Apa hukum SMS berlainan jantina ?
Antara soalan yang
sangat kerap ditanya kepada para ustaz selepas soalan,”ustaz, ada kelas tak
esok?”
-__-
Isu ini adalah realiti. Khusus untuk mereka yang mempunyai telefon bimbit. Di Malaysia, SMS hampir percuma. Celcom dan Maxis seolah-olah berkempen agar kita istiqomah dalam SMS. Oh okay, Digi juga termasuk. Dengan kadar serendah RM 0.05 sudah tentu kita ketagihan untuk ber-SMS. Lebih-lebih lagi dengan yang berlainan jantina.(saya juga terlibat tetapi tidak ketagih). Di Mesir, berbeza pula. SMS sangat mahal, tetapi panggilan telefon sangat murah. Senior kata, orang arab tidak suka menaip. Leceh.
Isu ini adalah realiti. Khusus untuk mereka yang mempunyai telefon bimbit. Di Malaysia, SMS hampir percuma. Celcom dan Maxis seolah-olah berkempen agar kita istiqomah dalam SMS. Oh okay, Digi juga termasuk. Dengan kadar serendah RM 0.05 sudah tentu kita ketagihan untuk ber-SMS. Lebih-lebih lagi dengan yang berlainan jantina.(saya juga terlibat tetapi tidak ketagih). Di Mesir, berbeza pula. SMS sangat mahal, tetapi panggilan telefon sangat murah. Senior kata, orang arab tidak suka menaip. Leceh.
okay, saya tahu semua pakai touchscreen sekarang. -.-' |
Setelah memerhati beberapa pendapat daripada individu-individu terkemuka dan mendapat penjelasan sendiri daripada senior di sini, saya makin jelas dengan isu ini. Mudah. Simple. Dan tidak jauh pun sebenarnya dengan hukum ber-facebook, twitter dan yang sama waktu dengannya.
Sudah maklum semua
bahawa NIAT itu menjalankan peranan yang tersangatlah besar dalam melakukan
amal dan af’al. Dengan niat, yang harus boleh jadi sunat, juga boleh jadi
haram, juga boleh saja kekal keharusannya. Ya..pada niat. Teringat pada kata
seniorku, iza hasan fahuwa hasan, iza qobih fahuwa qobih. Jika baik
(perkaranya), maka baik. Jika buruk, maka buruk. Kalian jelas? mudah bukan?
Mengapa ada di antara kita yang seolah-olah menyempitkan ruang yang ada, tidak
kurang ada yang cuba membuka ruang yang tiada? Bagi yang memahami, sudah tentu
akan berasakan Islam itu sungguh mudah dan bagi yang memahami, sudah tentu
tidak akan permudahkan Islam.
Jika dituntut untuk
mengajar perkara Fardhu pada seorang akhowat, maka jatuh hukum wajib untuk SMS
mahupun call. Soalnya, itu cara yang terbaik dan relevan? Jika berkata-kata
perkara yang meningkatkan iman dan taqwa, maka sunat ketika SMS mahupun FB.
Soalnya, mampu kekalkan ‘sunat’ itu? Jika mesej pada perkara yang membangkitkan
syahwat dan nafsu, maka jelas hukumnya haram. Soalnya..ape soal-soal??tiada
persoalan lagi sepatutnya. Perkara haram tidak akan bertukar harus kecuali pada
situasi tertentu. Namun, saya tidak nampak situasi yang boleh membenarkan untuk
bercakap perkara syahwat dengan wanita. Hehh.
Begitu jugalah, jika kalian berpersatuan. Sudah tentu banyak komunikasi
antara satu sama lain. Mengapa perlu ada kerja tergendala sebab berpegang untuk
tidak mahu berhubung dengan si lelaki, dengan alasan yang sangat kelakar iaitu,
ingin menjaga hati sanubari. HAHA. Ya..terus terang saya kata, itu sangat
kelakar. Kamu ada kerja yang perlu pada SMS, YM, panggilan telefon tetapi sebab
menjaga diri KONONnya, maka segala kemudahan ini diketepikan sehingga kerja
yang sepatutnya boleh selesai dengan mudah, jadi lambat dan tersekat. What the
hall??
kami sedang berusrah. nampak tak ukhwah yang menyatukan kami semua? ukhwah berada di tengah2. harap maklum. |
Konklusinya, tidaklah saya emosi pada semua ini. Cuma saya kesal dan pelik pada sesetengah kita yang
bercita-cita ingin bawa imej Islam tetapi dia tidak sedar dia telah tutup apa yang sebenarnya Islam buka. Jangan. Seriously jangan. Ya, saya boleh terima jika dia katakan dia selesa dengan cara sebegitu. Okay, tafadhal. Tetapi jangan sesekali kau kata ini salah, itu salah, ini tak boleh, itu tak patut. Jangan. Kau sedang takutkan kawan-kawan kita yang sedang bertatih dalam mengamalkan ajaran mulia Islam. Bayangkan, seorang pelajar sains yang telah terbiasa dengan sosial terbuka tiba-tiba sahaja dihalang dengan bermacam-macam pantang larang. “adik-adik, kalau nak bercakap dengan muslimat, mesti dalam jarak 500 meter tau. Jangan kurang sedikitpun. Kalau nak tambah 500 meter lagi bagus.” Aku dan kawan-kawan mula buat muka sebegini à -_________- ataupun yang macam ini à =,=”
Fahamilah sebaiknya.
Chill semua okay !
jadi, xde lah ana rasa bersalah sgt terpaksa berkomunikasi dgn seorg saudara tu...dy pun rasa serba salah. boleh la ana bg thu dy psl ni.
ReplyDeletetapi ingat dan jangan buat2 lupa tentang niat dan tujuan enti berkomunikasi tuh..hanya enti dan Allah yang tahu.:)
ReplyDelete