Pages

Monday, September 8, 2014

Viral : #20factsaboutme

Telah viral di media sosial (especially Instagram) tentang #20factsaboutme. Mereka akan post gambar sendiri dan menulis caption berupa 20 fakta tentang diri sendiri.

Maka, saya pun mahu terjebak sama. Tribute to any stalker yang berkeliaran out there! HAHA!

#20factsaboutme


1. Satu-satunya pemilik nama Muhammad dalam kalangan ahli keluarga, menjadikan Muhammad Hasan Fikri adalah nama paling panjang dalam keluarga.

2. Menjadi anak ke-5 menjadikan satu-satunya ahli keluarga mempunyai semua. Ada ayah, ada emak, ada abang, ada kakak, ada adik lelaki dan ada adik perempuan, ada semua.

3. Lahir pada penghulu hari, Jumaat dan penghulu bulan, Ramadhan.

4. Tidak cerewet dalam bab makan, telan segala jenis makanan dan minuman KECUALI yang mengandungi kopi, tomato mentah, juga buah durian.

5. Agak sukar mahu tidur jika ada cahaya, atau dalam kereta.

6. Tertarik pada wanita yang berupaya 'control' meskipun Emak menegaskan bahawa tidak sesuai sama sekali.

7. Lahir dalam sebuah keluarga di mana Ibu yang akan menentukan Isteri/Suami anak-anak.

8. Sejak Akil Baligh, mempunyai minat yang mendalam tentang psikologi, personaliti diri, motivasi dan relationship.

9. Setakat ini jika ada bertanyakan cita-cita, masih mempunyai satu jawapan.

10. Suka pada aktiviti lasak, dan bukan sama sekali seorang gamer. Namun untuk 2018, ditimpa kecederaan lutut yang serius. Hmm..

11. Badan mula berisi sejak tahun lepas, dan sekarang giat menjalankan kempen basmi lemak dan bina otot untuk diri sendiri.

12. Jika ditanyakan adakah saya suka pada pengucapan awam, jujur katakan tidak. namun setakat hari ini, itulah program yang saya akan join pun. -.-

13. Meskipun ada dikaitkan dengan beberapa nama, namun hakikatnya saya masih belum ada dia. (buah hati, belahan jiwa, tunang, isteri, pasangan, soulmate, checkmate, phuii~)

14. Kini bertugas di Menara TM sebagai seorang Executive, namun bekerja sambilan sebagai pencari teman hidup. Haha!

15. Betul-betul memerlukan Isteri yang memahami, mempunyai kawalan emosi yg baik  juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus wang dan belanja. (jika ada isteri)

16. Tak mempunyai allergic pada makanan, cuma allergic pada protokol, orang yang serius tah pape dan syadid tak tentu arah.

17. Sedang cuba sedaya upaya untuk kurang bercakap, dan perlahankan nada suara.

18. Mempunyai barisan haters yang ramai dan kuat.

19. Emak merupakan tulang belakang untuk segala pencapaian saya, ayah merupakan inspirasi, dan semoga awak mampu menjadi kedua-duanya. #ehh

20. I dont play by anyone rules.


Segala 20 fakta ini akan disubmit kepada Emak untuk dapatkan approval. Anda boleh kata bahawa anda sangat tahu tentang diri sendiri, dan faham diri sendiri lebih daripada orang lain. tetapi, siapa cakap apa yang anda tahu dan faham itu betul?



Syok sendiri?

Berniqab : Antara Dua Keputusan

Bukan niat saya untuk judge dan menghukum. Puas saya tegaskan, saya cuma berasa janggal dan hairan, itu saja.

---------------------------  ------------------------------------  ---------------------------- -------------------

Sejak dari kecil, saya telah menggunung tinggi menghormati wanita berpurdah/berniqab. saya cukup mengagumi mereka (yang berniqab)

Anda bayangkan, ketika wanita di zaman ini berusaha sedaya upaya untuk menjadi cantik dan menyerlah, sanggup membeli barangan kosmetik ratusan ringgit (malah ribuan), make-up sana, touch-up sini, semata-mata untuk memperagakan wajah secantik mungkin. Namun, tiba-tiba sahaja bangun seorang wanita, dan mengambil keputusan untuk menutup wajahnya daripada tatapan umum.

Alahai... *melting*
sesekali saya tidak akan post gambar wajahnya jika tahu dia sudah berniqab

Saya benar-benar kagum, dengan keputusan itu.

Itu keputusan yang cukup besar. keputusan yang mungkin mengubah banyak perkara.

Pernah seorang Ustazah mengadu kecil pada saya, keluarganya tidak begitu senang dengan purdahnya maka dia pun tidak berpurdah di Malaysia. Beliau katakan, ketika berjalan tanpa purdah, beliau rasa seperti tidak sempurna, malu,  seolah olah berjalan terbuka aurat. huhu. #massiverespect!

Dalam post ini, saya tidak akan menyentuh tentang hukum berniqab, dan kelebihannya di sisi agama. Anda pun arif bab itu lagipun. Cuma, secara dasarnya, menutup wajah bagi seorang wanita bukanlah berada dalam kewajipan mereka. (sebab itu saya salute!)

........

Dan dalam pada itu, niqab dan purdah pun mula menjadi viral, malah mainstream untuk muslimah zaman ini. Jika di Malaysia, hanya sesetengah Universiti yang mungkin sudah biasa dengan wanita berniqab, namun di Mesir, niqab dan purdah merupakan perkara yang biasa dijumpai.

dan sebab itu saya bimbang.

Bagi saya, keputusan untuk mengenakan purdah di wajah adalah bermaksud dirinya tidak lagi mahu dilihat dan menjadi tatapan umum. Itu maksud purdah dan niqab.

Dan tidak mahu dilihat itu, sewajarnya lah di alam nyata mahupun di alam maya.

Bagaimana mungkin jika anda itu menutup wajah di alam nyata, tetapi di alam maya galak mempamerkan muka? Tidakkah itu menghairankan?

Keputusan untuk berniqab dan keputusan untuk muncul wajah di alam maya adalah dua keputusan yang tidak boleh diambil serentak. Saya langsung tidak ada masalah dengan wanita yang muncul di alam maya (selagi dia menjaga yg sepatutnya) Namun adalah sedikit janggal, jika anda menetapkan diri dengan berniqab, tetapi dalam masa yang sama membiarkan wajah merata-rata di alam maya. Aik? Pelik.

Alam maya itu alam tanpa sempadan, Ya saya tahu. Tidak mungkin kita dapat mengawal segalanya. Gambar-gambar lama kita mungkin saja masih wujud dan terdedah. Dan kawan-kawan yang ada gambar kita mungkin saja sewenangnya post sana sini. Namun, apalah jadahnya jika anda sudah berniqab pun masih lagi post gambar gambar menampakkan wajah, atau sengaja bergambar sana sini tanpa peduli gambar itu akan dipost nanti, malah jika tak nampak wajah pun, wajarkah anda begitu galak mempamerkan diri? Duhh. 
.............................   .................................  ......................................

Maafkan saya.  Kata-kata saya ini mungkin benar-benar menghiris hati anda. anda pun mungkin saja akan melabel saya melebih-lebih, dan melampau-melampau dalam memandang isu ini. dan anda akan mula tidak puas hati dengan saya.

Suka saya ulang lagi, saya dari kecil sangat mengagumi wanita berniqab, saya sangat hormat. saya sangat sanjung. saya pandang tinggi!

Dan kerana itulah, saya menulis ini semua.

Kerana saya kagum, dan hormat anda.

Ya, anda.



p/s :

1. Post ini bukan post menghalang upload gambar, post ini post saya hairan, saya pelik.
juga saya bimbang. bimbangkan nila yang setitik itu, merosakkan susu yang sebelanga. :)

2. Dulu, ada seorang wanita cerita yang dia tidak boleh tidur lantaran memikirkan gambarnya berada di FB, selepas dia delete, barulah dia lena. Saya terpikat dengannya. (mengagumi) Melihatkan dirinya sekarang, hmmmmm~ (baru minggu lepas upload gambar wajahnya for the first time ever), rupanya memang dia saja nak ayat saya rasanya. Hahaha (dan dialah ustazah yang begitu malu untuk berjalan tanpa purdah itu DULU) . ok bai~




Sunday, September 7, 2014

Menjadi Adik CT Farhana :)

Bismillah..

Kali terakhir saya post adalah pada 9 June tahun 2013. Itu hampir setahun yang lalu. Saya betul-betul dirundung kemalasan dan tidak semangat lagi menulis.

Namun, pada pagi 8 September 2014 ini, saya mula menaip. Saya mesti menulis juga. Malah, semangat saya untuk menaip kembali di sini telah pun bermula sejak 2 September lepas dah. Cuma bertalu-talu program tetibe muncul entah dari mana. -.-

Semangat yang datang ini hadir meresap apabila mengenangkan, tarikh 2 September merupakan antara tarikh keramat dalam keluarga saya.

Namanya CT Farhana Binti Sayujan. Ya, jangan pelik, Saya tak salah taip, memang hanya CT. Huruf C dan T sahaja. Dan Kak Long dianugerahkan Tuhan untuk menjadi yang sulung dalam keluarga kami, juga menjadi yang terbaik. :)

Apabila ada yang meminta untuk saya ceritakan tentang Along, dalam kepala saya akan tergambar tentang ketaatan yang tiada taranya. Taat. Satu perkataan yang sudah cukup untuk menerangkan dirinya.

Ketaatan along pada emak dan ayah, membuatkan saya kadang-kadang susah nak percaya. Begitu menginspirasikan. Saya susah nak percaya, bagaimana Along boleh mempunyai hati yang sebegitu kuat? Dalam keluarga saya, saya akan bersuara jika ada yang tidak kena dengan jiwa malah saya masih tergamak untuk menafikan sebahagian perkara. Namun bagi Along, taat merupakan keputusan pertamanya. Selagi itu yang diucapkan Bonda dan Ayahanda (sudah tentu yang tidak bertentang dengan agama), maka itu juga kata dirinya, sekalipun telah menafikan hak dirinya, menafikan kehendak dirinya.

Cerita Emak, selepas tamat SPM, Emak menyuruh Along mencari kerja, Along menolak dan tidak mahu, namun dalam diri seorang Along, tidak mahu bukan bermaksud tidak buat. Along ikutkan juga (menangis-menangis kata emak..huhu) ketika itu, Along mula bekerja, kerja yang ada shift pagi dan malam, membuatkan along tinggal di rumah sewa (jauh dari rumah). Dan apa yang benar benar menyentuh hati emak, Along sehingga menangis-nangis ketika diputuskan untuk bekerja, benar-benar dia tidak mahu, namun ketika dia mendapat gaji pertamanya..

"Emak, ini gaji Along.....untuk mak...."

Along menyerahkan wang gajinya.

Semua, tiada sesen pun untuk dia.

Saya menangis dalam hati semahunya ketika mendengarkan part ini. Cukup hairan dan takjub.

Saya terfikir, Untuk apa dia kerja? Untuk apa dia menangis tidak mahu? Untuk apa dia tiba-tiba diasingkan duduk di luar? Untuk apa?

Hanya disebabkan, itu adalah kata ibunya. Thats all. Noktah.

Kalian yang mungkin baca post ini, tidak akan merasakan apa-apa. Tapi jika kalian jadi anak kelima, bermulut lancang, keras kepala, sukar dengar kata, dan ada seorang kakak seperti Along, tentu remuk dalam jiwa. alahai, hinanya aku sebagai seorang anak. :'(

Along DINIKAHKAN (baca: mak ayah suruh kahwin), pada usia 19 tahun. Dan sejak itu, ketaatan Along mula terjawab. Bersuamikan seorang guru tahfiz, dan sekarang mempunyai 4 orang anak yang telah pun menghafaz Surah Yaasin, Al Mulk, Al Waqiah, As Shaad, Juz Amma dan surah-surah panjang lain seawal 8 tahun, juga sedang giat membantu Abang Long (suaminya) menguruskan Madrasah Tahfiz mereka. (baru sahaja dibuka)

Kejayaan hanyasanya dalam agama. Dan Along sedang berjaya.

So, here you go my Sis. Allah telah memuliakan kehidupan ee dengan mentakdirkan ee menjadi adik kepada Along. Allah, ini anugerah! i bet, you have no idea how much i love you dan proud of you. Not at all. Tanyalah Allah, tanyalah penduduk langit, tanyalah malaikat Akid dan Atid, mereka cukup tahu betapa Along sentiasa tinggi dalam hati ee...

Sangat tinggi.

Sumpah cakap, memang tinggi.

puas nak cari gambar dia nih.. -.-


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-32.

Hanya rahmat dan keredhaan Allah bersamamu..

adikmu, Hasan Fikri.
Kediaman Baiti ROSA,
Bentong, Pahang.

p/s :

1. Cukup panjang untuk ditulis sebenarnya, ini bukan cerpen apetah lagi novel, maka cukup kisah dia menyerahkan keseluruhan wang gajinya saya tulis di sini. Jika ditulis juga ketaatan dia pada suami dan pelbagai point yg lain untuk terus saya mengaguminya, maka bukan blog namanya. itu cool blog. eh?
tetibe je :p

2. Bekerja selepas SPM ketika zaman Along dulu, bukan macam sekarang, lebih-lebih lagi utk gadis yang lahir tahun 80-an, sekarang dah macam wajib untuk student lepasan SPM cari kerja part time, sebab tu saya cukup tersentuh, niat dan sebab dia bekerja rupanya tak berubah sehingga dia dapat gaji pun, sikit pun dia tak terfikirkan hal lain selain taat kata ibunya. (kalau saya rasanya, mula2 nangis taknak, lepas sedebuk duit dah ada depan mata, eh mak, okay juga saya kerja kan? boleh la order selain snack plate kat KFC. lol)

Sunday, June 9, 2013

Eh..Saya Gurau Je..

Bismillah..

Pagi itu, entah apa yang gatal sangat tangan saya nak bergurau sehingga salah seorang ahli dalam group whatsapp keluar dari group tersebut.

Serius.

Keadaan tegang.

Tidak perlu cari salah sesiapa sudah, terang-terang saya yang punca.

Gelap. Sekali lagi, saya lah punca.

…………………………………………………………..
Saya anak kelima dari 8 adik beradik. Saya di tengah-tengahnya. Saya ada semua, saya ada kakak, ada abang, ada adik perempuan dan adik lelaki. Bagi saya, saya anak yang paling tidak dimanjakan. Sebab? Sebabnya jarak saya dan adik perempuan saya hanyalah setahun. Dan ketika saya lahir, kakak-kakak saya dah cukup besar untuk menguruskan seorang bayi. Jadi, ketika baru setahun bergelumang dengan title anak bongsu, adik perempuan saya lahir dan merampasnya.

Tetapi bagi saya juga, adik perempuan saya tak gembira mana pun lahir ketika itu. (hahaha..suka hati aku je) Sebab? Sebabnya dia jadi adik kepada saya.

Kacau, sakitkan hati, menyakat, menyakat dan menyakat. Itu yang dia perlu tempuh sepanjang menunggu saya betul-betul matang. *geleng-geleng kepala sambil curi-curi gelak*

Saya tidaklah ingat semua, tapi dari cerita emak, dan kakak-kakak, adik saya betul-betul terseksa jiwa raga dengan saya ketika kecil kami dahulu. Saya sangat dahsyat apabila menyakat, bergurau. Setakat perli dan mengejek tu dah jadi macam rutin. Bila dengar adik perempuan saya tu melalak melolong sebab sakit hati, maka akan kedengaran kakak dan emak ,

“ Fikri !!!!!!”

Sudah tiada orang lain. Abang saya pendiam dan alim-alim kucing ketika dia kecil. Kalau ada pun, adik lelaki saya. Teman setia untuk menyakat dan menghapuskan ketenangan kakaknya yang merupakan adik perempuan saya. Err..faham kan watak-watak dalam cerita nie?

Dan ketika sudah dewasa ini, perangai menyakat dan mengacau orang itu tidaklah ketara mana dah. (tafsiran sendiri)

NAMUN, saya sangat –sangat pasti masih ada yang terasa dan memendam hati dengan gurauan saya.

Jujurnya, jika saya bergurau, saya akan fikir dahulu sama ada akan beri kesan yang bagaimana. Jika dia sangat-sangat sensitive dan kemungkinan besar tidak dapat menerima gurauan saya, saya tidak akan teruskan. Tetapi jika sebaliknya, maksudnya dia juga akan ketawa dan bergurau sama dengan saya, maka pasti dan pasti saya teruskan. Cuma masalah yang selalu timbul disebabkan saya salah dalam berfikir. Saya fikir dia akan okay jika saya bergurau begini, eh rupanya tidak. Maka, episod memujuk dan memohon maaf bermula. Hee.

Ya, saya gemar seperti itu. Maksud saya, saya sangat tidak gemar dikelilingi suasana serius, tegang dan protokol. Allah sahaja tahu betapa saya anti-protokol. Huhu.

Bukanlah setiap masa saya HAHAHAHA atau HIHI atau HEHEHE mahupun HEW HEW HEW. Tidak. Cuma, jika kita boleh pecahkan suasana yang tegang, tidak perlu fikir protokol dan tenang dalam senyuman, mengapa perlu juga pilih untuk berserius bagai?

Jangan tafsirkan tulisan ini salah. Saya bukan menentang untuk serius, dan jangan tafsirkan serius itu sebagai lawan kepada main-main. Saya yakin kalian boleh faham dengan apa yang saya maksudkan. Be professional. Ada masa gurauan tidak diperlukan. Sangat kelakar jika tiba –tiba ada suara yang kaitkan dengan ikhtilat atau seumpamanya. Sangat kelakar. *troll face*

Penutupnya, saya mahu memohon maaf. Maaf untuk segalanya. Maaf untuk setiap gurauan saya. Maaf untuk semua lawak yang menyakitkan. Dan maaf juga untuk ketidak-seriusan saya.

Saya bergurau, semata-mata untuk lihat senyuman anda. Saya bergurau, semata-mata untuk ukhuwah kita. Macam kes adik perempuan saya tadi, saya menyakat dan bergurau dengan dia, dan saya yakin dia tiada idea betapa abangnya kasihkan dan sayangkan dia.

Betapa saya menyayanginya.

Betapa saya kasihkan dia.



Eah. 

Friday, May 24, 2013

Soalan : Arghh..Roomate Saya Tidak Solat!!


Bismillah..

Soalan

Situasi 1 : dahulu Siti (21 tahun) dan Atie (25 tahun) berkawan rapat. Mereka roommate. Tapi sekarang, hubungan mereka semakin renggang akibat perselisihan faham.
Situasi 2 : hurm, setelah lama Siti perhatikan, Atie nie solat jarang-jarang, kadang-kadang tu, hanya Maghrib sahaja yang dia solat dalam 5 waktu. Namun, dia akan berkeras pada yang lain bahawa dia solat penuh. Siti bingung memikirkan.
Situasi 3 : semakin hari, semakin Siti bingung memikirkan. Bengong pun ada. Bangang on the way.
Apa yang patut Siti buat? Adakah patut Siti tegur direct? (namun, mereka ada masalah, dalam bilik jarang sangat bercakap kalau benda tak penting). Can you help me solve this problem? I need your opinion.

………………………………………………….
Ini merupakan salah satu soalan yang saya terima. Sejujurnya, setiap kali ada permintaan sebegini, saya mesti akan cakap yang saya akan taip full explaination nanti. Tetapi disebabkan kekangan masa dan kemalasan, nanti itu kekal sebagai nanti..haihh.  Teruk betul saya nie.
Namun, yang bertanyakan permasalahan nie sangat bersungguh.  Jadi, saya mesti menguatkan diri untuk bersungguh juga.

Maka, inilah pandangan saya yang dhoif ini,
Pertamanya, suka saya untuk menerangkan situasi ini terlebih dahulu. Ada 2 perkara yang saya kira menjadi tembok penghalang yang utama. Eh tidak, ada 3.

1.     Umur yang berbeza.
Perempuan sangat mementingkan soal ini. Maksud saya, tua setahun je mereka akan bahasakan diri sebagai kakak dah. Takpun ‘noona’. Jadi, apabila melibatkan soal senior-junior dan tua-muda nie, segala aktiviti komunikasi akan berubah. Sikit ke banyak ke, pasti akan berlapis cakapnya, pasti akan cover-cover dan sewaktu dengannya. Selalunya si adik yang camni, si kakak akan berkuasa penuh untuk menegur jika ada silap salah, dan kaum kakak nie ada autoriti lebih untuk menjadi naqibah atau mentor meskipun ada dalam kalangan adik lebih berilmu dan tsiqah.

2.     Simpan dalam hati.
Point yang kedua ni saya tak tau nak namakan apa. Tapi yang saya nak maksudkan, perempuan jika sudah rapat, mereka akan betul-betul rapat. Lain macam rapatnya. Sampai boleh jealous-jealous, boleh merajuk-merajuk manja, kalau tidur tu, bukan je satu katil, malah satu bantal apetah lagi selimut, siap boleh main-main rambut dulu sebelum tidur (eeuwwwww!!!). walaupun kelihatan ‘habat’ di mata lelaki, namun percayalah mereka masih normal. Masih di atas fitrah yang benar. (hope so..-,-) NAMUN, once mereka pecah hati, jangan harap nak satukan kembali. Selalunya begitu. Saya tak nafikan ada yang baik semula, saya cakap berdasarkan apa yang saya lihat sendiri selama ini. Meskipun mereka berjabat tangan semula, dan MULUT berikrar untuk lupakan masalah lalu, namun hubungan selepasnya takkan lagi sama. Jealous-jealous bertukar menjadi aku peduli apa!? Main-main rambut boleh jadi tarik-tarik rambut. Salah yang kecil bersaiz kilobyte akan dipandang besar bersaiz terabyte! Aduh.

3.     Perempuan
kami lelaki sangat mudah dalam bab nie
Tembok ketiga yang menjadi penghalang untuk selesaikan isu ini adalah sebab kedua-duanya adalah perempuan. Percayalah, kalau mereka lelaki, mudah je. Okay tu je.

Makanya, ketiga-tiga perkara ini menyukarkan keadaan. Sudahlah yang ingin ditegur itu perempuan, yang nak menegur pun lebih muda dan kedua-duanya berselisih faham.

Solusi?

Jika mahu yang powerful, kita perlu tahu dulu kedua-dua nya bagaimana. Sebabnya, perwatakan, latarbelakang, semuanya mempengaruhi. Mungkin Atie tu dari sekolah agama dan Siti tidak, atau si Siti tu tidak bertudung dan Atie bertudung. Atau mungkin keluarga Siti yang tak bertudung. Perkara-perkara sebegini sangat mempengaruhi teguran yang Siti mahu lakukan.

Cuba kalian baca semula di atas, tukang tanya ada sebut begini, “Adakah patut Siti tegur direct?”. Berdasarkan ayat soal ini, apa yang saya faham bahawa Siti masih lagi tak pernah cuba untuk tegur. Kan?
Kalian mesti ingat, hukumnya WAJIB untuk dia tegur dan ajak si Atie untuk solat. WAJIB. Kena kejut jika tidur. Berdosa jika tak buat. Jika Siti dah tegur dan ajak, barulah boleh fikirkan solusi seterusnya. Ketika itu, dia sudah pun mencegah kemungkaran, sekarang tugasnya untuk mengajak kebaikan pula. ( Al Imran: 110 )
Takkan Siti sanggup nak BERDOSA semata-mata fikirkan si Atie tu kakak dan mereka dalam masalah. 

Sanggup?

Serius simple, saya bukan kata Siti kena bersila depan Atie, duduk rapat, pegang tangan Atie, dan luahkan seikhlasnya. Kalau dapat buat, lagi bagus. Tetapi jika fikirkan masalah mereka, saya tak rasa Siti mampu. Apa yang Siti kena buat untuk tegur dan ajak untuk solat adalah, setiap kali masuk waktu, lafazkan, “kak Atie, jom solat?”. Jika si Siti kebetulan sudah solat, lafazkan, “kak Atie, Siti dah siap solat, akak pulak solat ea?” Jika si Atie tidur, WAJIB untuk kejut dia sekali, itu pun hukum wajibnya ketika di akhir waktu.

Tak mampu? Fikirkan sekali lagi, sanggup nak tanggung dosa semata-mata fikirkan tak mampu tu?

Adapun jika sudah diajak dan ditegur namun masih si Atie menolak untuk solat, ketika itu Siti sudah pun selamat dari tanggungjawabnya. Hidayah itu selama-lamanya milik Allah. Kamu tak dapat selesaikan masalah dia tidak solat tak bermaksud pun kamu akan menanggung kesalahannya. Tugas kamu, untuk tegur dan ajak. Tugas Atie adalah untuk solat. Kamu buat tugas kamu, Atie akan buat tugas dia. Jika dia tidak buat, bukan lagi salah kamu.

Sesetengah daripada kita begitu desperate dan tertekan jika apa yang kita tegur dan ajak tidak diikuti. Sehinggakan ada yang melebihi apa yang sepatutnya. Kita lebih tua, tak bermaksud kita ada hak semuanya, kita lebih muda tak bermakna kita langsung tiada hak. Apa-apa pun, kita bukanlah berkuasa untuk mengubah. Allah jua tetap berkuasa. Maha Kuasa. Jangan disebabkan kita terdesak mahukan orang berubah, kita sanggup buat apa yang tidak sepatutnya. Bagi saya, teknik memerli, meminggirkan atau sehubungan dengannya pun tak wajar. Perempuan kan, nanti mula la perli perli, pulau pulau. Siti sesekali tak wajar untuk perli  Atie soal solat nie apabila mereka berperang mulut ke, dikhuatiri Atie akan makin menjauh.

INGAT,

Ajak dan tegur.

Itu untuk step permulaan. Ya, jangan terkejut, ini baru step permulaan. Banyak lagi yang kita boleh buat contohnya Siti kena banyakkan solat dalam bilik berbanding solat di surau atau masjid, tampal artikel azab orang yang tak solat di loker kepunyaan Siti sendiri atau di pintu bilik, bentangkan sejadah untuk Atie dan macam-macam lagi.

Kepada tuan penanya, saya dah kata bukan? Seriously panjang. Sekarang dah 3 page full Microsoft word. Sebab itu bagi soalan sebegini, saya lebih suka call untuk jawab. Saya bukan rajin sangat taip menaip nie. Hehe.

Apa-apa pun, moga bermanfaat! Dan moga membantu! ^^

“ di akhirat, ada saudara yang menyalahkan saudaranya yang lain lantaran tidak mengajaknya solat ketika di dunia dulu. Saudara itu menafikan. “aku dah ajak kau 10 kali dah dulu!” Saudaranya yang lain itu masih mendakwa dengan berkata, “kenapa kau tak ajak kali yang 11?”

Fuhh.. *lap peluh di dahi*


p/s : ada perkara yang saya rasa khuatir apabila menulis bab nie. Hurm. Hurm.

Wallahu Taala A’lam.

 

Blogger news

Blogroll

About