Bismillah..
Masuk hari ini, tinggal beberapa hari lagi akan tamat 2015. Bukan
tahun sahaja yang mahu tamat, sekolah-sekolah di Malaysia pun sudah menamatkan
sesi untuk tahun ini. Dari adik-adik tadika sehinggalah abang-abang Tingkatan
6, semuanya sedang menikmati cuti akhir tahun.
Termasuklah seorang adik ini, yang telah menamatkan
persekolahannya bulan lepas, tamat SPM! Saya tak jumpa mana-mana perkara lagi
yang boleh mengalahkan kepuasan hati apabila telah tamatnya SPM. Dia punya
rasa..alahai..
Maka, adik ini, seperti sebelum ini, meminta sedikit tips. Tips
apabila telah tamat SPM. Untuk menghadapi real world katanya.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . .
Pada saya, umur 18 tahun mempunyai signifikan tersendiri. Umumnya,
umur ini telah membuatkan seseorang itu cukup dewasa untuk mempunyai kebenaran tertentu
seperti menonton movie berklasifikasi dewasa, membeli rokok dan minuman keras,
masuk ke kelab malam, mengundi di pilihanraya (bukan Malaysia), dan banyak lagi
yang lainnya. Maka jelas, bahawa di tahap umur ini, manusia telah masuk ke alam
lain dan peringkat yang berbeza.
Di umur ini, cabaran terlalulah mencabar untuk seorang remaja.
Lebih-lebih lagi pada mereka yang belum menemui identiti diri sendiri. Bahkan pada
mereka yang telah membina karakter sewaktu di sekolah pun belum boleh rasa
selamat lagi untuk menghadapi umur ini. Tiada jaminan langsung, saya ulang,
tiada jaminan langsung buat mereka yang bersekolah agama atau tidak, sekolah
berprestasi tinggi atau tidak, apetah lagi sekolah harian biasa, bahkan tiada
jaminan juga mereka yang di tahfiz atau pondok untuk mengharungi fasa umur ini
dengan selamat tanpa tercalar dan tercabar prinsip diri.
Maka ada yang persoalkan, jangan la cakap macam tiada
harapan je nak selamat.
Hehe. Tidaklah begitu. Saya Cuma ingin menarik perhatian
kamu bahawa background sekolah tidak memberi jaminan apa-apa. Hanyalah taufiq
Allah dan hidayah-Nya sebagai pedoman dan panduan.
Pada umur ini, psikologi remaja berubah ke tahap yang lain. Cara
fikir dan sisi pandang akan makin kritis dan luas. Mereka yang cenderung ke
arah politik contohnya, mula akan terjun dalam artikel-artikel politik,
ceramah-ceramah, persatuan juga Jemaah, dan mereka akan dapat semangat lain
macam yang datang entah dari mana. Mereka mula bersuara, memberikan pendapat,
menyebarkan pandangan, berdebat sana sini dan sebagainya.
Yang cenderung ke arah akademik akan lebih bersemangat lagi.
Mereka punya semangat dalam study sehingga mengetepikan hal-hal lain seperti
aktiviti persatuan, program-program aktivis, bahkan sukan pun. Mereka anggap, priority
mereka hanyalah segulung ijazah itu. Hanya itu yang utama dan satu-satunya.
Yang belum menemukan apa-apa identiti dirinya, akan kekal
terawang-awang. Mereka tidak begitu memikirkan masa akan datang. Mereka lebih
selesa dengan ‘follow the flow’. Mereka tidak begitu peduli dengan sekeliling. Dan
jika pun peduli, mereka hanya mengikut arus yang ada. Jika sekelilingnya
membenci kerajaan, maka mereka turut membencinya. Jika sekelilingnya menyokong
pembangkang, maka dia akan turut menyokong. Tanpa mengetahui apakah maksud
sebenar dia berbuat demikian. Mereka ini tidak berminat join persatuan dan program
yang ada, pada akademik pun acuh tidak acuh sahaja.
Banyak lagi yang saya boleh tulis untuk kamu adikku. Ini belum
masuk lagi bab kerosakan akhlak remaja, kebejatan moral, dan macam macam lagi
cabaran yang menakutkan di tahap umur ini. Saya pilih untuk bawakan contoh di
atas adalah kerana saya tahu kamu bagaimana orangnya.
Kamu akan saksikan sendiri semua ini. Cuma untuk masa ini,
cukup kamu sedar bahawa kamu sedang berada dalam peralihan fasa hidup. Dan semoganya
kamu tidak melatah ketika melalui fasa ini. Fasa ini kamu akan lebih banyak
berfikir, khususnya berfikir untuk diri kamu sendiri. Kamu akan berasakan kamu
betul. Sebab kamu fikir untuk diri sendiri. Bahkan kamu akan rasa kamu lebih
betul dari keluarga kamu. Seolahnya hanya kamu sahaja yang fikir untuk diri
kamu, dan keluarga kamu tidak. Maka, kamu mula perjuangkan untuk kahwin awal,
perjuangkan fahaman politik, perjuangkan macam macam lagi.
Tidaklah saya kata itu sepenuhnya salah. Cuma kita mesti
ingat, mereka juga fikir untuk kita dan mereka telah pernah melalui fasa ini,
bahkan sudah Berjaya pun melaluinya.
Kesimpulannya, ketika masuk umur ini, mental dan hati kamu
mesti kuat. Cukup kuat sehingga kamu Berjaya menetapkan personality dan prinsip
hidup dan tidak melanggarnya. Kamu mesti ada matlamat yang jelas untuk masa
depan. Kamu mesti pilih yang terbaik untuk diri kamu. Dan ketika saya kata
pilih, itu maksudnya kawan-kawan, persekitaran hidup, tempat belajar, dan
sebagainya. Mesti pilih sebaiknya!
Cukup ini dulu. Lain masa, saya cuba untuk tulis lagi.
Sirruuuuu ala barakatillah!
Take care. Be safe.