Bismillah..
Ketika saya
menaip entry ini, saya telah pun berada pada hari ketiga di Malaysia. Perasaan tidak
percaya bahawa saya pulang ke tanah air seawal ini mulai pudar. Betul, sangat
tidak percaya apabila suatu pagi emak menelefon dari tanah air dan meminta saya
pulang. Saya ada update status di akaun Facebook jika kalian ada membaca :
saya tidak tidur seperti kebiasaannya. saya turun solat subuh. saya terus naik ke bilik selepas selesai solat. syarah riyadus solihin pun saya tidak duduk. saya sangat mengantuk. sebelum saya mahu merebahkan diri untuk tidur, saya lihat handset. ada missed call dari emak. saya call semula. dan emak dengan suara yang sangat sayu memohon sesuatu.
saya terkejut.
saya terkejut.
DEMI ALLAH, SAYA TERKEJUT.
saya terkejut.
saya terkejut.
DEMI ALLAH, SAYA TERKEJUT.
Sangat
tiba-tiba. Saya dan keluarga telah pun bersetuju mulanya bahawa saya hanya akan
pulang pada tahun 2014 dan jika paling awal pun pada tahun hadapan. Tetapi emak
menukar keputusannya ketika beberapa hari lagi saya merancang ke Alexandria
untuk destinasi pertama percutian saya.
Emak : ee
dah habis belajar?
Saya : yup,
dah start cuti dah pun. Kan exam dah abis minggu lepas..
Emak :
kalau macam tu, balik.
Saya :
erkk..apa emak nie..
Emak : mak
kata, balik Malaysia.
Saya :
mak………
Ketika saya
cuba untuk menolak permintaan emak ini, emak lebih pantas membentangkan
hujah-hujahnya mengapa saya perlu pulang.
Saya minta
sekurang-kurangnya sehari untuk memikirkannya.
Saya
telefon kak ngah ( CT HAZWANI ) untuk penjelasan. Kakak saya yang kedua ini
memang tempat saya berkongsi problem dan sememangnya saya kerap meminta
pandangannya dalam membuat keputusan.
Seperti
selalunya, memang kak ngah sependapat dengan saya. Kak ngah kata, dia akan cuba
cakap dengan emak. Kak ngah juga berasakan bahawa terlalu awal untuk saya
pulang. Sementara itu, saya telefon pula ayah, juga untuk mendapatkan
kepastian.
Dipendekkan
cerita, keputusan emak tetap tidak berubah. Saya mesti balik juga.
Kata emak,
taat ibu bapa pasti berjaya dalam hidup. Allah akan mudahkan segala-galanya.
Jelas perkara ini apabila saya berusaha mencari tiket penerbangan yang tidak
terlalu mahal. Selalunya, mahasiswa Mesir yang ingin pulang ke tanah air akan
membeli tiket 3 4 bulan lebih awal untuk mendapatkan harga tiket yang murah.
Namun, dengan bantuan senior saya yang baik hati, harga tiket bukan sekadar
tidak terlalu mahal malah dikira murah untuk mereka yang beli mengejut seperti
saya ini, dan tiket saya lebih murah berbanding kawan saya yang telah membeli
tiket sejak 2 bulan lalu.
Taat ibu
bapa, pasti berjaya dalam hidup.
Tarikh
pulang saya pun awal. Hanya seminggu dari tarikh saya booking tiket.
Dan sebab
seminggu itu, saya tidak dapat bersedia sangat untuk pulang.
Malam
sebelum saya berlepas, senior yang juga merupakan naqib saya, Ustaz Ahmad Faiz
Al Fateh masak nasi ayam. Ketua Aras 6 yang juga merupakan senior yang membantu
saya mendapatkan tiket kapal terbang, meminta saya buat ucapan sebelum saya
balik ketika jamuan aras saya malam ini.
Macam saya
tak balik dah gayenye…. =,=”
Pagi itu,
saya tidak tidur pun selepas Subuh seperti kebiasaanya (-.-). Saya melihat-lihat
jika ada barang yang masih tertinggal. Menjelang tengah hari, saya sudah bersiap
seadanya. Saya ke bilik senior-senior untuk bersalaman, ke bilik warden untuk
menyerahkan borang dan membawa turun beg ke bawah. Saya berkeras tidak mahu
sahabat baik saya, Azmi dan Arif menghantar saya ke lapangan terbang. Mereka berdua termasuk abang-abang senior saya
mengiringi saya ke pintu asrama malah menolong mencari teksi sudah cukup. Saya sangat
terharu sebenarnya. Betapa kalian sangat menghargai kawan.
Maafkan ana
Azmi.
Petang itu,
jam 4.45 petang, bertarikh 29 Mei 2012, kapal terbang Etihad Air berlepas dari
Cairo International Airport membawa saya pulang ke tanah air.
Dan pada 30
Mei 2012 jam 2.00 petang, saya tiba di Kuala Lumpur International Airport.
Saya di
Malaysia. Sekali lagi.
Apabila fikirkan
Mesir, sangat tidak mahu untuk saya pulang.
Apabila fikirkan
tanah air, alangkah bahagianya saya dapat memijak semula bumi hijau ini.
Saya menolak
troli menuju pintu keluar. Hati ini berdebar sangat-sangat. Beberapa saat lagi
saya akan bersemuka dengan wajah yang sangat-sangat saya rindui. Sangat-sangat
saya rindu.
Saya terus
menolak.
Ketika berjalan,
saya ternampak beliau dahulu. Walaupun perlahan tetapi beliau menoleh apabila
spontan terpacul daripada mulut saya,
“Ya Allah..emak…
!”
Emak sedikit
melompat seraya berlari anak ke arah saya lantas memeluk dan mencium saya.
Betapa menatap
dan memelukmu adalah suatu rahmat dari Allah.
Di Malaysia. :)
SELAMAT pulang ke malaysia:)
ReplyDeleteselamat untuk kamu juga..:)
ReplyDelete