Pages

Saturday, June 25, 2016

Ramadhan Di Kaherah : Maidatul al Rahman

Berbuka puasa. Iftar.

Inilah part yang saya paling suka nak tulis. Bahkan seronoknya saya berbuka puasa di sini, sebenarnya tak tergambar untuk ditulis sahaja. Anda memang kena rasa sendiri berbuka di sini untuk menyelami keseronokkan itu. Cewahh. Haha.

Berbuka hari pertama dan kebanyakkan hari saya adalah di DMAK (kediaman saya) sahaja. Di sini disediakan makanan kita orang melayu yang ditempah khas restoran-restoran Malaysia yang ada di Kaherah ini. hasil sumbangan mereka yang dahagakan fadhilat dan kelebihan memberi makan orang yang berpuasa.

Namun, bukan berbuka itu yang saya nak tulis. Itu cliche. Kat Malaysia pun memang ada nasi ayam, nasi beriyani, kari ayam, ayam masak merah, kari kepala ikan, dan sebagainya. Untuk post ini, saya suka untuk cerita tentang pengalaman berbuka puasa bersama rakyat tempatan di sini. Haa ini rare. Kita tak jumpa kacang soya makan dengan daging rebus kat Malaysia. Haha.

Suatu pemandangan yang saya cukup suka adalah, apabila waktu berbuka hampir tiba, anda akan dapat lihat orang orang mengedarkan kurma dan air di tepi-tepi jalan. s\Sama ada untuk mereka yang lalu lalang, mahupun mereka yang berada dalam kenderaan. Mereka akan membuka kotak kurma itu dan minta orang sekeliling mengambilnya. Orang yang buat kerja ini bukanlah AJK masjid ke apa, apetah lagi ahli-ahli parti politik tertentu, mereka adalah orang kebiasaan yang mahukan makanan mereka dikongsi sesama muslim. 

Itu tentang pemandangan ketika hampir tiba waktu berbuka. satu lagi tentang maidatul rahman mereka. Maidatul rahman ini seperti yang anda tahu, adalah infaq individu atau kumpulan tertentu dari harta mereka untuk menyediakan makanan berbuka untuk orang ramai. Kalau di malaysia, boleh kata setiap masjid besar ada buat, dan kebanyakkan surau memang buat.

Di Mesir pun tak kurang suburnya tradisi ini. Bahkan, lebih besar skalanya dari Malaysia memandangkan saiz penduduknya di sini berkali kali ganda lebih besar.

Saya jarang untuk sertai maidatul rahman di masjid Mesir disebabkan di surau kediaman saya juga ada buat. Namun, ada juga masanya yang saya sengaja berbuka bersama rakyat Mesir untuk merasa sedikit sebanyak makanan dan budaya mereka ketika berbuka. 

Satu petang saya berbuka puasa di maidatul rahman di Masjid Saidina Hussein yang terletak di Darrasah, bersebelahan dengan Masjid Al Azhar As Syariff, Masjid Saidina Hussein ini juga terletak betul betul di pasar yang cukup terkenal di Kaherah, Khan Khalili. Jadi, tidak peliklah di Masjid ini juga sekitarnya dibanjiri ratusan bahkan ribuan saya kira setiap kali waktu berbuka.

Saya ketika itu bersama 3 lagi kawan. Kami baru sahaja selesai membeli belah di Khan Khalili untuk Syawal yang mendatang ini. Apabila kami masuk  sahaja dalam masjid, kelihatan ada beberapa barisan orang sedang beratur mendapatkan makanan. Ada beberapa 'stesen' dan kesemuanya menghidangkan makanan berbeza. Ketika kami baru masuk tu, sengaja saya bertanya pada ammu (pakcik) yang sedang menjaga rak kasut di pintu masuk itu di mana saya mahu dapatkan makanan. Ammu tersebut suruh saya tunggu dengan bahasa isyarat dan keluarkan sedikit bunyi dan tidak pula suruh saya beratur. 

suasana di ruang makan di dalam masjid Saidina Hussein
Ammu itu kembali dengan membawa dua bungkus makanan dan diberikan kepada saya dan kawan. Beriya saya ucapkan terima kasih padanya memandangkan tak perlu saya beratur lagi. Saya dan kawan sememangnya tak merancang untuk makan banyak. cukup ada sedikit makanan untuk buat berbuka dan nantinya kami makan di rumah sahaja. Tak sempat kami mencari tempat duduk lagi, datang semula ammu itu bawa lagi 2 bungkus makanan untuk 2 lagi kawan saya. Kali ini, bungkus itu sedikit lain tanda makanan pun berbeza saya kira. Ada kelihatan roti juga,


Tak cukup dengan itu, ammu itu suruh kami duduk di satu sudut masjid, berempat. Terpisah sedikit dengan ruang makan yang sepatutnya. Beliau tak mahu kami berhimpit rasanya. Sudah kami duduk pun, beliau datang lagi bawa makanan! Juga berbeza. kali ini baru saya sedar beliau sebenarnya memang tidak boleh bercakap, dan tiada tangan sebelah. Allah, mulia sungguh hatimu, ammu.

Ada pemuda sebelah tempat kami duduk itu pula menghulurkan segenggam tamar.
5 minit sebelum tadi kami tiada makanan dan seteguk air pun, dan sekarang penuh di hadapan kami dengan makanan Arab Mesir siap dengan kurma dan air minuman. Dah la banyak pulak tu.

segenggam tamar yang diberi
Saya perhatikan makanan yang ada. Wah pelik pelik sikit berbanding yang selalu ada jual di kedai.

Ada nasi dihidangkan dengan hati lembu, ada nasi dengan ayam panggang, ada kacang soya rebus dicampur dengan makaroni (macam kusyari), makan dengan daging sup, ada roti yang dalamnya ada nasi dan daging, ada nasi dengan kacang hijau (bukan yang bubur kacang hijau tu), juga air paip yang disejukkan dengan ais sebagai minuman, juga air kotak jus. 

Saya pilih kacang soya dan makaroni itu untuk dihabiskan. Dan alhamdulillah habis. kawan saya yang makan roti di dalamnya nasi tu pun habis. 2 lagi kawan saya tak habis. Nasi dengan hati lembu tu langsung tak disentuh sesiapa. Memang bawa balik jela. Hati lembu tu kalau goreng saya boleh masuk tekak lagi, tapi tu kari pun bukan, goreng pun tak, memang masak kosong begitu je. Errr...haha

Hanya 2 minit selepas azan terus iqomat. Separuh jemaah ikut solat, separuh lagi teruskan makan. Kami decide untuk makan dulu memandangkan semuanya tak berwuduk lagi. (tempat wuduk jauh)

tidak perlu menjadi berharta untuk memberi
Itulah suasana di salah satu maidah rahman di Mesir. Sangat nostalgiaaaa.

Mereka (kebanyakkannya) miskin. Namun tak lokek langsung. Mesti nak hulur pada orang sebelah juga.

Kita di tanah air?

Saya dengar, ada masjid di Malaysia yang merungut apabila orang Bangladesh memenuhi ruangan makan apabila berbuka. 

haih, serious la? What a shame.

Kbai.



nasi dimakan dengan hati lembu. err...

kacang soya rebus (kot) dengan daging sup

dapat merasa semua jenis makanan yang ada














































P/s: untuk pengalaman beraya di Mesir. saya akan tulis setibanya di Malaysia nanti. Sebab sekarang mana raya lagi. Dan saya nak balik Malaysia terus awal syawal nanti. Huuu..

Ramadhan Di Kaherah : Sahur Di Perantauan Be Like

First, maafkan saya untuk tajuk post ini yang ntah apa apa. Haha. Saya main letak je tu.

Sahur dan puasa janganlah dipisahkan, Sepatutnya sahur ini dianggap penting seperti kita anggap pentingnya waktu berbuka. Saya semahunya menjaga sahur ini walaupun hanya dengan seteguk air dan sebiji kurma. Tapi biasanya sepinggan nasik jugak aku bantai. Haha. Alhamdulillah masih tak pernah tinggal sahur puasa Ramadhan sejak 10 tahun yang lalu. (umur 13 tahun)

Dalam sahur ada keberkatan. Bahkan sahur lah yang membezakan puasa kita orang Islam dengan puasa bukan Islam.

Kita sahur bukannya sebab nak ketahanan badan semasa berpuasa semata, tapi kerana berkatnya sahur itu sendiri. anda akan lebih berasa anda itu puasa apabila bersahur berbanding apabila anda sedar dari tidur ketika hujung waktu Subuh lalu berpuasa terus. Berbeza.

Sahur di Kaherah ini tidak jauh bezanya dari Malaysia kecuali di Mesir ini malamnya begitu pendek. Sebelum jam 3 pagi sudah masuk waktu Imsak, Tarawikh jika di masjid yang baca 1 juzuk, habis lebih kurang jam 11 malam. Habis tarawikh pukul 11 malam, pukul 2 pagi dah nak sahur.

Makanya, kami kerap memilih untuk tidak tidur.

Bahkan, boleh kira dengan sebelah tangan je berapa kali saya tidur sepanjang bulan ini. Berbeza dengan berbuka, tiada tempat yang menyediakan makanan untuk sahur. Kita sendiri yang cari makan sendiri. Saya sendiri selalunya masak sendiri je. Kawan-kawan pula kerap call delivery fast food seperti pizza, KFC, dan sebagainya sebagai makanan sahur mereka. Kalau berezeki, ada lebihan makanan berbuka semalam untuk buat sahur.

Kesimpulannya, seperti anak bujang yang lain, kami sediakan makan sahur sendiri. Hehe.

Awak la ni punya pasal! Bila nak hadir dalam hidup saya? Teringin sangat dah ni tau nak makanan sahur air tangan isteri. Kekeke..

sedang menunggu....


Baca selanjutnya di Maidatul Rahman

Friday, June 24, 2016

Ramadhan Di Kaherah : 16 Jam Dan 40 Darjah Celcius

Bismillah..

Kalian tentu tahu bahawa Ramadhan itu bermaksud kepanasan. Dan di Mesir ini juga, Ramadhan hanya akan jatuh pada musim panas. Mesir adalah sebuah negara yang terletak di timur tengah bumi, dan mengalami 4 musim setahun.

Untuk musim panas di sini, yeah no kidding. Pernah sampai 45 darjah celcius musim panas di sini. Namun puratanya, dalam  40 darjah celcius. Bahangnya sangatlah panas sehingga kalau anda pasang kipas pun, tak membantu mana. Angin yang bertiup adalah angin yang panas. Kami benar-benar takkan keluar rumah jika tiada urusan yang mendesak. Kalau malam pun panas, bayangkanlah panasnya ketika tengah hari.

Dan Ramadhan, jatuh pada musim panas ini.

Ketika musim panas, siang akan lebih lama jangka masanya dari malam. Subuh seawal 3 pagi, Biasanya 4.30 - 5.00 pagi begitu. dan Maghrib selewat 7 malam. Biasanya 5.30 - 6.00  petang.
Maka, kami berpuasa di sini lebih kurang 16 jam.

Dari sudut keletihan berpuasa tu, saya kira tidaklah terlalu teruk berbanding Malaysia. Melainkan anda terpaksa menempuh jadual kelas, atau masih dalam exam, atau ada kerja yang memaksa anda menempuh terik panas matahari di siangnya, itu mungkin menguji ketahanan badan kita orang Asia ini. Huhu.

Bagi saya yang sudah bercuti, saya hanya menghabiskan masa di dalam bilik. Tadarus sikit, borak dengan kawan sikit, layan cerita Dr House sikit, tenung kalendar bila nak balik Malaysia sikit, taip blog ni sikit, dan mereput je yang banyak. Haha.

Apa apapun, inilah Ramadhan. Bulan yang mahukan kita cuba berubah. Allah dan Rasul janjikan pelbagai rahmat dan berkat untuk kita ambil peluang semahunya. Syariat puasa yang mahukan kita mengenang rezeki makanan rezeki minuman, agar kita tahu dan sedar, bahawa bertuahnya kita ini, hanyalah kerana ihsan dan kasihan Allah Taala.




Tunggu apa lagi?

Baca selanjutnya di Sahur Di Perantauan Be Like

Thursday, June 23, 2016

Ramadhan Di Kaherah : Tarawikh Yang Pelbagai

Saya hanya dapat pengumuman rasmi dari pihak autoriti Mesir berkenaan tarikh mula berpuasa hanya daripada Facebook. Di tempat tinggal saya tiada televisyen, jadi tak dapat la nak tengok pemegang cop mohor diraja buat pengumuman. Kekeke.

Selepas diumumkan rasmi, maka berbondong-bondonglah sekalian muslimin ke masjid pada waktu Isyak, malam 1 Ramadhan untuk menunaikan solat fardhu Isyak langsung dilanjutkan dengan solat sunat tarawikh.

Well, Tarawikh di Mesir ini menyoronokkan. Kalau anda dalam persatuan, anda boleh buat program khas untuk tarawikh di mesir ini. Jika di Malaysia ada singgah sahur atau jalan-jalan cari Iftar, di sini saya rekomenkan buat konsep yang sama untuk Tarawikh. Anda memburu masjid berlainan setiap malam untuk tarawikh.

Why?

Sebab setiap masjid memang berlainan.

Ada masjid yang buat 8 rakaat ada masjid yang buat 20 rakaat.

Ada masjid yang menghabiskan 1 juzuk dalam rakaat, ada masjid habiskannya dalam 20 rakaat.

Ada masjid yang buat 8 rakaat pendek namun diselangi tazkirah selepas 4 rakaat, ada yang buat begitu juga tapi dalam 20 rakaat dan tazkirah selepas 8 rakaat.

Ada masjid yang membaca 20 ayat Al Quran untuk 20 rakaat. Ada masjid yang solat hanya 8 rakaat dan anda tak rasa pun letih sebab bacaan yang pendek dan laju.

Yang samanya, setiap masjid tiada zikir dan selawat yang menyelangi setiap rakaat seperti di Malaysia, jika ada pun, hanya selawat satu rangkap. Oh ye, dan witir mereka 3 rakaat juga.

Jadi, untuk 30 hari Ramadhan, anda sebenarnya berpeluang untuk merasa 30 jenis dan suasana tarawikh yang berbeza. ditambah lagi dengan suara imam Mesir sangatlah merdu, jika ingin dibandingkan dengan negara Arab yang lain.

Saya pula, seperti tahun sebelumnya, akan memilih Masjid Al-Azhar As-Syariff sebagai destinasi pertama untuk tarawikh. Masjid Al-Azhar akan menghabiskan 1 juzuk dalam 20 rakaat dengan tambahan tazkirah selepas 8 rakaat. Namun, kegemaran saya adalah bersolat di Masjid Soleh Jaafari, di Darrasah. Masjid ini buat 20 rakaat dengan 20 ayat. Haha.

Apa-apa pun, saya rindukan ayah sebagai imam tarawikh.. Hm.

Masjid Negara ArRahman ArRahim

aku ingat aku je jakun, kau tengok budak belakang tu. haha


Suasana di Masjid Al-Azhar As Syariff.

Masjid Al Azhar As Syariff

Baca selanjutnya di 16 Jam Dan 40 Darjah Celcius

Thursday, June 16, 2016

Ramadhan Di Kaherah : Suasana Ketibaan Ramadhan

Tidakkah kita merasakan sayang benar ALLAH pada kita?

Dengan penuh kasih sayang dan rahmat-Nya, Allah pertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan kemuliaan dan penuh dengan keberkatan ini dikurniakan buat hamba-Nya dan peluang untuk mencuci kekotoran dosa selama setahun ini terbentang luas, sekali lagi.

Maka, bergembiralah dan bersyukurlah umat Islam di atas muka bumi ini dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Mesir salah satunya negara umat Islam yang benar benar menzahirkan kegembiraan ini.

Bagi saya, Ramadhan di Mesir ternyata lebih meriah dari Malaysia. Ketara. Seawal Rejab dan Syaban lagi muslimin di sini telah mula menunjukkan suasana ketibaan itu. Anda akan dapat melihat kedai kedai dan pasaraya memasang lampu-lampu beraneka warna di bangunan mereka, Imam dan khatib di Masjid tidak berhenti berdoa untuk ketibaan Ramadhan dan meminta jemaah bersedia dengan ketibaannya. Orang ramai mula bertegur sapa dengan ucapan "Ramadhan Kareem" dan dijawab pula yang lainnya dengan "Allahu Akram".

Suasana meriah sebegini kita akan dapat rasa di Malaysia ketika Hari Raya Aidilfitri, namun di Kaherah ini sebaliknya. mereka merayakan ketibaan Ramadhan lebih lagi dari perayaan lainnya.

dan Ramadhan pun tiba, dengan penuh ketenangan dan terharu. Dar Al Ifta' Misriyyah sebagai badan autoriti agama mengumumkan penampakan anak bulan. dan malam itu penuhlah segala masjid yang ada dengan para muslimin untuk ramai-ramai solat tarawikh bersama.

Alhamdulillah untuk Ramadhan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

ambil google je ni.




Baca selanjutnya di Tarawikh Yang Pelbagai
 

Blogger news

Blogroll

About