wajib untuk student lepasan SPM cari kerja part time, sebab tu saya cukup tersentuh, niat dan sebab dia bekerja rupanya tak berubah sehingga dia dapat gaji pun, sikit pun dia tak terfikirkan hal lain selain taat kata ibunya. (kalau saya rasanya, mula2 nangis taknak, lepas sedebuk duit dah ada depan mata, eh mak, okay juga saya kerja kan? boleh la order selain snack plate kat KFC. lol)
 

Blogger news

Blogroll

About