Pages

Wednesday, October 22, 2014

Lelaki Terhebat : 22 Oktober 1957

Bismillah..

Saya mula menulis entry ini selepas Subuh. Dan pagi yang penuh hening ini ini, merupakan hari lahir lelaki yang paling hebat yang saya pernah temui atas bumi Allah ini..

Saya tidaklah begitu mengetahui tentang masa silamnya, namun tetap saya tahu ayah bukanlah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang. Ibu bapa ayah telah pun meninggal sejak kecil dan ayah dijaga oleh datuk dan neneknya.

Ada satu sifat yang mahsyur dalam kalangan bapa-bapa, iaitu berusaha semampu mungkin, jika darah perlu keluar maka keluarlah darah, jika nyawa jadi ganti maka gantilah nyawa, tapi mulut mesti kata tiada masalah, mesti kata.. YA.

Ayah sangat jelas dalam hal ini. Permintaan kami anak-anak, saya khususnya, jarang sangat sangat mendapat kata TIDAK. Jika permintaan itu berat sekalipun, paling paling ayah akan..

“pergi tanya mak hang…”

Huhu. ^^

……………………

Ketika saya usia 18 tahun, ayah buat saya jadi gugup sebentar apabila ayah setuju saya ke Mesir, sedangkan emak suruh saya lupakan je hasrat itu. Dan seperti biasa, ayah jarang buat keputusan, selalunya serahkan pada isterinya, tapi bila ayah buat keputusan, maka bumi pun menurut perintah. J

Selama 18 tahun hidup (ketika itu), saya pernah nampak ayah menangis sekali sahaja. Ketika itu di majlis pengebumian datuknya (moyang saya) yang telah menjaga ayah sejak kecil dan ketika itu saya masih bersekolah rendah.

#Throwback…
24 September 2011..

Emak berulang kali sebut, emak takkan menangis di Airport. Emak akan hantar kamu dengan senyuman keazaman. Ketika dalam kereta menuju ke KLIA, emak minta saya rekodkan suara membaca Al Quran, dan ketika itu saya dan emak menangis berhamburan, berpelukan.

Dan ayah, masih steady memandu.

Ketika saya sudah bersalam dan mencium setiap ahli keluarga, maka saya berhadapan pula dengan ayah. Saya lihat wajah ayah tetap bersahaja.

Saya menghulurkan tangan untuk bersalam, dan memeluk ayah.

Dan masa seolah olah berhenti. Dunia diam sekejap.

Apa yang kedengaran, hanyalah suara tangisan yang begitu menyayat hati. Kepala saya masih di bahu ayah apabila ayah menangis semahunya.. Allah…

Kalian bayangkan, seorang ayah yang pendiam, hampir setiap masa acuh tak acuh sedang menangis begitu hibanya dalam pelukan saya.

Kaki saya begitu lemah lantaran terlalu sedih. Ketika itu, hati hancur terlalu pilu. Saya perlahan-lahan meleraikan pelukan ayah untuk menatap wajahnya, dan ayah hanya tertunduk masih menangis. Demi Tuhan yang Menciptakan Semesta, tidaklah sanggup saya melihatnya. Saya kembali memeluk erat ayah ketika itu. Dunia masih diam untuk kami. Masa masih berhenti. Saya sanggup memberikan apa sahaja untuk kekal seperti itu.

Ketika itu berdesup rasa jiwa dengan kasih sayang ayah. Ayah yang diam rupanya menyimpan sayang tiada tara, ayah yang bersahaja rupanya menyimpan kasih seluas benua,

Sehingga saat saya menulis entry ini pun, (sudah hampir 4 tahun berlalu) saya masih menangis mengenangkan peristiwa itu.

Kalian mungkin tidak merasainya. Tetapi jika kalian kenal ayah bagaimana, pasti kalian tidak menyangka untuk ayah mengeluarkan airmata sebegitu.

……………………….

Maka, hari ini hari lahirnya. Ketika hari lahir emak Julai yang lalu, saya masih di Malaysia, saya berpeluang menyediakan juadah dan kek. Namun sekarang, saya hanya mampu menyediakan tulisan ini untuk ayah.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa ayah lelaki terhebat yang saya pernah saksikan.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa saya tidak akan sanggup lagi untuk hidup jika tiada ayah menyokong.

Tulisan ini untuk ayah tahu bahawa hati saya menjadi kuat kembali hanya apabila fikirkan ayah.

Tulisan ini untuk ayah tahu yang ee begitu sayangkan ayah. Ee sendiri tak mampu zahirkan sayang ini kerana terlalu dalamnya, terlalu luasnya. Maka laknatlah atas ee jika ayah ada terasa hati selama ini. I will make you proud of me, ayah. I will and I promise. Ee tak pernah terfikir untuk balas jasa ayah selama ini sebab itu tak mungkin berlaku. Tapi bagilah peluang untuk ee gembirakan ayah dan ayah berpuas hati dengan segala pengorbanan ayah untuk ee selama ini.

Dan ee merayu, please stay with me. jaga kesihatan ayah dan jaga diri ayah. Just..
stay with me.



Langit dan bumi menyaksikan 57 tahun ayah berhempas pulas untuk kehidupan isteri dan anak-anak.   
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 57, ayahku..

Love you to the moon and back.





Dari anak bujangmu,
MUHAMMAD HASAN FIKRI (bin dirimu)


Hehe. Kbye.
 

Blogger news

Blogroll

About