Pages

Thursday, June 16, 2016

Ramadhan Di Kaherah : Suasana Ketibaan Ramadhan

Tidakkah kita merasakan sayang benar ALLAH pada kita?

Dengan penuh kasih sayang dan rahmat-Nya, Allah pertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan kemuliaan dan penuh dengan keberkatan ini dikurniakan buat hamba-Nya dan peluang untuk mencuci kekotoran dosa selama setahun ini terbentang luas, sekali lagi.

Maka, bergembiralah dan bersyukurlah umat Islam di atas muka bumi ini dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Mesir salah satunya negara umat Islam yang benar benar menzahirkan kegembiraan ini.

Bagi saya, Ramadhan di Mesir ternyata lebih meriah dari Malaysia. Ketara. Seawal Rejab dan Syaban lagi muslimin di sini telah mula menunjukkan suasana ketibaan itu. Anda akan dapat melihat kedai kedai dan pasaraya memasang lampu-lampu beraneka warna di bangunan mereka, Imam dan khatib di Masjid tidak berhenti berdoa untuk ketibaan Ramadhan dan meminta jemaah bersedia dengan ketibaannya. Orang ramai mula bertegur sapa dengan ucapan "Ramadhan Kareem" dan dijawab pula yang lainnya dengan "Allahu Akram".

Suasana meriah sebegini kita akan dapat rasa di Malaysia ketika Hari Raya Aidilfitri, namun di Kaherah ini sebaliknya. mereka merayakan ketibaan Ramadhan lebih lagi dari perayaan lainnya.

dan Ramadhan pun tiba, dengan penuh ketenangan dan terharu. Dar Al Ifta' Misriyyah sebagai badan autoriti agama mengumumkan penampakan anak bulan. dan malam itu penuhlah segala masjid yang ada dengan para muslimin untuk ramai-ramai solat tarawikh bersama.

Alhamdulillah untuk Ramadhan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

ambil google je ni.




Baca selanjutnya di Tarawikh Yang Pelbagai

Tuesday, June 14, 2016

Ramadhan di Kaherah

Bismillah..

Setelah bersawang benar blog ini tidak diupdate, akhirnya petang bersuhu hampir 40 darjah celcius ini memaksa aku menaip kembali.

Hari ini sudah masuk hari ke-7 Ramadhan, final exam pun sudah tamat seminggu lalu. Dan kelihatan sedikit demi sedikit pelajar Malaysia di sini mengosongkan bilik dan menuju ke airport untuk pulang ke tanah air, memandangkan cuti semester musim panas telah pun bermula.

Yang masih terdampar di Kota Kaherah ini hanyalah mereka yang masih ada kelas (pelajar perubatan tahun 5 & 6) dan juga yang masih dalam exam (ada sesetengah batch medik dan dentist yang masih belum habis paper). Untuk aku dan kawan-kawan sekelas, kebanyakkan dari kami memilih untuk menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, dan barulah fikir untuk pulang tanah air atau tunggu sahaja sehingga majlis konvokesyem pada Oktober nanti.

Meskipun, fitrah alam mengatakan, menunggu itu menyiksakan.

Cukup menyiksakan sehingga aku kembali menaip untuk blog ini. Har Har Har.

Apa pun, ini adalah Ramadhan Kareem! Allahu Akram!

So lets start with.. Suasana Ketibaan Ramadhan

dan diikuti dengan item-item lain seperti :

-Tarawikh Yang Pelbagai

- 16 Jam dan 40 Darjah Celcius

- Sahur Di Perantauan Be Like

- Maidatul Al Rahman

------------------------------
aku tak tahu kenapa nak letak gambar nie, tapi aku letak jugak.

So, thats it.

You guys kena stay tune okay. Har Har Har.



Doa Untuk Sahabat



Wahai Tuhan Yang Maha Membolak Balikkan Hati, tetapkanlah hati kami bersama dalam mentaati perintah-Mu, dan menjauhi larangan-Mu.

Tetapkanlah hati kami dalam kasih sayang dan kepercayaan, agar kami terus bertaut terhindar dari pengkhianatan dan dusta. Hanyalah Kau Yang Maha Mengetahui, betapalah hati ini menghargai mereka, dalam hidupku ini.

Jagalah mereka, jagalah kami.

Sahabatku.

Please stay.



Langit selalu menjadi saksi bahawa perasaan ini tak berbelah bahagi. Bumi turut merasa bahawa jiwa ini sentiasa cinta.

Diri ini tidak pernah berhenti khilaf. Namun hati ini juga tak pernah berhenti sayang.

Please stay.

Sunday, December 20, 2015

Wow, Saya Sudah 18 Tahun !

Bismillah..

Masuk hari ini, tinggal beberapa hari lagi akan tamat 2015. Bukan tahun sahaja yang mahu tamat, sekolah-sekolah di Malaysia pun sudah menamatkan sesi untuk tahun ini. Dari adik-adik tadika sehinggalah abang-abang Tingkatan 6, semuanya sedang menikmati cuti akhir tahun.

Termasuklah seorang adik ini, yang telah menamatkan persekolahannya bulan lepas, tamat SPM! Saya tak jumpa mana-mana perkara lagi yang boleh mengalahkan kepuasan hati apabila telah tamatnya SPM. Dia punya rasa..alahai..

Maka, adik ini, seperti sebelum ini, meminta sedikit tips. Tips apabila telah tamat SPM. Untuk menghadapi real world katanya.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Pada saya, umur 18 tahun mempunyai signifikan tersendiri. Umumnya, umur ini telah membuatkan seseorang itu cukup dewasa untuk mempunyai kebenaran tertentu seperti menonton movie berklasifikasi dewasa, membeli rokok dan minuman keras, masuk ke kelab malam, mengundi di pilihanraya (bukan Malaysia), dan banyak lagi yang lainnya. Maka jelas, bahawa di tahap umur ini, manusia telah masuk ke alam lain dan peringkat yang berbeza.

Di umur ini, cabaran terlalulah mencabar untuk seorang remaja. Lebih-lebih lagi pada mereka yang belum menemui identiti diri sendiri. Bahkan pada mereka yang telah membina karakter sewaktu di sekolah pun belum boleh rasa selamat lagi untuk menghadapi umur ini. Tiada jaminan langsung, saya ulang, tiada jaminan langsung buat mereka yang bersekolah agama atau tidak, sekolah berprestasi tinggi atau tidak, apetah lagi sekolah harian biasa, bahkan tiada jaminan juga mereka yang di tahfiz atau pondok untuk mengharungi fasa umur ini dengan selamat tanpa tercalar dan tercabar prinsip diri.

Maka ada yang persoalkan, jangan la cakap macam tiada harapan je nak selamat.

Hehe. Tidaklah begitu. Saya Cuma ingin menarik perhatian kamu bahawa background sekolah tidak memberi jaminan apa-apa. Hanyalah taufiq Allah dan hidayah-Nya sebagai pedoman dan panduan.

Pada umur ini, psikologi remaja berubah ke tahap yang lain. Cara fikir dan sisi pandang akan makin kritis dan luas. Mereka yang cenderung ke arah politik contohnya, mula akan terjun dalam artikel-artikel politik, ceramah-ceramah, persatuan juga Jemaah, dan mereka akan dapat semangat lain macam yang datang entah dari mana. Mereka mula bersuara, memberikan pendapat, menyebarkan pandangan, berdebat sana sini dan sebagainya.

Yang cenderung ke arah akademik akan lebih bersemangat lagi. Mereka punya semangat dalam study sehingga mengetepikan hal-hal lain seperti aktiviti persatuan, program-program aktivis, bahkan sukan pun. Mereka anggap, priority mereka hanyalah segulung ijazah itu. Hanya itu yang utama dan satu-satunya.

Yang belum menemukan apa-apa identiti dirinya, akan kekal terawang-awang. Mereka tidak begitu memikirkan masa akan datang. Mereka lebih selesa dengan ‘follow the flow’. Mereka tidak begitu peduli dengan sekeliling. Dan jika pun peduli, mereka hanya mengikut arus yang ada. Jika sekelilingnya membenci kerajaan, maka mereka turut membencinya. Jika sekelilingnya menyokong pembangkang, maka dia akan turut menyokong. Tanpa mengetahui apakah maksud sebenar dia berbuat demikian. Mereka ini tidak berminat join persatuan dan program yang ada, pada akademik pun acuh tidak acuh sahaja.

Banyak lagi yang saya boleh tulis untuk kamu adikku. Ini belum masuk lagi bab kerosakan akhlak remaja, kebejatan moral, dan macam macam lagi cabaran yang menakutkan di tahap umur ini. Saya pilih untuk bawakan contoh di atas adalah kerana saya tahu kamu bagaimana orangnya.


Kamu akan saksikan sendiri semua ini. Cuma untuk masa ini, cukup kamu sedar bahawa kamu sedang berada dalam peralihan fasa hidup. Dan semoganya kamu tidak melatah ketika melalui fasa ini. Fasa ini kamu akan lebih banyak berfikir, khususnya berfikir untuk diri kamu sendiri. Kamu akan berasakan kamu betul. Sebab kamu fikir untuk diri sendiri. Bahkan kamu akan rasa kamu lebih betul dari keluarga kamu. Seolahnya hanya kamu sahaja yang fikir untuk diri kamu, dan keluarga kamu tidak. Maka, kamu mula perjuangkan untuk kahwin awal, perjuangkan fahaman politik, perjuangkan macam macam lagi.

Tidaklah saya kata itu sepenuhnya salah. Cuma kita mesti ingat, mereka juga fikir untuk kita dan mereka telah pernah melalui fasa ini, bahkan sudah Berjaya pun melaluinya.

Kesimpulannya, ketika masuk umur ini, mental dan hati kamu mesti kuat. Cukup kuat sehingga kamu Berjaya menetapkan personality dan prinsip hidup dan tidak melanggarnya. Kamu mesti ada matlamat yang jelas untuk masa depan. Kamu mesti pilih yang terbaik untuk diri kamu. Dan ketika saya kata pilih, itu maksudnya kawan-kawan, persekitaran hidup, tempat belajar, dan sebagainya. Mesti pilih sebaiknya!

Cukup ini dulu. Lain masa, saya cuba untuk tulis lagi.

Sirruuuuu ala barakatillah!

Take care. Be safe.
 

Blogger news

Blogroll

About