Pages

Saturday, June 25, 2016

Ramadhan Di Kaherah : Maidatul al Rahman

Berbuka puasa. Iftar.

Inilah part yang saya paling suka nak tulis. Bahkan seronoknya saya berbuka puasa di sini, sebenarnya tak tergambar untuk ditulis sahaja. Anda memang kena rasa sendiri berbuka di sini untuk menyelami keseronokkan itu. Cewahh. Haha.

Berbuka hari pertama dan kebanyakkan hari saya adalah di DMAK (kediaman saya) sahaja. Di sini disediakan makanan kita orang melayu yang ditempah khas restoran-restoran Malaysia yang ada di Kaherah ini. hasil sumbangan mereka yang dahagakan fadhilat dan kelebihan memberi makan orang yang berpuasa.

Namun, bukan berbuka itu yang saya nak tulis. Itu cliche. Kat Malaysia pun memang ada nasi ayam, nasi beriyani, kari ayam, ayam masak merah, kari kepala ikan, dan sebagainya. Untuk post ini, saya suka untuk cerita tentang pengalaman berbuka puasa bersama rakyat tempatan di sini. Haa ini rare. Kita tak jumpa kacang soya makan dengan daging rebus kat Malaysia. Haha.

Suatu pemandangan yang saya cukup suka adalah, apabila waktu berbuka hampir tiba, anda akan dapat lihat orang orang mengedarkan kurma dan air di tepi-tepi jalan. s\Sama ada untuk mereka yang lalu lalang, mahupun mereka yang berada dalam kenderaan. Mereka akan membuka kotak kurma itu dan minta orang sekeliling mengambilnya. Orang yang buat kerja ini bukanlah AJK masjid ke apa, apetah lagi ahli-ahli parti politik tertentu, mereka adalah orang kebiasaan yang mahukan makanan mereka dikongsi sesama muslim. 

Itu tentang pemandangan ketika hampir tiba waktu berbuka. satu lagi tentang maidatul rahman mereka. Maidatul rahman ini seperti yang anda tahu, adalah infaq individu atau kumpulan tertentu dari harta mereka untuk menyediakan makanan berbuka untuk orang ramai. Kalau di malaysia, boleh kata setiap masjid besar ada buat, dan kebanyakkan surau memang buat.

Di Mesir pun tak kurang suburnya tradisi ini. Bahkan, lebih besar skalanya dari Malaysia memandangkan saiz penduduknya di sini berkali kali ganda lebih besar.

Saya jarang untuk sertai maidatul rahman di masjid Mesir disebabkan di surau kediaman saya juga ada buat. Namun, ada juga masanya yang saya sengaja berbuka bersama rakyat Mesir untuk merasa sedikit sebanyak makanan dan budaya mereka ketika berbuka. 

Satu petang saya berbuka puasa di maidatul rahman di Masjid Saidina Hussein yang terletak di Darrasah, bersebelahan dengan Masjid Al Azhar As Syariff, Masjid Saidina Hussein ini juga terletak betul betul di pasar yang cukup terkenal di Kaherah, Khan Khalili. Jadi, tidak peliklah di Masjid ini juga sekitarnya dibanjiri ratusan bahkan ribuan saya kira setiap kali waktu berbuka.

Saya ketika itu bersama 3 lagi kawan. Kami baru sahaja selesai membeli belah di Khan Khalili untuk Syawal yang mendatang ini. Apabila kami masuk  sahaja dalam masjid, kelihatan ada beberapa barisan orang sedang beratur mendapatkan makanan. Ada beberapa 'stesen' dan kesemuanya menghidangkan makanan berbeza. Ketika kami baru masuk tu, sengaja saya bertanya pada ammu (pakcik) yang sedang menjaga rak kasut di pintu masuk itu di mana saya mahu dapatkan makanan. Ammu tersebut suruh saya tunggu dengan bahasa isyarat dan keluarkan sedikit bunyi dan tidak pula suruh saya beratur. 

suasana di ruang makan di dalam masjid Saidina Hussein
Ammu itu kembali dengan membawa dua bungkus makanan dan diberikan kepada saya dan kawan. Beriya saya ucapkan terima kasih padanya memandangkan tak perlu saya beratur lagi. Saya dan kawan sememangnya tak merancang untuk makan banyak. cukup ada sedikit makanan untuk buat berbuka dan nantinya kami makan di rumah sahaja. Tak sempat kami mencari tempat duduk lagi, datang semula ammu itu bawa lagi 2 bungkus makanan untuk 2 lagi kawan saya. Kali ini, bungkus itu sedikit lain tanda makanan pun berbeza saya kira. Ada kelihatan roti juga,


Tak cukup dengan itu, ammu itu suruh kami duduk di satu sudut masjid, berempat. Terpisah sedikit dengan ruang makan yang sepatutnya. Beliau tak mahu kami berhimpit rasanya. Sudah kami duduk pun, beliau datang lagi bawa makanan! Juga berbeza. kali ini baru saya sedar beliau sebenarnya memang tidak boleh bercakap, dan tiada tangan sebelah. Allah, mulia sungguh hatimu, ammu.

Ada pemuda sebelah tempat kami duduk itu pula menghulurkan segenggam tamar.
5 minit sebelum tadi kami tiada makanan dan seteguk air pun, dan sekarang penuh di hadapan kami dengan makanan Arab Mesir siap dengan kurma dan air minuman. Dah la banyak pulak tu.

segenggam tamar yang diberi
Saya perhatikan makanan yang ada. Wah pelik pelik sikit berbanding yang selalu ada jual di kedai.

Ada nasi dihidangkan dengan hati lembu, ada nasi dengan ayam panggang, ada kacang soya rebus dicampur dengan makaroni (macam kusyari), makan dengan daging sup, ada roti yang dalamnya ada nasi dan daging, ada nasi dengan kacang hijau (bukan yang bubur kacang hijau tu), juga air paip yang disejukkan dengan ais sebagai minuman, juga air kotak jus. 

Saya pilih kacang soya dan makaroni itu untuk dihabiskan. Dan alhamdulillah habis. kawan saya yang makan roti di dalamnya nasi tu pun habis. 2 lagi kawan saya tak habis. Nasi dengan hati lembu tu langsung tak disentuh sesiapa. Memang bawa balik jela. Hati lembu tu kalau goreng saya boleh masuk tekak lagi, tapi tu kari pun bukan, goreng pun tak, memang masak kosong begitu je. Errr...haha

Hanya 2 minit selepas azan terus iqomat. Separuh jemaah ikut solat, separuh lagi teruskan makan. Kami decide untuk makan dulu memandangkan semuanya tak berwuduk lagi. (tempat wuduk jauh)

tidak perlu menjadi berharta untuk memberi
Itulah suasana di salah satu maidah rahman di Mesir. Sangat nostalgiaaaa.

Mereka (kebanyakkannya) miskin. Namun tak lokek langsung. Mesti nak hulur pada orang sebelah juga.

Kita di tanah air?

Saya dengar, ada masjid di Malaysia yang merungut apabila orang Bangladesh memenuhi ruangan makan apabila berbuka. 

haih, serious la? What a shame.

Kbai.



nasi dimakan dengan hati lembu. err...

kacang soya rebus (kot) dengan daging sup

dapat merasa semua jenis makanan yang ada














































P/s: untuk pengalaman beraya di Mesir. saya akan tulis setibanya di Malaysia nanti. Sebab sekarang mana raya lagi. Dan saya nak balik Malaysia terus awal syawal nanti. Huuu..

No comments:

Post a Comment