Kita mesti
sedar kita di mana? Sebagai apa?
…………………………………………………………………
Sudah puas
cuba untuk rasa cinta. Aku bagi perhatian penuh padanya. Malah kadang-kadang
aku ketepikan yang lain untuk bagi masa padanya.
TETAPI
MENGAPA AKU MASIH GAGAL SUBJEK INI !!!!!!!!!
Jeritan
bergema. Sangat kuat. Meskipun hanya memekik dalam hati, tetapi terzahir di
wajah, muka tertekan. Stress!
……………………………………………………………………
Saya rasa
bagi setiap pelajar mesti ada diterapkan tentang matlamat dan niat ketika
belajar. Bukan rasa, saya pasti itu. Bagi orang Cina, mereka disematkan dalam
hati untuk mengejar kekayaan. Lu mesti belajar betul-betul, balu lu akan dapat
pekerjaan yang baiknya ya pun, bila lu dapat perkerjaan yang baik, lu dapat
wang banyak, lu kaya, lu kaya!
Orang India
diasuh untuk membantu keluarga dan bangsanya. Deyyy…you mesti cemerlang dalam
exam. You harapan family kita. You jangan gagal gagal.
Melayu?
Anda jawab.
Tetapi apa
jua bangsanya, apa jua keturunannya, apa jua latarbelakangnya, sebagai seorang
yang beragama Islam, kita tidak lari dari meniatkan setiap pekerjaan, perlakuan
dan pemikiran hanya dan hanya, untuk Allah Azza Wajalla.
Itu yang
sepatutnya.
Dan ketika
kita telah pun tetapkan matlamat kita untuk Allah, sama ada mahu menjadi
hamba-Nya yang terpilih mahupun ingin meraih keredhaan-Nya, apa lagi yang
membuatkan kita lemah?
Kita tidak
akan lemah, jika kita benar-benar yakin Allah bersama matlamat kita.
Sebagai analogi,
adakah seorang budak kecil, masih akan takut untuk masuk sebuah bilik yang
gelap, jika kita menemaninya? Adakah seekor kucing, akan lari daripada anjing,
ketika dia tahu ada harimau dibelakangnya? Adakah Gwang Soo, masih akan berundur,
jika Kim Jong Kook di pihaknya?
Saya tahu
anda tahu ini.
Maka, apa
lagi yang yang perlu ditakuti ketika kita yakin ada Maha Kuat bersama?
Maka, apa
lagi yang melemahkan ketika kita yakin ada Maha Berkuasa bersama?
Kita ada
Rabb Azza Wajalla, kita ada Pemilik alam Semesta.
Kita ada !
………………………………………………..
Saya mungkin
tidak belajar subjek yang anda belajar. Bahkan saya pasti, jika saya belajarnya,
saya juga akan stress dan tertekan. Saya
bukan cuba menghalang anda untuk down dan lemah, saya cuma mahu anda sedar dan
yakin,
Kita ada
ALLAH YANG MAHA BERKUASA.
Bergeraklah
semula, angkat kepala dari atas meja, tarik nafas dalam-dalam, jom mula semula
!
Fighting!
……………………………………………….
Aku yakin
aku ada Allah, tapi serius, aku tak boleh buang rasa mahu give up ni, susah
sangat subjek ni…..
Bro, tu
bukan keyakinan, tu kepercayaan. ^^
like like... oo huhu fightinggggg !!!!!
ReplyDeletehidup running man
Haha. Running man yg dia pandang yee.. Hehh
ReplyDelete