Di SMKA TAHAP,(ketika zaman saya) dan saya percaya di sekolah lain juga, ada dua badan kepimpinan yang menunjangi pelajar ketika itu. satunya Badan Ketua Pelajar dan keduanya adalah Persatuan Agama Islam (PAI). Di sekolah lain mahsyur dengan BADAR kebiasannya. Badan Ketua Pelajar akan diketuai oleh Ketua Umum dan Ketua Umum adalah dari Tingkatan 5, manakala PAI akan diketuai dan dibarisi oleh pelajar daripada Tingkatan 4, sama ada Ketua Pelajar atau hanya pelajar biasa, yang akan melalui proses pilihan raya untuk pemilihannya.
Diringkaskan, saya antara calon untuk kepimpinan PAI ketika 2009, dan saya hanya menang majoriti di tempat 3 atau ke 4 ketika itu. Maka, untuk ke 3 dan ke 4 sudah tentu hanya Ketua Lajnah dan tidaklah jawatan Presiden.
Namun, beliau sekali lagi menunjukkan kelainannya dalam cara berfikir berbanding guru yang lain. Tiba-tiba sahaja saya dilantik menjadi Presiden meskipun tidak menduduki carta pertama dalam pilihanraya. Maka, apakah rasionalnya?
................................................
Pada tahun itu juga, SMKA TAHAP mendapat ujian dari Allah SWT apabila begitu ramai pelajar puteri terkena serangan histeria dan gangguan jin. Setiap hari ada sahaja kes histeria, ada sahaja terdengar raungan dan jeritan, bahkan adegan berlari lari ke sana sini kerap dapat ditonton.
Maka, beliau juga heronya. dan saya ada di sisinya. Pelbagai cara pengubatan telah diikhtiarkan. Saya nampak wajah beliau yang kelelahan merawat pesakit histeria ini. Beliau ketika itu saya lihat mula serius mendalami ilmu perubatan Islam ini. Sedikit sebanyak, beliau ajarkan pada kami ilmu ilmu asas dalam pendinding diri. Kami banyak dengar cerita kesufian dan tasauf pada ketika ini. Cerita yang saya pasti tiada langsung didengarkan di sekolah lain. Huhu.
Ketika itu saya ada terfikir, ini semua sebab syaitan dan jin kafir sakit hati dengan beliau. Beliau bawa nafas baru dalam tarbiyah bumi bertuah biah solehah SMKA TAHAP ini. Tahun sebelum histeria ini, beliau telah anjurkan satu program yang begitu rare diadakan. Program ini diinspirasikan oleh sebuah hadis tentang kelebihan solat berjemaah di awal waktu (menjaga solat). Program ini kami namakan solat 40 hari. Ketika itu kesemua pelajar (pelajar peperiksaan awam khususnya) telah diharamkan untuk pulang ke rumah selama 40 hari, jadual waktu sekolah berubah (berhenti waktu zohor) dan setiap lawatan atau program di luar sekolah, bas mesti berhenti setiap waktu solat, dan setiap pelajar diharamkan lewat untuk solat, wajib untuk takbiratul ula bersama imam, apetah lagi nak masbuk.
Ketika itu, anda akan dapat lihat semua pelajar bergegas ke surau apabila terdengar azan, Lebih pada itu anda akan lihat semua lari lintang pukang ke surau apabila terdengar iqamah. Apabila ada pelajar yang gagal berbuat demikian, mereka akan sedih sesedihnya, lebih lebih lagi untuk 20 hari yang ke atas.
Ada program sebegini di sekolah anda?
Ini semua hanya daripada kepala dan idea beliau.
Saya memerhati dan menganalisis. Saya kagum, Bahkan takjub.
Dan ketika saya di tahun akhir, saya mula sibuk dengan akademik. Masa dengan beliau pun mula terbatas.
Tiba masa saya bagitahu, siapakah gerangan beliau ini?
Ya, tidak salah dan tidak syak lagi,
Beliau adalah murabbiku AL Fadhil AL Ustaz Hairul Amizam Bin Mohd Hamka Hafizahullah Taala.
Beliaulah ustaz muda yang bertanggungjawab mengeluarkan kami dari kegelapan kepada cahaya.

Beliaulah ustaz yang memberi nafas baru pada Tarbiyah
sekolah.
Beliaulah ustaz yang menjadi inspirasi untuk semua
insan yang ingin menjadi anak muda yang berguna
Beliau juga yang sanggup berulang alik sejauh 20 minit perjalanan kereta semata kerana anak muridnya.
Beliau juga yang sanggup tidak menyambung pelajarannya
(MASTER) semata ingin menjaga bapanya yang sakit.
Beliau juga yang sanggup tidak berkahwin (not yet) juga semata
ingin menjaga bapanya.
Beliau yang tidak pernah menuntut bayaran (claim) pada
pihak sekolah untuk semua kelas tambahan yang beliau adakan. (padahal menjadi
hak atas beliau)
Beliau yang tidak pernah dibenci pelajarnya meskipun
segarang mana setegas mana beliau pada pelajar.
Beliau yang menjadi kerinduan untuk setiap bekas
pelajarnya apabila keluar daripada sekolah.
Beliaulah..murabbi kepada jiwa yang cintakan
tarbiyah..
Ya, Dialah Murabbi.
……………………………………..
Keupayaan saya menulis tentang beliau, bukanlah
disebabkan saya anak murid yang paling rapat dengan beliau. Saya yakin, jika
ada nama yang disebut beliau dalam ucapannya pada junior kami, sudah pasti nama
seperti Hanif, Anas dan pimpinan lainnya yang akan menjadi contoh.
Beliau telah menunjukkan kepercayaan yang terlalu
tinggi pada saya ketika melantik saya menjadi Presiden PAI, namun tergamak saya
mensia-siakan. Sejak itu, saya hanya pandang beliau dari jauh.
Masih memerhati
dan menganalisis. Saya gagal menjadi anak murid yang terbaik untuk beliau,
padahal beliau telah pun menjadi guru paling terbaik untuk saya sepanjang
keberadaan saya di sekolah.
Itulah penyesalan yang tidak sudahnya. Saya akhiri
zaman saya dengan penamat yang mengecewakannya. maka tidak lagi saya menjadi
pilihannya. Ya, sudah pasti saya sudah memohon maaf dan beliau telah pun
memaafkan, bahkan mungkin telah lupakan pun.
Tetapi..hmmm
Hampir 5 tahun sudah berlalu. Pagi ini,(ketika mula
menaip tajuk ini di Part 1) saya terjaga daripada tidur dan terduduk,
memikirkan mimpi yang saya baru lalui tadi. Saya mimpikan beliau.
Betapa saya rindukan ustaz. Ustaz sudah pasti tidak
ada idea betapa saya mengagumi dan menyayangi ustaz.
tidak banyak gambar beliau, dulu beliau tidak mengizinkan kami bergambar dengannya. huhu |
Tidak ada idea, pastinya.
Hasan Fikri
506, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.
Mesir.
506, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.
Mesir.