(maaf, entry ini tidak diletakkan sebarang gambar)
pastikan soundtrack blog berfungsi !
Bismillah..
.....................................................
Hati…
Janganlah
sedih. Kita terus yakin ya..
bukankah Allah telah melafazkan pada Surah An-Nur ayat ke 26 yang bermaksud
" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang
jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk)
yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan
beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Wanita yang
tunduk itu memujuk lembut.
Hati..
Tahukah
engkau, betapa tabahnya Siti Sarah menunggu anak pemberian Tuhan. Dia wanita
tercantik di zamannya, malah berkahwin pula dengan seorang Nabi yang sangat
mulia. Begitu juga dengan Nabi Zakaria, begitu mahu seorang anak namun tidak
juga dikurniakan-Nya.
Adakah mereka menafikan takdir Pencipta?
Adakah mereka
lemah berputus asa?
Wanita yang tunduk terus itu memujuk hatinya.
Tidak wahai
hati. Mereka tidak begitu. Tidak sama sekali. Bahkan mereka lebih kuat berteguh
pada jalan-Nya. Bahkan mereka lebih rapat pada Yang Menentukan ini semua.
Bahkan wahai hati. Maka, janganlah kau bersedih. Kita terus yakin ya..
Wanita yang
tunduk itu tersenyum palsu. Jelas benar dia menyembunyikan duka. Matanya
berkaca.
Hati..
Allah
sedang berbahasa dengan kita. Tinggal kita yang mahu mencari hikmah di sebalik
semua. Hanya kita sahaja perlu menerima dengan jiwa yang besar. Kita terus kuat
ya..
Bibir
wanita yang tunduk itu digetap sedikit. Perkataan demi perkataan yang keluar semakin
menghirisnya. Mata yang bergenang dari tadi akhirnya tumpah jua airnya.
Hati..
Isk..isk..
janganlah menangis hati. Kita kena kuat. Kita jangan sedih. Kita mesti kekal
percaya. Isk..isk.. wanita yang tunduk itu tidak dapat menahan lagi gelodak
jiwa yang disimpan sekian lama. Tersedu dia menzahirkan tangis.
Isk..isk…
Isk….isk…..dia
terus menangis.
Tangannya
yang ditelekupkan di muka diangkat perlahan. Pipinya basah sekali dengan air
mata. Air jernih yang tidak henti-henti turun laju membasahi pipi. Wanita yang
tunduk itu menadah tangan, masih dalam tangisan yang sangat meruntunkan hati.
iskk...iskk...
iskk...iskk...
Ya Allah..
Kau sahaja
tempatku mengadu. Telah puas aku pujuk hati ini ya Robbi. Aku tidak mahu
bersedih lantaran apa yang Kau uji kini. Di bangku sekolah lagi, aku
menjaga diri. Sangat menjaga. Kau saksikan bukan? Tiada seorang lelaki pun aku
benarkan masuk dalam hati ini. Tiada seorang pun. Aku kekalkan kesucian hati
ini buat dia yang bergelar suami. Aku yakin pada-MU Robbi.
Iskk..iskk…tangisannya
semakin menjadi-jadi.
Terlalu sedih mengenangkan nasib diri di hadapan Illahi.
Ya Allah !!
Aku tidak pernah langsung mengotorkan perasaan ini. KAU sahaja sebagai saksi.
Aku tutup hati malah memagar diri ini dari mana-mana lelaki. Aku yakin KAU akan
sampaikan jua dia padaku nanti. Aku yakin kisah cinta kami akan bermula. Aku
yakin dia juga bersedia seperti aku bersedia. Aku yakin dia akan menjemputku
dengan penuh rasa cinta. Aku yakin itu ya Robbi! Aku yakin dia juga sedang
menanti..iskk…iskk… aku yakin!
Isk..iskk…berhamburan
air matanya. Mengadu dengan penuh syahdu. Jiwa ini seperti mahu pecah dengan
harapan yang menggunung pada Yang Maha Berkuasa.
Iskk..iskk..
Wanita yang
tunduk itu mengesatkan air mata. Merah matanya dengan tangisan hiba. Begitu
runtun jiwa membawa hati yang lara di hadapan Tuhannya.
Keyakinannya
sangat teguh pada Illahi. Malah keyakinan itu telah sekian lama dipasak dalam
nurani. Membuahkan prinsip yang takkan goyah sesekali.
Itulah dia,
wanita yang tunduk.
Allah….
…………………………………….
21 APRIL
TIBA !!!
hehe...
Eh
jap2..kenapa semua nie? Eh..muramnye alahai...? Kenapa nie weh??
Amboihh..sampai
berkerut-kerut muka tuh..mengapa nie?
Apa?
Kisah di
atas?
Laa….
Alahai
lembutnya hati korang nih…sedih ye…alala…dah2..jangan sedih-sedih..jom gembira
bersama saya! (sambil lompat bintang sekali)
Dah la
tu…kesat air mate tu..nah..(sambil hulurkan tisu)
Hmm..hadirin
sekalian. Hari ini, ketika entry ini dipostkan. Malaysia telah pun masuk 21
April. Itu bermakna, hari ulangtahun kelahiran kakak saya! Her birthday! ^^ (sambil bertepuk tangan)
CT Hafizah
Binti Sayujan.
Kakak
ketiga dalam keluarga.
Berfikir tentangnya sudah pasti saya tersenyum. Dia,
adalah wanita yang sangat saya hormat. Sangat saya sayang juga.(sambil tabik
spring 3 kali)
Bila saya
berbicara tentang wanita yang menjaga diri, yang memegang prinsip, yang memagar
diri, yang sangat berhati-hati, sudah tentu akan terbayang wajahnya. Demi Tuhan
yang memegang jiwa saya, kalian pasti akan dapat melihat ini semua jika
mengenalinya.
Tapi, saya
tersenyum bukan sebab itu. Hehe..
saya tersenyum apabila terkenang dia mula berleter.
Jika dia
berleter kepada saya, syarahnya sepanjang tembok China!
Fikriiiiiiii
!!!
Dan
mulutnya akan berhenti hanya setelah dia puas hati. -__-
Haha..alahai
rindunye aku kat die….
Dia sangat menjaga saya. Sering dia cuba membaca mesej-mesej dalam handset saya. Jika jumpa yang tidak enak, dia akan terus menegur dan kembali…
err..berleter.
=,=”
Sebelum
saya terbang ke Mesir ini, dia menghulurkan sebuah buku putih.
“Buka buka
ini setelah tiba di sana nanti. Tulislah segala ilmu yang kamu dapat..”
Itu
pesannya.
Pada
helaian pertama, ternyata ada kata-kata nasihatnya. Ketika saya membaca,
seolah-olah wujud suaranya di telinga saya. Dia nasihatkan tentang penghormatan
hidup ini. Bahawa semalam itu telah jadi kenangan dan esok pula hanya harapan,
tetapi hari yang sedang saya jalani ini adalah kenyataan. Berbuat baiklah! Itu
erti hidup ini..
Kita hidup untuk berbuat baik. Sangat lembut dia menasihati.
Okay, saya
menangis gak kang...haih~
Kak De..di
hadapan seluruh pembaca-pembaca blog ee nie…(walaupun baru 14 follower..-___-)
Maka ee
mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat yang kesekian kalinya. Bertambah
lagi satu angka dalam lembaran hidup Kak De dan bertambah dekat jarak masa
pertemuan dengan Ilahi.
Di kejauhan ini, ee mendoakan yang terbaik buat diri
Kak De. Sungguh, hanya Allah jadi saksi betapa adikmu ini merindukanmu. Hanya
Allah tahu betapa adikmu ini tersiksa dengan jarak yang memisahkan kita. Hanya
Allah tahu betapa hati ini mahu mendengar nasihat dari suaramu. Hanya Allah
yang tahu. Dan ee mohon, Allah beritahumu..
“ ee sayangkan kak de…”
Jaga
dirimu. Hari Lahir ini, ee tidak mahu beri hadiah sebaliknya ee yang mahu minta
hadiah.
Hadiahkanku
abang ipar ya ! ^___^
Selepas
membaca ucapan ini lihatlah bintang dan langit, dan pandangan kita akan
bertemu.
Semoga
Allah Merahmatimu..
wahai
wanita yang tunduk…
Adikmu,
Muhammad
Hasan Fikri Bin Sayujan
Cairo, Egypt
Cairo, Egypt
okay, ada gambar juga. -___- |