Pages

Monday, January 28, 2013

Kita Tidak Sama.


Bismillah…

Berasa kecil hati, terasa, kecewa, sakit hati dan seumpamanya adalah perkara biasa dalam bersahabat. Ibarat perencah dalam kuah, ibarat belalang dalam lalang. Tidak sah jika tiada.
……………………………………….

Saya sangat pelik dengan sesetengah orang yang boleh sesuka hati melabel dan menilai tanpa dia tahu perkara sebenar.

Setiap apa yang kita ucap pada seseorang, perkara buruk khususnya, dan perkara itu adalah tidak benar, itu fitnah.

“mamat tu playboy la aku rasa. Cuba kau tengok kalau dia cakap dengan perempuan, mesra je. Mesti ada je dia buat lawak dan gelak-gelak. Lagipun aku dengar sendiri junior sekolah dia cakap nama dia memang banyak gossip.”

Setiap perkara buruk yang kita ucapkan pada seseorang, tanpa diredhainya (dia tidak suka) dan perkara itu benar, itu mengumpat.

“Weh Samad, kenapa kau hitam berbanding family kau? “
“Weh korang, aku dengar Samad kena gantung sekolah sebab tengok video lucah. “
“Ish..tak baik lah kita mengumpat dia.”
“Mengumpat apa pulak, memang dia mengaku depan cikgu kot.”
………………………………………………….

Tidak perlu saya syarah panjang lebar tentang hukum dan akibat fitnah dan mengumpat. Semua sudah tahu.
Tapi saya nak bercakap soal melabel dan trend sesuka hati menilai. Iye, saya setuju kita semua tidak dapat elak untuk berpandangan sinis kadang-kadang.

Siapa dapat elakkan untuk masih berfikiran buruk apabila seorang kawan lelaki yang kita sudah tahu dia anak tunggal dan saudara mara jauh dari sini kelihatan bermesraan dengan seorang wanita? Jangan buat kelakar jika anda masih kata itu mungkin adik kembarnya yang hilang ketika ibunya bersalin. Wah, positif betul ya.

Tetapi, dalam banyak hal, kita sangat kuat melabel. Asal orang tidak sama dengan kita, maka orang itu tidak patut. Yang patut, adalah kita.
Kita dikurniakan rezeki untuk bernikah awal, maka selamatlah daripada gejala couple dan sebagainya, apabila keluar menghadap dunia, kita serang dengan tajam mereka yang couple sana sini, pandang serong jika nampak lelaki perempuan bercakap sesama, siap boleh tulis di status menyampah dengan semua.

Tanpa dia menghirup suasana semasa.

 Tidak salah untuk kau perjuangkan apa yang kau ingin, tapi sila pandang kiri kanan dahulu. Kau mengharungi umur 20 an dalam keadaan sudah mempunyai suami/isteri, lepas tu kau mahu bercakap pasal cinta suci? Benar, cinta kau memang suci. Sangat suci untuk dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya kau yang bercintan cintun itu. Soalnya, wajarkah kau menghujam kata-kata tajam pada mereka yang tidak dapat rezeki seperti kau? Apa? Mahu semua orang ikut jejak langkah kau bernikah awal? Syabas, cadangan yang baik!

Tetapi langsung tidak realistik.

Kau makin sakit hati apabila makin lama keadaan makin parah. Tanpa disedari, Kau makin ligat menulis status menyindir perilaku, makin kerap mengintai-ngintai sana sini, kau seolah-olah obses dengan ikhtilat dan yang sama waktu dengannya.

Asal nampak lelaki perempuan bercakap, terus melabel tidak jaga ikhtilat. Nampak lelaki perempuan ke kelas sama-sama, kau kata cinta tak suci, malah meragukan niat mereka ke kelas, lihat saja lelaki perempuan komen-komen di FB, kau kata itu ini siap mengongkong dan menyekat semahunya.

Fuhhh…
Saya faham jika kau mahu kebaikan atas semua. Saya faham kau mahu dakwah semampunya. Tetapi itu semua tidak beri hak kau merendahkan darjat sesiapa. Seharusnya kamu terus bersama mereka dan selami jiwa sedalamnya. Letakkan diri kau di tempat mereka. Fahami sebaiknya.

Kita semua bukan sama bahkan berbeza.

Menyerang menggunakan status, menyindir, melabel mereka penzina hati, menyekat semahunya dan usaha-usaha yang sangat tegang seperti ini hanya menimbulkan ‘annoying’ pada mereka. Percayalah.

Satu prinsip yang kita semua kena pegang adalah menerima perbezaan antara kita. Latar belakang keluarga, status diri, pendidikan, bakat, kecenderungan, minat, sifat dan semuanyalah, kita berbeza.

Dan jika mereka tidak sama dengan kita, itu tidak bermaksud kau mulia, mereka hina. Begitulah sebaliknya.

“ENTRY INI BUKANLAH BERTUJUAN MENCETUSKAN PERDEBATAN, TETAPI UNTUK MERAIKAN PERBEZAAN”

Chill everyone ! ^^

Saturday, January 26, 2013

Friend VS Follow


Di alam maya, kita ada diri kita. Sesetengah orang ada diri yang sama, sesetengah lagi ada diri yang lain.

Di Facebook misalnya, update status,

"Oh cyunk, i lap u.."

Haa..bentuk ayat tu, pemilihan perkataan, gaya bahasa semuanya menggambarkan orang yang menaipnya bagaimana. Malah, kita dapat mengagak umurnya bukan?

Juga ada yang dirinya berbeza dengan alam maya dan alam nyata.

"Kepada sahabat-sahabat ana, marilah kita mengerjakan solat zuhur berjemaah. Tinggalkanlah facebook sebentar ya..:) "

Tetapi, dia sendiri masih dihadapan laptop sehingga ke Asar.
Opss.
……………………..

Saya? Entahlah..

Rasanya tidaklah saya sembunyikan kebaikan tetapi tidak pula saya zahirkan keaiban.

Hehe..

Di sini saya mahu tampal segala laman sesawang dan aplikasi yang saya join dan inshaAllah aktif juga di dalamnya. Jom kita bersahabat di alam maya juga!

FACEBOOK
Muhammad Hasan Fikri Bin Sayujan
http://www.facebook.com/hasanfikri.93


TWITTER
Hasan Fikri

WHATSAPP
+201149800242

FOURSQUARE

Instagram
motivator93
http://instagram.com/motivator93/

Juga, ada beberapa tempat yang anda boleh hubungi, namun saya tidak selalu di dalamnya.

YAHOO MESSENGER
remajadc_93@yahoo.com (email rasmi)

GMAIL
remajadc.93@gmail.com (second email)
…………………….



Hehe..rasa macam promote diri pula.

Tidak mengapa, ini blog saya, bukan milik abah sesiapa bukan?
Hihi.

JOM KITA FRIEND dan FOLLOW bersama ! ^^
Uhibbukum Fillah ! 

Kita Ada.


Kita mesti sedar kita di mana? Sebagai apa?
…………………………………………………………………

Sudah puas cuba untuk rasa cinta. Aku bagi perhatian penuh padanya. Malah kadang-kadang aku ketepikan yang lain untuk bagi masa padanya.

TETAPI MENGAPA AKU MASIH GAGAL SUBJEK INI !!!!!!!!!

Jeritan bergema. Sangat kuat. Meskipun hanya memekik dalam hati, tetapi terzahir di wajah, muka tertekan. Stress!
……………………………………………………………………


Saya rasa bagi setiap pelajar mesti ada diterapkan tentang matlamat dan niat ketika belajar. Bukan rasa, saya pasti itu. Bagi orang Cina, mereka disematkan dalam hati untuk mengejar kekayaan. Lu mesti belajar betul-betul, balu lu akan dapat pekerjaan yang baiknya ya pun, bila lu dapat perkerjaan yang baik, lu dapat wang banyak, lu kaya, lu kaya!

Orang India diasuh untuk membantu keluarga dan bangsanya. Deyyy…you mesti cemerlang dalam exam. You harapan family kita. You jangan gagal gagal.

Melayu? Anda jawab.

Tetapi apa jua bangsanya, apa jua keturunannya, apa jua latarbelakangnya, sebagai seorang yang beragama Islam, kita tidak lari dari meniatkan setiap pekerjaan, perlakuan dan pemikiran hanya dan hanya, untuk Allah Azza Wajalla.

Itu yang sepatutnya.

Dan ketika kita telah pun tetapkan matlamat kita untuk Allah, sama ada mahu menjadi hamba-Nya yang terpilih mahupun ingin meraih keredhaan-Nya, apa lagi yang membuatkan kita lemah?

Kita tidak akan lemah, jika kita benar-benar yakin Allah bersama matlamat kita.

Sebagai analogi, adakah seorang budak kecil, masih akan takut untuk masuk sebuah bilik yang gelap, jika kita menemaninya? Adakah seekor kucing, akan lari daripada anjing, ketika dia tahu ada harimau dibelakangnya? Adakah Gwang Soo, masih akan berundur, jika Kim Jong Kook di pihaknya?

Saya tahu anda tahu ini.

Maka, apa lagi yang yang perlu ditakuti ketika kita yakin ada Maha Kuat bersama?

Maka, apa lagi yang melemahkan ketika kita yakin ada Maha Berkuasa bersama?

Kita ada Rabb Azza Wajalla, kita ada Pemilik alam Semesta.
Kita ada !
………………………………………………..

Saya mungkin tidak belajar subjek yang anda belajar. Bahkan saya pasti, jika saya belajarnya, saya juga  akan stress dan tertekan. Saya bukan cuba menghalang anda untuk down dan lemah, saya cuma mahu anda sedar dan yakin,

Kita ada ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Bergeraklah semula, angkat kepala dari atas meja, tarik nafas dalam-dalam, jom mula semula !
Fighting!
……………………………………………….

Aku yakin aku ada Allah, tapi serius, aku tak boleh buang rasa mahu give up ni, susah sangat subjek ni…..


Bro, tu bukan keyakinan, tu kepercayaan. ^^


 

Blogger news

Blogroll

About