Pages

Saturday, March 31, 2012

APRIL pun TIBA..


Bismillah..

Lalu, April pun tiba.
-------------------------------------

Aku tersenyum sendirian. Comel juga dia ini rupanya. Lebih-lebih lagi ketika mengerutkan dahinya itu. Semakin lebar senyumku.

Aku tanya bulan, “duhai bulan, malam ini kau mengambang penuh cahaya, kau tahu isi hati aku ya? Bulan diam. Kekal menebarkan sinaran purnamanya. Aku berkalih pula pada bintang yang berjuta. “Wahai bintang, kau mesti tahu bukan? Katakan kau tahu. Katakanlah.” Bintang yang menjadi sahabatku sekian lama itu pun masih sepi tak berkata. 

Langit ada rahsia. Aku tahu.
Hari ini aku tidak lagi boleh menipu. Jelas sungguh getarannya ketika dia melewati aku tadi. Betul, terasa aku berjalan tiada kaki. Terasa sukma ini terhenti, bulu romaku berdiri. Gerangan rasa apa ini? Dia, buat aku tersenyum lagi.

Malam itu, “bulan, apakah ini semua? Jelaskanlah.” Bulan diam. “Bintang, jangan kau diam. Diammu menyiksa hatiku ini. Tolong.” Bintang juga membatu tidak membantu.
Aku tahu, langit ada rahsia. Aku tahu.

Tidak pula aku lihat dia hari ini. Resah sungguh di jiwa. Adakah dia baik-baik sahaja? Moga-moga…
aku hanya memandang bulan, mengharap jawapan. Tetapi bulan masih mengunci bicara. Begitu juga bintang. Mengapa? Mengapa langit berahsia? Mengapa??
……………………………………………………
Teresak-esak dia menangis. Sedih. Malah hati ini runtun. Lalu, aku pun terbang ke negeri orang, meninggalkan dia seorang. Puas aku yakinkan dia yang bulan, bintang dan langit akan kekal setia, menjadi bukti rasa jiwa.
……………………………………………….
Tidak yakinkah kau pada Allah? Takdir ini, perjalanan ini, setiap perkara ini, semua yang tertulis ini adalah KEHENDAK Allah. Tidak yakinkah??

Apa? Kau yakin? Kau dusta!! Kau penipu!! Kepala hotak kau jika kau kata kau yakin!! Kau dusta!! Dusta! Dasar penipu!

Mengapa kau sedih bagai nak gila, sehingga tinggal makan, sehingga terganggunya belajar, sehingga melayangnya semangat ketika Allah pisahkan kau dengan dia?? Ini kau kata yakin??

Mengapa perlu ada rasa hidup ini seolah-olah berakhir? Mengapa kau hilangkan senyum semata-mata sebab dia tidak lagi di sisi? Mengapa kau buat macam semuanya tidak lagi bererti?? Ini kau kata yakin??

Mengapa kau wujudkan rasa benci ketika dia pergi?? Mengapa kau hilangkan percaya ketika dia bukan dengan kau lagi?? Mengapa perlu caci sehingga timbul dendam di hati?? Ini kau kata yakin??

Kau penipu!! Kau dusta!!

Di mana Allah ketika itu?

Di mana keyakinan kau ketika itu?

Aku tidak marah jika kau ingin bersedih. Bersedihlah. Sememangnya itu perkara lumrah. Perpisahan memang menyakitkan..tetapi ingat, ini semua KEHENDAK Allah. Tugas kita sebagai hamba, hanya redha, sabar dan terus berdoa. Ya..doa. Itu sahaja tanda kau masih tidak putus asa. Benar, aku tahu kau sayangkan dia. Tapi kau juga mesti yakin Allah itu sayangkan kau.

Berapa banyak nikmat yang Allah beri tanpa kau minta? Pernah kau berdoa khusus untuk melangkah kaki? Tidak, tetapi Allah tetap beri. Pernah kau berdoa sebelum tidur untuk kekal bernafas setelah bangun nanti? Tidak, tetapi Allah tetap beri. Takkanlah hanya satu ini telah buat kau tidak dapat terima hakikat? Adil bagi Allah? Setelah berjuta yang diberi-Nya walaupun kau tidak minta tetapi ketika dia ambil satu..satu sahaja daripada kau, kau sudah mahu menyalahkan-Nya. Sangat tidak adil.

Dia, yang kau kata kau punya itu, bukan milik kau pun. Mazhab mana yang kata jika ada rasa cinta satu sama lain maka terus dikira kau yang punya. Tidak. Sudahlah kau khilaf dan kini masih ingin salahkan Allah. Tidak malu betul. Malah, jika perhalusi hikmah semua ini, sebenarnya Allah bukan semata-mata ingin menguji kau, tetapi Allah sedang berikan kau yang terbaik. Betul, ini bukan tipu-tipu. Allah sedang berikan kau yang terbaik. Dulu, ketika kau dalam pelukan cinta, kau rasa dia yang terbaik bukan? Ketika itu kau ada tanya Allah betulkah apa yang kau rasa? Allah ada beritahu itulah yang benar untuk kau? Tell you what, Allah sedang beritahu sekarang. Ya, inilah jawapan Allah. Allah itu mahukan yang terbaik untuk kau. Jika dia yang terbaik,pasti Allah akan satukan kembali. Yakinlah!

JIKA DIA YANG TERBAIK, PASTI ALLAH AKAN SATUKAN KEMBALI. 




Aku pun sujud tanda khilaf. Betapa selama ini aku menafikan tetapan Allah rupa-rupanya. Aku hanyut dalam rasa sendiri sehingga aku lupa bahawa Allah itu yang menetapkan segala-galanya. Aku sebagai hamba, hanya terus berdoa dan berdoa. Di mana usaha? Ya, seharusnya berusaha tetapi jika tidak dapat seperti yang diusahakan. Kekallah berdoa.
--------------------------------------------------
“bulan, aku sudah mengerti sekarang. Patutlah kau berdiam dulu. Rupa-rupanya begini akhirnya.
“bintang, maafkan aku. Aku mendesak kau dulu, rupa-rupanya kau hanya kasihankan aku. Gembira pada yang tiada.
Langit, kini aku sudah tahu kenapa kau berahsia. Kau saksikan segalanya.
…………………………………………………
Maka, aku pun berdoa.



2 comments:

 

Blogger news

Blogroll

About